Thursday, September 25, 2014

30 Zulkaedah 1435H ~ Salam Zulhijjah 1435H

 

 

 

::~ ASSALAMU’ALAIKUM WBT ~::

hAI! hALO! aLOHA! sELAMAT sIANG!

 

Hari ni Khamis, 30 Zulkaedah …. yg berpuasa Khamis … selamat berpuasa!

Uolls tau tak ? ….. Malam tadi tengok anak bulan …..

Tengok anak bulan, bukan untuk tentukan hari raya ye kawan2 …. Rolling on the floor laughing

Tapi untuk tetapkan 1 Zulhijjah 1435H…. Smile

Lepas tengok anak bulan ….. barulah Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu tetapkan tarikhnya …. itu pun setelah diperkenankan oleh Raja-Raja Melayu ….

1 Zulhijjah 1435H telah ditentukan pada hari Jumaat, 26 Sept. 2014 …. so hari ini adalah hari terakhir di bulan Zulkaedah …..

Juga bermakna …. Hari Raya Haji a.k.a. Aidil Adha adalah pada hari Ahad, 10 Zulhijjah bersamaan 5 Okt. 2014 …..

image

Salam Zulhijjah ye kawan2 ….

Sempena bulan Zulhijjah ni …. jom kita perbanyakkan amal  ….

Sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, "Tidak ada hari yang lebih baik di sisi Allah untuk lakukan amalan kebaikan selain sepuluh hari terawal dalam bulan Zulhijjah". Para sahabat bertanya, adakah jihad fisabilillah tidak boleh menandingi amalan yang dilakukan pada sepuluh hari tersebut ?” Nabi bersabda, "Jihad pun tidak boleh menandingi melainkan dia keluar berjihad dengan jiwa dan hartanya kemudian tidak pulang dengan keduanya”. (HR. Bukhari)

Sumber

10 hari terawal … 1 – 9 Zulhijjah  … eloklah berpuasa sunat …

"Tidak ada hari-hari yang lebih dikasihi Allah untuk beribadah kepadaNya melebihi sepuluh hari bulan Zulhijjah. Berpuasa pada setiap hari daripadanya menyamai ganjaran berpuasa setahun, dan beribadah pada setiap malam daripadanya menyamai ganjaran beribadah pada Lailatul Qadr." (HR. Imam at-Tirmidzi)

Sumber

Sekiranya tidak mampu berpuasa 9 hari berturut2 …. ambillah peluang untuk berpuasa pada Hari Arafah, iaitu pada 9 Zulhijjah, sehari sebelum Hari Raya Haji …. kerana puasa pada hari tersebut dapat menebus dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang ….

kelebihan-puasa-arafah

Selain berpuasa sunat …. amalan soleh yg lain antaranya membaca Al-Quran, solat sunat, menghadiri majlis ilmu, bersalawat, berzikir, bersedekah juga mengeratkan silaturrahim juga dituntut ….

image

Sebaiknya amalan soleh ini berterusan …. tidak hanya dihadkan di bulan Zulhijjah sahaja ….

Jadilah kamu orang yang baik … orang yang baik, bila ada disukai, bila tiada dirindui, bila mati ditangisi … (Saiyidina Ali bin Abi Talib)

#selfreminder

416860msbhhg1zjm_thumb_thumb_thumb_tana ayesha

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...