Thursday, November 6, 2014

13 Muharram 1436H ~ Hokkaido Chiffon Cupcake ….

 

 

::~ ASSALAMU’ALAIKUM WBT ~::

hAI! hALO! aLOHA! sELAMAT sIANG!

 

Hokkaido terletak di negara matahari terbit Jepun …

Agaknya resepi ni berasal dari sana …

Kek Hokkaido …. famous …. memang telah menjadi trend di cyber kitchen

So …. setelah google sana … google sini ,,,, maka inilah hasilnya dari dapurku …

Kek mengecut ….

image

…. elok naik waktu sedang masak dlm oven … tapi bila oven tingggg ….. dan dikeluarkan dari oven …. perlahan2 kek mengecut …..

Kalo tengok di cyber kitchen …. mostly kek ni memang mengecut …

Tapi ada jugak yg naik cantik tidak mengecut … apa agak rahsianya ?

Kek yang dah dimekap dgn kastad … pandangan sisi …

image

Pandangan atas …

image

Banyak jugak dapat dari 1 resepi ….

image

Resepi dari Aida Ali cnp dari sini …. ovenkecil.blogspot.com…. tq Nadz …

HOKKAIDO CHIFFON CUPCAKE

Bahan A

  • 3 biji telur (Gred A)
  •    30 gm gula kastor
  • 40 ml minyak jagung
  • 40 ml susu (me …guna susu fullcream dlm botol)
  • 1 sd kecik esen vanila
  • 15 gm tepung kastad *
  • 65 gm tepung gandum/tepung superfine * (me … guna tepung gandum)
  • secubit garam *

Bahan B

  • 3 biji putih telur (Gred A)
  • 60 gm gula kastor
  • 1/2 sd teh cream of tartar (me …. tak letak)

Cara-caranya :

  • Panaskan oven 170 C (my oven mmg ngam dgn suhu ni…)
  • Ayak bahan bertanda *
  • Pukulkan kuning telur dan gula kastor hingga berkrim
  • Masukkan esen vanila, susu dan minyak jagung, kacau sebati
  • Masukkan bahan yang telah diayak, gaul sebati
  • Pukul bahan B hingga bertanduk (bila mangkuk diterbalikkan adunan putih telur tidak jatuh….)
  • Masukkan adunan putih telur sedikit demi sedikit ke dalam mangkuk adunan kuning telur, kaup balikkan hingga sebati
  • Masukkan adunan ke dalam cup kertas, 3/4 penuh
  • Bakar 20 – 25 minit hingga masak
  • Dah masak ….sejukkan dan paipkan inti kastad

Me guna inti kastad resepi dari sini … annaqawina.blogspot.com …. tqvm

Inti kastad ni mmg bestttt tak manis … sebagai inti cream puff pun okeh …

RESEPI INTI KASTARD (Tanpa Telur)

Sumber : Kak Ida & Tun Telani

Bahan2:

  • 2 camca besar tepung kastard
  • 2 camca besar gula kastor
  • 1 1/3 cawan susu segar
  • 30 gram mentega (kurang lebih 2 camca teh)
    2 camca teh esen vanilla


Cara2:

  • Satukan semua bahan untuk kastard kecuali mentega dan esen vanilla.
  • Kacau rata dengan whisk dan masak dengan api perlahan sambil terus dikacau hingga pekat.
  • Padam api, tambah mentega dan esen vanilla, kacau rata dan biar sejuk. Ketepikan.
  • *Kami suka resepi ni kalau untuk makan-makan kat rumah, lembut dan manis sedang2 aje.

Some say … kek ni mengecut sbb tidak cukup masak dan juga sebab putih telur tidak cukup kental …. so kena try lagilah ….

416860msbhhg1zjm_thumb_thumb_thumb_t[2]ana ayesha

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...