Friday, September 12, 2014

17 Zulkaedah 1435H ~ Roti Pita Keju Berinti ….

 

 

::~ ASSALAMU’ALAIKUM WBT ~::

hAI! hALO! aLOHA! sELAMAT sIANG!

 

Roti pita keju berinti ……sarapan pagi Jumaat ….

Alaa senang jee buatnya ….

Panaskan oven dulu …. 170 C ….

Bahan Utama :

Roti pita keju – beli yg ready made di pasaraya

Bahan intinya :

3 keping daging burger Ramly

4 ulas bawang kecil – dihiris

3 ulas bawang putih – dihiris

Caranya :

Panaskan minyak (letak sikit jee sbb daging burger akan mengeluarkan lemak bila digoreng)

Tumis bawang …. dah layu masukkan daging burger …. kacau2lah sampai masak daging

Dah masak …. toskan daging utk buang minyak lebihan … caranya letak atas tapis ….

image

Kemudian letak mayonis dan cili sos …. sebatikan

image

Roti pita dipotong dua dan dibelah di bahagian tengahnya untuk membentuk seperti poket ….

Letaklah inti …. kmd letak slice keju yg dicarik2 …

image

Balut roti menggunaka aluminium foil … dan masukkan ke dalam oven yg telah dipanaskan …. waktu roti dimasukkan oven ‘off’ kan … so roti hanya suam2

Biarkan dalam 10 minit …

Ini roti pita keju yg dah siap dimasak …

Tengok kejuuu tu dah cair ….

Bolehlah ngappppp

image

At some point, you have to realize that some people can stay in your HEART but not in your LIFE …… #selfreminder

416860msbhhg1zjm_thumb_thumb_thumb_t[2]ana ayesha

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...