Tuesday, March 4, 2014

Jerebu oh Jerebu …..

 

 

 

::~ ASSALAMU’ALAIKUM WBT ~::

hAI! hALO! aLOHA! sELAMAT sIANG!

 

Jerebu kembali lagi ….Annoyed

Seolah jerebu dah jadi satu trend di Malaysia ….

Kalo dedulu di Malaysia cuma ada musim hujan/tengkujuh dan musim panas/kemarau …. tapi skrg ni ada pulak musim jerebu …..

Pagi tadi OTW ke office …..

Si matahari yg biasa bersinar merah dah tak kelihatan … sebab dilindungi oleh jerebu ….

Foto  ni capture sewaktu sampai di office ….

Apa punca jerebu kali ni?

Kalo ikut kata suratkhabar …jerebu datangnya dari aktiviti di dalam negara kita sendiri ….

KUALA LUMPUR – Punca fenomena jerebu yang melanda Lembah Klang, Putrajaya dan beberapa kawasan ketika ini disebabkan sumber dalaman seperti kebakaran hutan, belukar dan pembakaran terbuka.

Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS), Datuk Halimah Hassan berkata, berdasarkan ramalan cuaca harian, jerebu yang berlaku bukan disebabkan faktor kebakaran hutan yang berlaku di Sumatera, Indonesia seperti kebiasaan sebelum ini.

Menurut beliau, corak tiupan angin dari arah timur laut tidak merentasi sempadan dan asap kebakaran yang berlaku di sana tidak menghala ke Semenanjung Malaysia.

“Oleh itu, jerebu yang melanda ketika ini sedikit sebanyak disumbangkan oleh kebakaran tanah dan hutan seperti yang berlaku di beberapa negeri seperti Selangor, Johor, Perak dan Pahang.

“Keadaan cuaca panas dan kering juga menyebabkan partikel habuk terampai dan berkumpul di udara yang akhirnya membuatkan ruang udara berjerebu selain punca lain seperti pelepa- san industri, kenderaan bermotor dan kerja tanah,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Sumber

Musim jerebu ni ….. elakkan berada terlalu lama di luar bangunan ….

416860msbhhg1zjm_thumb_thumb_thumb_t[1]ana ayesha

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...