Tuesday, August 12, 2014

16 Syawal 1435 H – Rumah Terbuka Sempena Lebaran ….

 

 

 

::~ ASSALAMU’ALAIKUM WBT ~::

hAI! hALO! aLOHA! sELAMAT sIANG!

Ahad lepas ….. ya hari Ahad baru ni ….. saya raya puasa 6 …. bermaksud selesailah sudah puasa sunat 6 hari di bulan Syawal ….  Alhamdulillah Smile … tq Allah kerana telah mengizinkan saya menunaikan hajat berpuasa 6 dalam usaha untuk mendapatkan pahala berpuasa setahun ….

Cam ne boleh dapat pahala puasa setahun ??? Rujuk sini untuk keterangan yang lebih jelas …. Nerd smile

Hari ni 16 Syawal …. maknanya ada 14 hari lagi sebelum Syawal meninggalkan kita … sempat lagi uolls yg nak berpuasa 6 ……rebutlah peluang keemasan ini yg muncul setahun sekali …..

********************

Sebelum suboh tadi …. prepare breakfast utk my handsome … spageti goreng …. tetiba rajin sbb dah terjaga awal dari mati yang seketika ….Alhamdulillah

Sambil2 tu …. dengar siaran radio IKIM …

 

Radio IKIM memang best Thumbs up … boleh dengar kata2 mutiara yg memberi ingatan dan panduan, ada lagu2 yg berunsur nasihat, bacaan ayat2 suci Al-Quran …. ceramah2 agama tu of coz lah ada

Ceramah sebelum suboh tadi adalah mengenai adab2 bila menghadiri jemputan majlis rumah terbuka sempena hari raya ….oleh Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri Mufti Wilayah Persekutuan

Ustaz telah menggariskan beberapa panduan  …..

  • Pastikan bilangan orang yang dijemput - jemputan untuk seorang sahaja atau pun untuk sekeluarga
  • Pakailah pakaian yang sesuai – yang menutup aurat dengan sempurna
  • Nikmatilah hidangan yang disediakan – usahlah membanding2kan juadah yang disediakan
  • Jangan membazir makanan – ambil yang secukupnya sahaja
  • Singkatkan masa berada di majlis – jangan terlalu lama berada di dalam sesuatu majlis
  • Ucapkanlah terima kasih di atas hidangan yang disediakan

 

416860msbhhg1zjm_thumb_thumb_thumb_t[2]ana ayesha

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...