Thursday, August 9, 2012

Aktiviti Cuti Sempena Hari Nuzul Quran Hari Tuuuu




::~ ASSALAMU’ALAIKUM WBT ~::

hAI! hALO! aLOHA! sELAMAT sIANG!


17 Ramadhan 1433H, cuti umum sempena  Hari Nuzul Quran bagi 7 negeri  Kelantan, Pahang, Perak, Perlis, Penang, Selangor & Terengganu

Disebabkan bertugas di salah satu dr negeri yg bercuti ..... maka dptlah bercuti 3 hari dari Sabtu hingga Senin ...... tapi hari Senin, kena jugalah keluar awal pagi sebab nak menghantar anakanda ke sek...... disebabkan anakanda yg bersekolah di negeri yg tidak menyenaraikan Hari Nuzul Quran sbg cuti umum ..... Kenapalah tak diseragamkan cuti nih yer Pak Najib ?




Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur’an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w.

 Sempena cuti semalam dapatlah buat kuih raya ......


Biskut Oat ...... gbr recylce dr entri ni resepi pun guna yg ni jugak, cuma bezanya kali ni guna susu everyday sbb hg yg lebih murah dan juga tak perlu dicampur dgn gula ...... susu tu jer dah cukup manisnya.

Buat 2 adunan dptlah 282 keping ....... haha mmg kena kira every piece sbb 50 goes to officemate yg teringin ..... tak de niat nak jual tapi sbbkan dia sedang hamil layan jugaklah ..... 100 pieces goes to grandma's geng surau ..... layan jugaklah ...... adalah dlm 132 pieces balance ....  

Gara2 terlebih rajin, petangnya pulak roti hot dog guna resepi dr blog daridapurmaisya, resepi asal dari allrecipes.com.  Ni resepinya yg telah dialihbahasakan ke bhs ibunda ......

ROTI BURGER/ROTI HOT DOG
BAHAN-BAHANNYA :
1 cawan (235ml) susu (guna 3 sd bsr susu tepung + air dr peti ais jadikan 1 cawan susu)
1/2 cawan (120ml) air (guna air suam)
1/4 cawan (55g) butter
4 1/2 cawan (560g) all-purpose flour (guna tepung gdm jer)
7g instant yeast
2 sudu besar(25g) white sugar (guna gula kastor)
1 1/2 teaspoons(10g) garam
1 biji telur (guna gred A)
----------------------------------------------------
CARA MEMBUATNYA: (my style ~ i don't have a bread machine so uli dgn tgn)
1.Larutkan yis segera dan gula (1/2 sudu besar) di dalam air suam dan biarkan sebentar sehingga larutan berbuih (tanda yis hidup dan boleh digunakan)
2.Campurkan tepung, gula kastor (11/2 sudu besar) dan garam dalam mangkuk   ( i use a big baking tray, senang nak uli). Campurkan larutan yis ke dalam adunan tepung dan ratakan.  Kemudian masukkan telur yg dikocok dan sebatikan. Masukkan susu sejuk sedikit demi sedikit sehingga doh bersatu (jgn bimbang jika susu masih berbaki) dan uli sehingga doh menjadi licin dan elastik (sbb tu guna baking tray ...)
3.Bahagikan doh (100 gm each), bentukkan bulat dan rehatkan doh sebentar.
4.For Hot Dog Buns: Shape each piece into a 6x4 inch rectangle. Starting with the longer side, roll up tightly, and pinch edges and ends to seal (haha yg ni malas nak translate ..... ).  Doh yg telah siap dibentuk disusun di atas baking tray yg telah disapu dgn butter.  Biarkan doh naik sekali ganda (as for me letak dlm oven for 30 min. utk naikkan doh .... ).  Sapu doh dgn baki susu then bakar pada suhu 170 deg. celcius  for 20 minutes. 
Hasilnya tidak mengecewakan ..... lembut, gebu wp hny guna tepung gandum jer dan uli dgn tangan (no bread machine)  ..... this recipe is sure a keeper 

Roti nih utk buat roti john lebihan piza toping yg guna resepi coney dog leftover topping pizza tempoh hari


Roti John hidangan bukak posa hari tu ......

416860msbhhg1zjm (1) ana ayesha

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...