Tuesday, October 23, 2012

Bulan Zulhijjah ……

 

 

::~ ASSALAMU’ALAIKUM WBT ~::

hAI! hALO! aLOHA!
 

Hari ni 6 Zulhijjah …. kejap jer dah masuk ari ke 6 bulan Zulhijjah ……alhamdulillah diberi peluang & ruang olehNYA utk menikmati udara segar yg sejuk lagi nyaman ni …..

Kat sini cuaca cerah jer …… tapi langit tak selalu cerah …….. skrg ni musim ujan tak kira masa pagi, petang, tghari, mlm, tghmlm ….. apapun hujan tu satu rahmat …. jgn ada pulak yg menyumpah …… ceh! hujan …. tak boleh yer …..  nak tau lebih lanjut persoalan hujan tu satu rahmat jom beli malah AL-Islam keluaran Nov. 2012 ….. murah jer RM5 ……… 

Al Islam

so cuaca yg sejuk segar nih kalo ikutkan takyahlah pasang air-cond. ……. jimat duit kjn ….. tapi manusia rambut sama itam tapi hati lain2 …. sejuk2 pun nak berair-cond. …… yg tak tahan sejuk tu terpaksalah pakai baju berlapis2 …. sampai kebas jari2 menahan sejuk …..

Ada apa di bulan Zulhijjah ??? …….

Bila sebut bulan Zulhijjah pasti terbayang bulan haji

Bagi mereka yg terpilih sebagai tetamu ALLAH di tanah suci Mekah ….. berbahagialah kerana telah dapat menunaikan rukun Islam yg ke 5

Bulan Zulhijjah juga bulan raya …… hari raya haji ….. bila sebut raya haji pasti ingat ibadah korban dan hendak menjayakan ibadah korban sekarang dah tak murah …… rata2 RM400 satu bahagian ……. kalo yg murah tu biasanya utk ibadah korban di luar negara ……. tapi rasanya taklah murah mane pun hny mungkin RM50 lebih murah berbanding ibadah korban dlm negara …….

P1090804

berbahgialah pada yg dpt menunaikan ibadah korban ……. skrg nih kesedaran akan kelebihan ibadah korban juga semakin meningkat …. memasing berlumba2 nak menambah pahala …..

Nabi Muhammad SAW telah bersabda: “Tiada sesuatu amalan anak Adam di hari Nahar (Hari Raya Korban) yang lebih disukai Allah selain menyembelih haiwan korban.Sesungguhnya haiwan itu akan datang pada hari kiamat (sebagai saksi) dengan cukup segala tubuh anggota, cukup bulunya, tanduknya, dan kuku-kukunya. Dan sesungguhnya darah haiwan korban telah terletak pada suatu tempat di sisi Allah SWT. sebelum mengalir ke tanah. Kerana itu berbahagialah dirimu dengannya.”       Hadis Riwayat Tirmizi, Ibnu Majah dan Hakim.

Source

Sesungguhnya 10 hari pertama di bulan Zulhijjah disuruh supaya memperbanyakkan amalan …. antaranya pose sunat 1 – 9 Zulhijjah ….. tahniah! pd yg berjaya berpuasa sehingga ke hari ini 6 Zulhijjah ….

Bulan Zulhijjah klo dibandingkan dgn bulan Ramadan mmg org tak berape nak perasan pun wp bulan Zulhijjah nih ada juga hari raya tapi raya haji …….

Bila tiba hari raya haji …… ramai yg buat endah tak endah ….. smp ada yg kata hari raya haji ni utk yg pergi menunaikan haji jerrrrr ….. ada plak yg kata raya haji tak semeriah raya pose ……. ada plak yg kata besor benor ker raya haji nih????? hmmmmmmmmmm smp begitu sekali …..

Bagi yg belum berkesempatan berpuasa di bulan Zulhijjah ….. jom2 rebut pahala berpuasa hari arafah …..pada 9 Zulhijjah 1433H bersamaan 25 Oktober 2012 ….. hari Khamis

….. jgn luper amalan di pagi raya …

PAGI 10 ZULHIJAH
  1. Mandi sunat Aidiladha pada pagi harinya.
  2. Memakai pakaian baru dan bersih sebagai tanda syukur kepada Allah.
  3. Memakai haruman dan wangian yang menyenangkan.
  4. Memohon keampunan dan bermaaf-maafan sesama ahli keluarga.
  5. Sunat menjamah makan-minum selepas selesai solat Aidiladha.
  6. Menggunakan jalan berbeza sewaktu pergi dan pulang dari masjid.
  7. Lebih afdal dengan berjalan kaki jika masjid tidak terlalu jauh.
  8. Bertakbir, tahmid dan tahlil bermula dari malam 10 Zulhijjah hingga terbenam matahari pada 13 Zulhijjah (Takbir Muqayyad).
  9. Bersolat sunat hari raya dan mendengar khutbah penuh penghayatan.
  10. Ziarah menziarahi kaum keluarga, jiran tetangga, dan sahabat handai.
  11. Bersedekah kepada mereka yang memerlukan.
  12. Elakkan sambutan hari raya daripada perkara yang ditegah syarak.

Source

 

416860msbhhg1zjm (1) ana ayesha

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...