Monday, August 4, 2014

9 Syawal 1435H ~ Masih Terasa ….

 

 

 

::~ ASSALAMU’ALAIKUM WBT ~::

hAI! hALO! aLOHA! sELAMAT sIANG!

 

Hari ni Isnin …..9 Syawal 1435 H …. hari yg ke 9 di bulan Syawal tahun 1435 H…

Alhamdulillah … diberiNYA peluang untuk menikmati sebulan Ramadhan … kemudian dipertemukanNYA dgn Syawal …. hingga ke saat ini masih berpeluang menikmati 9 Syawal 1435H ….

Pantasnya masa berlalu …. masih terasa kekalutan di penghujung Ramadhan yang lalu …. demi mempersiapkan apa yang patut untuk menyambut Syawal ….

Masih terasa penatnya , lelahnya mengharungi kesesakan di lebuhraya/jalanraya untuk pulang ke kampung halaman  demi untuk menyambut Syawal …. ditambah pula dgn ragamnya si perut yg tidak disangka2 …. amat menguji kesabaran ….

Hari ni hari pertama mula kerja …. setelah bercuti panjang sempena Aidilfitri ….

Hari ni jugak memasing dah mula berpuasa 6 … uolls bgm? …

Mereka yg mula berpuasa 6 dari 2 Syawal …. hari ini dah beraya lagi …. beraya puasa 6 ….. tahniah !

Masih terasa2 sesaknya surau di depan rumah …. masih terasa2 riuh rendah hilai ketawa gurau senda anak2 yang menemani ibubapa di surau ….. kini surau kembali tenang tetapi tidak sunyi namun tidak seramai sewaktu Ramadhan  …. ahhhh Ramadhan cepatnya berlalu … tetiba rasa sayu …. sempatkah agaknya Ramadhan yang akan datang …. hanya DIA yang maha mengetahui ….

Jom kita teruskan beramal ….. walau pun Ramadhan telah berlalu meninggal kita

image

Belum terlambat ….. Selamat Hari Raya Aidilfitri ….

image

Suker sangat dgn ekad yg ini ….. terima kasih yeee di atas ingatan Winking smile

416860msbhhg1zjm_thumb_thumb_thumb_t[2]ana ayesha

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...