Wednesday, October 29, 2014

Wordless Wednesday ~ 93 ~ My Red Velvet Cake ….

 

 

::~ ASSALAMU’ALAIKUM WBT ~::

hAI! hALO! aLOHA! sELAMAT sIANG!

 

image

 

20130905_235751_thumb3

 

416860msbhhg1zjm_thumb_thumb_thumb_t[1]ana ayesha

Tuesday, October 28, 2014

4 Muharram 1436H ~ Saya Mahu Sentuh …..

 

 

::~ ASSALAMU’ALAIKUM WBT ~::

hAI! hALO! aLOHA! sELAMAT sIANG!

 

Di wall FB …. kempen yg amat baik sekali

Saya mahu sentuh … Al-Quran …nak peluk cium pun takpe

Tapi pastikan berwuduk jika ingin menyentuh Al-Quran yg tiada terjemahan …

image

Tapi janganlah sentuh jee …. baca Al-Quran dapat pahala

 Terdapat 15 kebaikan al-Quran di dalam hadis-hadis sahih :

Pertama : Al-Quran akan menjadi syafaat dihari akhirat.

Daripada Abu Umamah r.a berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda:

“Bacalah al-Quran sesungguhnya ia akan datang di hari kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya”. (Hadis Riwayat Muslim)

Kedua : Al-Quran sebagai pembela (mempertahankan) orang yang membacanya di hari akhirat.

Daripada Nawwas Bin Sam’an r.a. telah berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda :

“Di hari akhirat kelak akan didatangkan al-Quran dan orang yang membaca dan mengamalkan isi kandungannya, didahului dengan Surah Al Baqarah dan Surah Ali-Imraan, kedua-dua surah ini menghujah  (mempertahankan) orang yang membaca dan mengamalkannya”. (Hadis Riwayat Muslim)

Ketiga : Sebaik-baik amalan adalah orang yang belajar dan mengajarkan al-Quran.

Daripada Osman Bin ‘Affan r.a. telah berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda :

“Sebaik manusia di antara kamu orang yang mempelajari al-Quran dan mengajarnya kepada orang lain”. (Hadis Riwayat Bukhari)

Keempat : Membaca al-Quran dan susah menyebutnya mendapat dua pahala.

Daripada Aisyah r.a. telah berkata: Bersabda Rasulullah S.A.W. :

“Orang yang membaca al-Quran dan susah untuk menyebut ayatnya ia mendapat dua pahala”. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kelima : Mukmin yang membaca al-Quran umpama buah yang harum dan sedap rasanya.

Daripada Abu Musa Al Asy’ari r.a. telah berkata : Rasulullah S.A.W. bersabda :

“Umpama orang mukmin yang membaca al-Quran seperti buah Utrujjah (seperti limau besar) baunya wangi dan rasanya sedap. Umpama orang mukmin yang tidak membaca al-Quran seperti buah tamar tidak ada bau dan rasanya manis, dan umpama orang munafik yang membaca al- Quran seperti Raihanah (sejenis pokok) baunya wangi dan rasanya pahit dan umpama orang munafik yang tidak membaca al-Quran seperti buah labu yang tiada bau dan rasanya pahit”. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Keenam : Allah SWT mengangkat martabat golongan yang membaca al-Quran.

Daripada Omar Bin Al Khattab r.a. Bahawa Nabi Muhammad S.A.W. bersabda:

“Sesungguhnya Allah mengangkat martabat beberapa golongan dan merendahkan martabat yang lain dengan sebab al-Quran”.(Hadis Riwayat Muslim)

Ketujuh : Kefahaman yang sahih tentang al-Quran akan menjadi contoh ikutan.

Daripada Ibnu Omar r.a. daripada Nabi Muhammad S.A.W. telah bersabda:

“Tidak boleh berhasad dengki kecuali di dalam dua perkara : Lelaki yang dianugerahkan kefahaman yang sahih tentang al-Quran, ia menunaikan ibadat siang dan malam, lelaki yang dianugerahkan kemewahan harta lalu dinafkahkannya siang dan malam”. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kelapan : Membaca al-Quran akan mendapat ketenangan (sakinah)

Daripada Barra’ dan daripada ‘Azib r.a. telah berkata :

“Seorang lelaki membaca Surah Al Kahfi dan di sisinya seekor kuda yang diikat dengan dua tali, maka awan di langit mula melindunginya dan semakin hampir, dan kudanya mula menjauhinya. Apabila menjelang pagi beliau pergi berjumpa Nabi Muhammad S.A.W. dan menceritakan peristiwa tersebut maka baginda bersabda : Itulah (sakinah) ketenangan yang turun disebabkan bacaan al-Quran”. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kesembilan : Sesiapa yang tidak mengingati ayat-ayat al-Quran umpama rumah yang roboh.

Daripada Ibnu ‘Abbas r.a. beliau berkata : Rasulullah S.A.W. bersabda :

Sesungguhnya orang yang tidak ada di dalam ingatannya sesuatu pun daripada ayat al-Quran seperti rumah yang roboh”. (Hadis Riwayat Tarmizi dan beliau berkata: Hadis ini hasan sahih)

Kesepuluh : Membaca dan memperelokkan bacaan al-Quran akan mendapat kebaikannya.

Daripada Abdullah Bin ‘Umru Bin Al ‘As r.a. Nabi Muhammad S.A.W. bersabda :

“Satu masa nanti akan dikatakan kepada orang yang membaca al-Quran: Bacalah, perbaikilah dan perelokkanlah bacaan al-Quran sepertimana engkau memperelokkan urusan di dunia, sesungguhnya tempat engkau akan ditentukan di akhir ayat yang engkau bacakan”. (Hadis Riwayat Abu Daud dan Tarmizi dan beliau berkata : Hadis ini hasan sahih)

Kesebelas : Membaca beberapa ayat al-Quran lebih baik daripada mendapat unta yang gemuk.

Daripada ‘Uqbah Bin ‘Amir r.a. menceritakan : Rasulullah S.A.W keluar dan kami berada di tempat duduk masjid yang beratap. Maka beliau bersabda:

“Siapakah di antara kamu yang suka keluar di pagi hari pada setiap hari menuju ke Buthan atau ‘Atiq, dan dia mengambil darinya dua ekor unta yang gemuk dalam keadaan dia tidak melakukan dosa dan tidak putus hubungan silaturrahim”. Kami menjawab : “Kami suka demikian itu. Sabda Rasulullah S.A.W : “Kenapakah kamu tidak pergi ke masjid belajar atau membaca dua ayat Al Quran lebih baik dari dua ekor unta, tiga ayat lebih baik dari tiga ekor, empat ayat lebih baik dari empat ekor unta demikianlah seterusnya mengikut bilangan ayatnya”. (Hadis Riwayat Muslim)

Kedua belas : Sesiapa yang lebih fasih membaca al-Quran lebih layak menjadi imam solat berjemaah.

Daripada Ibnu Mas’ud r.a bahawa Nabi Muhammad S.A.W bersabda :

Orang yang paling layak mengimami kaum di dalam sembahyang ialah mereka yang terfasih membaca al-Quran”. (Hadis Riwayat Muslim)

 Ketiga belas : Nabi SAW mengutamakan sahabat yang paling kuat berpegang teguh kepada al-Quran untuk dikebumikan jenazah mereka.

Daripada Jabir Bin Abdullah r.a. bahawa Nabi Muhammad S.A.W. menghimpun antara dua lelaki yang terbunuh di peperangan Uhud kemudian baginda bersabda :

“Yang mana satukah antara keduanya yang paling kuat berpegang teguh dengan al-Quran maka apabila aku tunjukkan kepada salah seorang daripada keduanya maka dialah orang yang pertama masuk ke liang lahad”. (Hadis Riwayat Bukhari, Tarmizi, Nasa’ie dan Ibnu Majah)

Keempat belas : Kelebihan berdoa selepas membaca al-Quran.

Daripada ‘Imran Bin Husain Bahawa beliau lalu di hadapan qari yang sedang membaca al-Quran kemudian dia berdoa kepada Allah kemudian ia kembali membaca kemudian ia berkata aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda :

“Barangsiapa yang membaca al-Quran maka berdoalah kepada Allah dengan al-Quran maka sesungguhnya akan datang beberapa kaum yang membaca al-Quran dan mereka berdoa dengannya”. (Hadis Riwayat Tarmizi, beliau berkata : Hadis ini hasan)

Kelima belas : Setiap satu huruf membaca al-Quran akan mendapat sepuluh ganjaran pahala.

Daripada Ibnu Mas’ud r.a. ia berkata :

“Barangsiapa yang membaca satu huruf daripada al- Quran maka baginya satu kebaikan, satu kebaikan menyamai dengan sepuluh pahala, aku tidak bermaksud : Alif , Lam , Mim ialah satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf”. (Hadis Riwayat Ad Darimi Tarmizi, beliau berkata hadis ini hasan sahih)

Sumber

MashaAllah banyak sungguh kebaikan membaca Al-Quran …

image

Jom latih diri … sedikit demi sedikit … sehari sehelai , in shaa allah akan khatam juga sebuah Al-Quran ….

Apatah lagi …. sekarang ni Quran dalam bentuk digital mudah dimiliki, mudah dimuatturun dalam telefon android … boleh dibaca di mana jua kecuali di dalam tandas

Sesungguhnya Al-Quran itu penawar kepada jiwa, ubat kepada hati …. amalkanlah membaca Al-Quran  ….. in shaa allah akan tenang ….

Dalam sebuah hadis Rasulullah S.A.W.bersabda : Daripada Ibnu Umar r.a berkata:

“Rasulullah S.A.W. telah bersabda maksudnya : "Hati manusia akan berkarat seperti besi yang dikaratkan oleh air". Apakah cara untuk menjadikan hati bersinar semula. Kata baginda lagi, " Dengan banyak mengingati mati dan membaca al-Quran.”

Sumber

 

416860msbhhg1zjm_thumb_thumb_thumb_t[2]ana ayesha

3 Muharram 1436H ~ Sandwich Telur di Pagi Isnin …

 

 

 

images

::~ ASSALAMU’ALAIKUM WBT ~::

hAI! hALO! aLOHA! sELAMAT sIANG!

 

Isnin datang lagi … Alhamdulillah

Allah beri ruang …. utk menambah bekalan ke akhirat …

 

Sandwich telur utk sarapan di pagi tadi …

Menu yg sempoi lagi berkhasiat serta mudah …

Bahan-bahannya:

Roti sandwich (4 keping)

Telur (2 biji)

Mayonis (secukupnya)

Cili sos (secukupnya)

Caranya:

Telur direbus keras…hancurkan kasar2 di dalam mangkuk

Gaulkan mayonis (me guna mayonis berkeju brand Jasma, keluaran Bumiputera)

Dah sebati …. sapu di atas roti telur campuran mayonis, letak tebal….baru rasanya umphhh mcm gbr di bwh ….

image

Next …. sapukan cili sos (mesti letak baru ngam rasanya), baru ada rasa pedas2 manis masin sesuai dgn tekak Melayu … so tak pyh letak garam

image

Then tutuplah dgn roti sandwich  di atasnya …

image

Bolehlah potong melintang ….dah siap … bolehlah ngap …

image

Mudah lagi cepat menyediakannya ….

Pandangan di lebuh raya  … berjaya keluar awal … kurang sesak … Alhamdulillah

image

 

416860msbhhg1zjm_thumb_thumb_thumb_tana ayesha

Sunday, October 26, 2014

2 Muharram 1436H ~ Hijrah .....

Alhamdulillah .... berpagi2 di pagi Ahad yg tenang lagi damai ....

Kuliah Subuh .... Kewajipan bethijrah di jalan Allah & balasannya (Surah An Nisaa' ayat 97 - 100) oleh Ustaz Zahari

Tafsir An Nisa Ayat 97-103
Ayat 97-100: Disyariatkan berhijrah untuk dapat menjalankan agama ketika mendapat gangguan dalam menjalankannya dan balasan berhijrah

Terjemah Surat An Nisa Ayat 97-100

97.[1] Sesungguhnya orang-orang yang dicabut nyawanya oleh malaikat dalam keadaan menzalimi diri sendiri[2], (kepada mereka) malaikat bertanya, "Dalam keadaan bagaimana kamu ini?"[3] Mereka menjawab, "Kami orang-orang yang tertindas[4] di negeri (Mekah)". Mereka (para malaikat) bertanya, "Bukankah bumi Allah itu luas, sehingga kamu dapat berhijrah di bumi itu?[5]" Maka orang-orang itu tempatnya di neraka Jahannam, dan Jahannam itu seburuk-buruk tempat kembali,

98. Kecuali mereka yang tertindas[6] baik laki-laki atau perempuan dan anak-anak yang tidak berdaya dan tidak mengetahui jalan (untuk hijrah),[7]

99. Mereka itu, mudah-mudahan Allah memaafkannya. Allah Maha Pemaaf lagi Maha Pengampun.

100. Barang siapa berhijrah di jalan Allah, niscaya mereka akan mendapatkan di bumi ini tempat hijrah yang luas dan (rezeki) yang banyak. Barang siapa keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian kematian menimpanya (sebelum sampai ke tempat yang dituju)[8], maka sungguh, pahalanya telah ditetapkan di sisi Allah. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha

 Sumber  

Pesan Ustaz ..... utk berhijrah ke jln Allah, di dalam rumah pun boleh ... contohnya berhijrah dari cara kehidupan seharian ke arah yg lebih sempurna menurut kehendak Islam ....

Selamat berhujung minggu ....


Posted via Blogaway

Saturday, October 25, 2014

1 Muharam 1436H ~ Di Taman Syurga .....


Rutin setiap pagi Sabtu .... kuliah subuh.... ceramah oleh Ustaz Zaki (JAKIM)..mengenai hijrah Rasullullah SAW.....sempena 1 Muharram 1436H

Orang yang menghadiri majlis ilmu, Allah akan anugerahkan kepadanya ketenangan tatkala mutiara-mutiara ilmu itu diserap dan disemat di minda dan jiwa-jiwa mereka. Malaikat juga akan sentiasa mendoakan orang yang sedang berada dalam majlis ilmu. Para malaikat sangat suka akan majlis ilmu sehinggakan para malaikat mengembangkan sayapnya untuk memayungi orang-orang yang berada dalam majlis ilmu. Semoga kita sentiasa cinta untuk menjadi tetamu di taman-taman syurga seperti ini.

Sabda Rasulullah s.a.w.:
Maksudnya : “Apabila kamu melalui (bertemu) dengan taman-taman syurga (di atas muka bumi ini), maka hendaklah kamu berhenti untuk menikmati (hasilnya). Lalu Sahabat pun bertanya: Apakah dia taman-taman Syurga tersebut? Rasulullah berkata: Majlis-majlis ilmu.  (Hadis riwayat at-Tirmizi)

 Sumber 

Salam Maal Hijrah 1436H ..... sempena tahun baru hijrah jom kita berazam utk perbanyakkan menghadiri majlis ilmu  ....


Posted via Blogaway

Monday, October 20, 2014

25 Zulhijjah 1435H ~ Anjing oh Anjing

 

 

::~ ASSALAMU’ALAIKUM WBT ~::

hAI! hALO! aLOHA! sELAMAT sIANG!

 

Pagi Isnin …. saya dikejutkan dengan ini ….

 

10678682_873385622671504_1253547162229476173_n

 

Owhhh … saya amat ketinggalan …  hanya pagi ni baru tau … itu pun sebab nmpk di wall FB  …. juga terpampang gambar2 yg bertudung menutup aurat (saya yakin Islam agamanya) bersama keluarga memegang anjing …Gulp!

Tetiba ….. saya terkenang 1 waktu dahulu … bila keluar utk property inspection sewaktu bertugas di pejabat cawangan …. soklan pertama yg ditanya ….. ada anjing ka? Ni soklan wajib bila mengunjungi premis non-Muslim …. bila dah dipastikan tiada anjing … baru saya berani  … or jika ada saya akan pastikan ianya jauh dari saya …

Kenapa??? ….. sebab saya telah dididik …dalam Islam ….anjing adalah haiwan mugahalazah  ….. haram dipelihara … kecuali untuk tujuan yg diharuskan oleh syarak … sebagai pengawal ladang/kebun contohnya…

Tidak dinafikan anjing … haiwan yg boleh dilatih … erti kata lain bijak … korang ingat tak cerita tv yg popular satu masa dahulu ….Lassie …. kisah anjing yg bijak

Walaupun ada anjing yg comel, cerdik, bersih, menggebu …. tapi disebabkan adanya larangan bagi umat Islam untuk menjadikan anjing sbg haiwan peliharaan … itulah sebabnya bila terserempak je dgn haiwan makhluk Allah ni … perasaan utk mengelakkan diri darinya tetap ada ..…

Apalagi jika terseremak dengan anak anjing a.k.a. puppy yg suka mengekor dan menyondol2 seperti anak kucing ….

 

Terkenang satu waktu dulu, Comel kucing peliharaan yg akhirnya mati disebabkan bisul di bahagian muka … Crying face

 

416860msbhhg1zjm_thumb_thumb_thumb_t[2]ana ayesha

Sunday, October 19, 2014

Ehemmm.....rajinnya

Rajinnyeer

Gosok bagi licin ....

Bestnyee mama ari ni......

Abg Hafiz patuh pada arahan .....

Menggosok uniform sekolah ....

Mesti dilatih utk berdikari ...

Esok Senin ... sekolah coti....Selasa jugak, sempena Deepavali ...

Posted via Blogaway


Posted via Blogaway

Thursday, October 16, 2014

21 Zulhijjah 1435H ~ Maaf ….. Jika Aku Tak Sempurna …



::~ ASSALAMU’ALAIKUM WBT ~::

hAI! hALO! aLOHA! sELAMAT sIANG!

Uolls mesti tau kannn ….drama yg sedang hot ditayangkan …
Maaf Jika Aku Tak Sempurna ….
Tidak mengiikuti perkembangan drama ini …..
Tapi bila terpandang poster ini di wall FB …
 
Hebat jugak pengaruh drama ni ……
Tiada manusia yang sempurna, di sebalik kelebihan ada kekurangan  di sebalik kekuatan ada  kelemahan …

416860msbhhg1zjm_thumb_thumb_thumb_t[2]ana ayesha

Wednesday, October 15, 2014

Wordless Wednesday ~ 92 ~ Jealousy ….

 

 

::~ ASSALAMU’ALAIKUM WBT ~::

hAI! hALO! aLOHA! sELAMAT sIANG!

10703975_10204607228762097_6944698834682338941_n_thumb

416860msbhhg1zjm_thumb_thumb_thumb_t[1]ana ayesha

Wordless Wednesday ~ 91 ~ Tenanglah Duhai Hati …




::~ ASSALAMU’ALAIKUM WBT ~::

hAI! hALO! aLOHA! sELAMAT sIANG!

10423522_1435509040058987_105834141_n

1487298_10202698718330529_537737845_n

416860msbhhg1zjm_thumb_thumb_thumb_t[1]ana ayesha

Wordless Wednesday ~ 90 ~ Berbaris Panjang …

 

 

images

::~ ASSALAMU’ALAIKUM WBT ~::

hAI! hALO! aLOHA! sELAMAT sIANG!

 

image

416860msbhhg1zjm_thumb_thumb_thumb_t[2]ana ayesha

Tuesday, October 14, 2014

19 Zulhijjah 1435H ~ Jom Mengaji ….….

 

 

::~ ASSALAMU’ALAIKUM WBT ~::

hAI! hALO! aLOHA! sELAMAT sIANG!

 

Lama jugak tidak menulis di sini …

Hari ni 19 Zulhijjah …. last entry was on 30 Zulkaedah …. so hampir 18 hari tiada update …

Alasan menyepi …. mood ke laut ….

Draft entry banyak … tapi tiada ending …

Conclusion  ….. tidak konsisten in writing ….

Hari ni Selasa … ada aktiviti baru utk setiap Selasa dan Khamis ….

Aktivitinya adalah ….. Jom Mengaji …. during lunch break …

Alhamdulillah …. ada di kalangan sahabat yg diberi kelebihan utk mengajar …free tiada bayaran ….

Student tak ramai 10 orang …. semoga kelas mengaji ni konsisten dan dapat bertahan ….

Buku rujukan yg digunakan …. 2 naskah ….

Muqaddam Kaedah Al-Marbawi (Cetakan ke 4(2014)) dan Tajwid Al-Quran Rasm Uthmani (Cetakan ke 19 (2012)) ….

image

Pendapat cikgu … kedua-dua buku ini mudah difahami ….

Muqaddam …. bermakna belajar mengaji dari mengenal huruf, bunyi serta makhraj huruf ….. pastinya semua tahu tapi amat baik sebagai ulangkaji ….

Tajwid …. ramai yg boleh membaca secara bertajwid, tetapi tidak mengenal hukum tajwid … bagus untuk memperbaiki bacaan dalam solat …..

Hari pertama kelas …. memasing telah diuji bacaan basmalah ….

 

Pesan cikgu …. ilmu yang disampaikan dengan ikhlas,

in shaa Allah akan kekal

 

416860msbhhg1zjm_thumb_thumb_thumb_t[2]ana ayesha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...