Friday, August 3, 2012

Rancangan TV ada Sijil Halal ...... di Indonesia yer .....






::~ ASSALAMU’ALAIKUM WBT ~::

hAI! hALO! aLOHA! sELAMAT sIANG!


Rancangan TV ada sijil halal
2012/08/01
Bezakan program sopan, langgar norma untuk penonton
Jakarta: Rancangan televisyen Indonesia akan dicap dengan tanda dagang Halal Majlis Ulema Indonesia (MUI) di bawah satu rancangan yang ketika ini dibincangkan antara MUI dan Suruhanjaya Penyiaran Jawa Barat.
Kedua-dua organisasi itu bertemu untuk membincangkan kemungkinan melaksanakan satu tanda halal bagi rancangan televisyen (TV) ‘sopan’ yang tidak memaparkan tema atau imej yang ‘melanggar norma.’
Pensijilan itu akan memastikan penonton televisyen dilindungi daripada program yang mungkin merendahkan moral negara, kata Ketua Suruhanjaya Penyiaran Jawa Barat, Neneng Athiatul.
“Undang-undang Penyiaran menyatakan bahawa kandungan penyiaran seharusnya menghormati nilai agama. Berikutan itu, kami fikir satu pensijilan halal adalah perlu,” kata Neneng kepada agensi berita Antara.
Ia satu usaha berterusan oleh pihak berkuasa Indonesia untuk mengawal selia moral dalam media massa dan kehidupan seharian.
Kerajaan Indonesia mengharamkan pornografi, menjadikan pemilikan dan pengagihan bahan ‘lucah’ dikenakan hukuman penjara.
Ia cuba mengawal selia ukuran panjang skirt wanita dan polis enggan mengeluarkan satu permit untuk konsert Lady Gaga yang habis dijual di sini, dalam usaha melindungi moral negara.
MUI yang ketika ini mengeluarkan sijil halal untuk produk makanan, sedang merangka kriteria untuk rancangan televisyen.
“Ada persamaan antara makanan yang dimakan tubuh dan program televisyen yang dimakan rohani. Kaedah halal yang digunakan untuk makanan boleh juga dilaksanakan dalam program televisyen,” kata ketua jabatan fatwa MUI Jawa Barat, Umar Salim.
Beliau berkata, program agama yang bertemakan Halal akan menaikkan kedudukannya. - Agensi

kalau dilaksanakan di m'sia baguih jugak ....... rcgn TV Al-Hijrah boleh dijadikan sbg benchmark ....... lagipun ramai artis m'sia yg telah berhijab .......


416860msbhhg1zjm (1) ana ayesha


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...