Tuesday, March 31, 2015

Hari Selasa …. Menunggu Saat Indah …

 

 

::~ ASSALAMU’ALAIKUM WBT ~::

hAI! hALO! aLOHA! sELAMAT sIANG!

 

10806315_1625086481054918_8962685729

Hari ni Selasa … cam biasa lunch hour nanti, aktiviti yg ditunggu2 …. Kelas mengaji Al-Quran

Alhamdulillah …. dengan izinNYA kelas ni masih bertahan sehingga kini walau pun ada yg telah mengundurkan diri …

Ustazah pesan …. yg masih bertahan hingga kini adalah yg telah dijemput khas oleh Allah SWT … 

Setelah  hampir 6 bulan …. kami berjaya tamat buku Muqaddam, Kaedah Al Marbawi … lama betul kannn nak mengqatamkannya …..almaklumlah kelas menggaji ni seminggu 2x … waktu lunch hour yg sejam tu ….

image

Yg buku hijau …. buku yg lebih advance, lebih detail mengenai hukum2 tajwid …. yg ni belum tamat …

Oleh kerana dah tamat buku biru … maka kami pun dah mula baca AL-Quran …. ni macam dah naik levellah ….

M.O. adalah, setiap pelajar akan baca beberapa ayat Al-Quran dan kemudiannya kupas setiap hukum pada ayat2 AL-Quran yg telah dibaca ….terketar2 jugaklah bila kena baca depan yg lelain …. bab nak kupas hukum tu lagilah ….. asyik blurrr jeee …. Confused smile sebab nak cuba ingatkan hukum2 tajwid yg telah dipelajari

Practice make perfect …. kena buat ulangkaji dan baca AL-Quran selalu … barulah dapat hasil yg terbaik …. in syaa Allah boleh ….

Kami juga sepakat untuk menggunakan AL-Quran ini ….

20150330_105948[1]

Al-Quran Tafsir Bil Hadis … Al-Quran dengan terjemahan dan dilengkapi dengan hadis tertentu bagi ayat2 Al-Quran yg tertentu …

20150331_154605[1]

Al-Quran ini bersaiz besar … cetakan huruf yg terang dan berwarna bagi setiap huruf yg bertajwid …..

Sungguh pun dah siap bertanda tajwidnya … terkial2 jugaklah nak mengingati dan mengupas hukum tajwidnya …mak budak baru belajar …..

Istiqamah ye kawan2 …sehingga kita qatam keseluruhan Al-Quran …. jangan undur ….. jangan mudah putus asa …. in shaa Allah kita akan berjaya ….

 

416860msbhhg1zjm_thumb_thumb_thumb_t[2]ana ayesha

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...