Saturday, October 25, 2014

1 Muharam 1436H ~ Di Taman Syurga .....


Rutin setiap pagi Sabtu .... kuliah subuh.... ceramah oleh Ustaz Zaki (JAKIM)..mengenai hijrah Rasullullah SAW.....sempena 1 Muharram 1436H

Orang yang menghadiri majlis ilmu, Allah akan anugerahkan kepadanya ketenangan tatkala mutiara-mutiara ilmu itu diserap dan disemat di minda dan jiwa-jiwa mereka. Malaikat juga akan sentiasa mendoakan orang yang sedang berada dalam majlis ilmu. Para malaikat sangat suka akan majlis ilmu sehinggakan para malaikat mengembangkan sayapnya untuk memayungi orang-orang yang berada dalam majlis ilmu. Semoga kita sentiasa cinta untuk menjadi tetamu di taman-taman syurga seperti ini.

Sabda Rasulullah s.a.w.:
Maksudnya : “Apabila kamu melalui (bertemu) dengan taman-taman syurga (di atas muka bumi ini), maka hendaklah kamu berhenti untuk menikmati (hasilnya). Lalu Sahabat pun bertanya: Apakah dia taman-taman Syurga tersebut? Rasulullah berkata: Majlis-majlis ilmu.  (Hadis riwayat at-Tirmizi)

 Sumber 

Salam Maal Hijrah 1436H ..... sempena tahun baru hijrah jom kita berazam utk perbanyakkan menghadiri majlis ilmu  ....


Posted via Blogaway

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...