Monday, March 30, 2015

EZION Ku ….. Angan Yang Menjadi Nyata

 

 

::~ ASSALAMU’ALAIKUM WBT ~::

hAI! hALO! aLOHA! sELAMAT sIANG!

 

Kenalkan Mr. Ezion ku yang handsome, yg ku angan sedari dulu ….

 

20150329_180002[1]

 

Bertahun lama …. ingin memilikinya …

Akhirnya tercapai jua hari Ahad yg lalu …

Harga RM199 …. murah giler tuuu …. jualan pre GST le agaknya … memang dah tertulis ianya rezki ku …Alhamdulillah

Sebenarnya pernah terjumpa harga yg lebih murah RM188 … tapi out of stock … biasalah kannnn … barang murah cepat habis

So petang Ahad …. dgn gigihnya ku menguji kehebatan Mr. Exion nih …

Jadi inilah hasilnya ….

2nd proff ….

20150329_175738[1]

Ni pulak yg dah boleh dingappp

20150330_053813[1]

Resepi adalah doh roti asas dari secubitgaramnor67 via mas-dapurmas 

Resepinya  begini ye:

Bahan :

380 gm tepung high protein

3 sudu besar susu tepung

80 gm gula castor

3 sudu kecil yis segera

1 biji telur A

100 ml air  (guna air dari peti ais)

100 gm water roux

1/2 sudu kecil garam

30 gm butter (guna marjerin)

30 gm shortening (guna marjerin)

Water Roux: (menggunakan kaedah 1:5 .. 1 utk tepung, 5 utk air.. )

· 50gm tepung gandum

· 250ml air

Cara membuatnya :

1. Masukkan dlm kuali/pan dan panaskan dgn api sederhana.

2. Hendaklah sentiasa dikacau supaya tak berketul.

3. Kacau hingga pekat dan padamkan api ( dlm 2 minit jer)

4. Bila sejuk masukkan dlm bekas bertutup dan simpan dlm peti ais sehingga nak digunakan.

5. Keluarkan dr peti ais, biarkan hingga pd suhu bilik baru lah digunakan.

 

Cara :

Masukkan air, telur dan water roux ke dalam bread maker (BM), kemudian masukkan bahan2 kering spt tepung dan susu tepung.

Letakkan gula dan yis di satu penjuru manakala garam di penjuru yg lain.

Tekan suis on pd BM dan setkan pd mode dough.

Tekan start dan biarkan ia menguli utk seketika.

Bila dah membentuk sebiji doh boleh la dimasukkan butter dan shortening (guna marjerin)

Biarkan sehingga proses menguli selesai.

Biarkan ia naik hingga 2x ganda atau BM berbunyi menandakan proses sudah tamat.

Boleh la dibentukkan doh td mengikut citarasa anda.

My Style

Setelah doh naik 2x ganda, uli semula doh menggunakan BM

Setelah diuli bahagikan doh anggaran 25 gm setiap satu dan letakkan di dalam bekas pembakar.

Biarkan doh naik semula

Setelah doh naik sapu di permukaannya dgn campuran tepung susu yg telah dibancuh dengan sedikit air (cara ni dapat dari blog Mamafami ….)

Bakar roti dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170 darjah celcius selama 20 minit. (my oven)

Setelah roti masak sapukan permukaan roti dengan mentega

Roti yg telah disejukkan  … saya akan simpan di dalam bekas kedap udara atau balut dengan plastik untuk pastikan roti kekal lembut

Makanya terhasillah roti burger utk sarapan pagi tadi ….

20150330_053806[1]

 

416860msbhhg1zjm_thumb_thumb_thumb_t[1]ana ayesha

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...