Wednesday, August 29, 2012

Wordless Wednesday ~ 44 ~ Kambing Panjat Pokok





::~ ASSALAMU’ALAIKUM WBT ~::

hAI! hALO! aLOHA! sELAMAT sIANG!






Monday, August 27, 2012

9 Syawal 1433H : Berlalulah Sudah Ramadan …….

 

 

::~ ASSALAMU’ALAIKUM WBT ~::

hAI! hALO! aLOHA! sELAMAT sIANG!
 

Untitled

 

416860msbhhg1zjm (1) ana ayesha

Tuesday, August 14, 2012

KANAK-KANAK HILANG: SATHISKUMAR A/L TAMILVANAN


::~ ASSALAMU’ALAIKUM WBT ~::

hAI! hALO! aLOHA! sELAMAT sIANG!

Dapat berita ni drpd emel .......  semoga kanak2 ini dapat ditemui dgn selamat ....... 






Butir-Butir Mangsa :
Nama : Sathiskumar a/l Tamilvanan
Umur : 5 Tahun
Tinggi : Lebih kurang 70cm
Berat : 15kg
Pegawai Penyiasat : INSP Mohamad Ehsan bin Abu Bakar
No. Telefon Bimbit : 012-2494002
NO. IPD Seberang Perai Tengah : 04-5382222
Pakaian Terakhir : Seluar pendek warna hijau, baju t- shirt bertopi warna kuning bercorak spiderman, berkasut dan berstokin.
Lokasi Terakhir : Kawasan Jalan Permatang Pauh, Seberang Jaya, Pulau Pinang.


416860msbhhg1zjm (1) ana ayesha


Monday, August 13, 2012

24 Ramadhan 1433H : Hebatnya Umrah Ramadhan




::~ ASSALAMU’ALAIKUM WBT ~::

hAI! hALO! aLOHA! sELAMAT sIANG!

Alhamdulillah terima kasih Ya Allah kerana telah menangguhkan hari matiku dan aku dapat bertemu dgn 24 Ramadhan 1433H ......

Cepatnya masa berlalu ...... sedar tak sedar tinggal 5/6 hari jer Ramadhan 1433H akan berakhir ....... sayu lak rasanya ......  entah sempat @ tidak utk bertemu dgn Ramadhan 1434H .......




Bagi yg mengerjakan umrah serta berhari raya di Mekah pasti waktu ni dah berangkat ke sana ...beruntung sungguh yg dapat mengerjakan umrah di bulan Ramadhan yang penuh barakah ini ...... ganjarannya ........ sama seperti mengerjakan haji bersama junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Suatu hari Ummu Salim menemui Rasulullah s.a.w. dan berkata : "Ya Rasulullah ! Abu Talha(suamiku) serta anaknya telahpun pergi mengerjakan haji dan tinggallah aku".  Maka balas Rasulullah s.a.w. : "Wahai Ummu Salim ! Lakukan satu umah dalam bulan Ramadhan.  Ganjarannya menyamai haji yang dilakukan bersama-sama aku".Sumber : Kembara hati di Tanah Suci, Ustaz Ghazali Ibrahim, inteampublishing






Sumber : FB

Setiap kali bila menatap gbr2 Masjidil Haram ........ keinginan utk ke sana semakin kuat 


416860msbhhg1zjm (1) ana ayesha

Friday, August 10, 2012

Berimamkan Imam Dari Gaza Palestin




::~ ASSALAMU’ALAIKUM WBT ~::

hAI! hALO! aLOHA! sELAMAT sIANG!


La ni di M'sia bukan hny bibik dan yg sewaktu dgnnya yg diimpot tapi imam utk solat terawih pun diimport jugak ......


Saban thn bila tibanya Ramadhan ...... surau yg terletak sepelaung dr rumah imamnya diimport ..... hafiz dr madrasah (maahad) di Kemboja yg menjadi merupakan 'twin' kpd surau ini .....  

Mane dia rakyat M'sia yg hafiz ..... hafizah ?????

Atau mmg rakyat M'sia suker yg import ..... atau petanda M'sia tanah airku semakin maju .... ekonominya semakin baik jadik pe salahnyanya kita berkongsi kek ekonomi dgn jiran tetangga yg jauh maupun yg dekat ..... 


Mlm tadi bermula dari solat isyak hingga ke solat terawih + witir di surau depan rumah diimamkan oleh imam muda dari Gaza, Palestin ..... selesai solat diadakan tazkirah dlm bhs Arab ..... (dialihbahasakan ke bhs ibunda oleh ustaz ....)

Khabarnya beberapa org imam muda didatangkan khas dari sana ..... tujuan utk berkongsi cerita dgn rakyat M'sia mengenai perihal di Gaza ..... dan sejumlah dana juga telah berjaya dikutip utk dibawa pulang bersama ...... rakyat M'sia mmg pemurah apa lagi di bulan Ramadhan yg berkah ini .....

Tetiba teringat anak muda/remaja yg mengetuk pintu rumah dari rumah kebajikan di M'sia mengutip derma sambil menjual CD yg semakin kerap di bulan Ramadhan ini ..... jgn smp kera di hutan disusukan anak sendiri kelaparan ...... wallahu a'lam .... ana bantu/sedekah sekadar termampu ....


416860msbhhg1zjm (1) ana ayesha



Thursday, August 9, 2012

Aktiviti Cuti Sempena Hari Nuzul Quran Hari Tuuuu




::~ ASSALAMU’ALAIKUM WBT ~::

hAI! hALO! aLOHA! sELAMAT sIANG!


17 Ramadhan 1433H, cuti umum sempena  Hari Nuzul Quran bagi 7 negeri  Kelantan, Pahang, Perak, Perlis, Penang, Selangor & Terengganu

Disebabkan bertugas di salah satu dr negeri yg bercuti ..... maka dptlah bercuti 3 hari dari Sabtu hingga Senin ...... tapi hari Senin, kena jugalah keluar awal pagi sebab nak menghantar anakanda ke sek...... disebabkan anakanda yg bersekolah di negeri yg tidak menyenaraikan Hari Nuzul Quran sbg cuti umum ..... Kenapalah tak diseragamkan cuti nih yer Pak Najib ?




Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur’an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w.

 Sempena cuti semalam dapatlah buat kuih raya ......


Biskut Oat ...... gbr recylce dr entri ni resepi pun guna yg ni jugak, cuma bezanya kali ni guna susu everyday sbb hg yg lebih murah dan juga tak perlu dicampur dgn gula ...... susu tu jer dah cukup manisnya.

Buat 2 adunan dptlah 282 keping ....... haha mmg kena kira every piece sbb 50 goes to officemate yg teringin ..... tak de niat nak jual tapi sbbkan dia sedang hamil layan jugaklah ..... 100 pieces goes to grandma's geng surau ..... layan jugaklah ...... adalah dlm 132 pieces balance ....  

Gara2 terlebih rajin, petangnya pulak roti hot dog guna resepi dr blog daridapurmaisya, resepi asal dari allrecipes.com.  Ni resepinya yg telah dialihbahasakan ke bhs ibunda ......

ROTI BURGER/ROTI HOT DOG
BAHAN-BAHANNYA :
1 cawan (235ml) susu (guna 3 sd bsr susu tepung + air dr peti ais jadikan 1 cawan susu)
1/2 cawan (120ml) air (guna air suam)
1/4 cawan (55g) butter
4 1/2 cawan (560g) all-purpose flour (guna tepung gdm jer)
7g instant yeast
2 sudu besar(25g) white sugar (guna gula kastor)
1 1/2 teaspoons(10g) garam
1 biji telur (guna gred A)
----------------------------------------------------
CARA MEMBUATNYA: (my style ~ i don't have a bread machine so uli dgn tgn)
1.Larutkan yis segera dan gula (1/2 sudu besar) di dalam air suam dan biarkan sebentar sehingga larutan berbuih (tanda yis hidup dan boleh digunakan)
2.Campurkan tepung, gula kastor (11/2 sudu besar) dan garam dalam mangkuk   ( i use a big baking tray, senang nak uli). Campurkan larutan yis ke dalam adunan tepung dan ratakan.  Kemudian masukkan telur yg dikocok dan sebatikan. Masukkan susu sejuk sedikit demi sedikit sehingga doh bersatu (jgn bimbang jika susu masih berbaki) dan uli sehingga doh menjadi licin dan elastik (sbb tu guna baking tray ...)
3.Bahagikan doh (100 gm each), bentukkan bulat dan rehatkan doh sebentar.
4.For Hot Dog Buns: Shape each piece into a 6x4 inch rectangle. Starting with the longer side, roll up tightly, and pinch edges and ends to seal (haha yg ni malas nak translate ..... ).  Doh yg telah siap dibentuk disusun di atas baking tray yg telah disapu dgn butter.  Biarkan doh naik sekali ganda (as for me letak dlm oven for 30 min. utk naikkan doh .... ).  Sapu doh dgn baki susu then bakar pada suhu 170 deg. celcius  for 20 minutes. 
Hasilnya tidak mengecewakan ..... lembut, gebu wp hny guna tepung gandum jer dan uli dgn tangan (no bread machine)  ..... this recipe is sure a keeper 

Roti nih utk buat roti john lebihan piza toping yg guna resepi coney dog leftover topping pizza tempoh hari


Roti John hidangan bukak posa hari tu ......

416860msbhhg1zjm (1) ana ayesha

Friday, August 3, 2012

Rancangan TV ada Sijil Halal ...... di Indonesia yer .....






::~ ASSALAMU’ALAIKUM WBT ~::

hAI! hALO! aLOHA! sELAMAT sIANG!


Rancangan TV ada sijil halal
2012/08/01
Bezakan program sopan, langgar norma untuk penonton
Jakarta: Rancangan televisyen Indonesia akan dicap dengan tanda dagang Halal Majlis Ulema Indonesia (MUI) di bawah satu rancangan yang ketika ini dibincangkan antara MUI dan Suruhanjaya Penyiaran Jawa Barat.
Kedua-dua organisasi itu bertemu untuk membincangkan kemungkinan melaksanakan satu tanda halal bagi rancangan televisyen (TV) ‘sopan’ yang tidak memaparkan tema atau imej yang ‘melanggar norma.’
Pensijilan itu akan memastikan penonton televisyen dilindungi daripada program yang mungkin merendahkan moral negara, kata Ketua Suruhanjaya Penyiaran Jawa Barat, Neneng Athiatul.
“Undang-undang Penyiaran menyatakan bahawa kandungan penyiaran seharusnya menghormati nilai agama. Berikutan itu, kami fikir satu pensijilan halal adalah perlu,” kata Neneng kepada agensi berita Antara.
Ia satu usaha berterusan oleh pihak berkuasa Indonesia untuk mengawal selia moral dalam media massa dan kehidupan seharian.
Kerajaan Indonesia mengharamkan pornografi, menjadikan pemilikan dan pengagihan bahan ‘lucah’ dikenakan hukuman penjara.
Ia cuba mengawal selia ukuran panjang skirt wanita dan polis enggan mengeluarkan satu permit untuk konsert Lady Gaga yang habis dijual di sini, dalam usaha melindungi moral negara.
MUI yang ketika ini mengeluarkan sijil halal untuk produk makanan, sedang merangka kriteria untuk rancangan televisyen.
“Ada persamaan antara makanan yang dimakan tubuh dan program televisyen yang dimakan rohani. Kaedah halal yang digunakan untuk makanan boleh juga dilaksanakan dalam program televisyen,” kata ketua jabatan fatwa MUI Jawa Barat, Umar Salim.
Beliau berkata, program agama yang bertemakan Halal akan menaikkan kedudukannya. - Agensi

kalau dilaksanakan di m'sia baguih jugak ....... rcgn TV Al-Hijrah boleh dijadikan sbg benchmark ....... lagipun ramai artis m'sia yg telah berhijab .......


416860msbhhg1zjm (1) ana ayesha


Thursday, August 2, 2012

12 Ramadhan 1433H : Cara Mudah Nak Dapat Pahala .....




::~ ASSALAMU’ALAIKUM WBT ~::

hAI! hALO! aLOHA! sELAMAT sIANG!


Hari ni dah 12 Ramadhan bermakna dah 11 hari berlalu ..... tahniah pada yg belum lagi tinggal puasa & tidak ponteng tarawikh ...... 

Korang perasan tak ruang di surau/masjid dah semakin luas ...... berbanding minggu pertama Ramadhan

Nak share info ni dgn korang .......




416860msbhhg1zjm (1) ana ayesha

Semalam 1 Ogos .......




::~ ASSALAMU’ALAIKUM WBT ~::

hAI! hALO! aLOHA! sELAMAT sIANG!


....... first day of August ....... dpt surat cinta gara2 parking flying-car teman di tepi jln utk ke bank berhampiran atas urusan yg perlu disegerakan ....... bukannya sengaja ....... dah jenuh pusing2 cari tempat utk memakir sehingga termasuk basement parking PPJ tapi tak jumpa pun yg. kosong ....... ahhhhhhhhhhhh bikin jiwa kacau ini surat cinta ......

  416860msbhhg1zjm (1) ana ayesha

Wednesday, August 1, 2012

Wordless Wednesday ~ 43 ~ Jerebu oh Jerebu




::~ ASSALAMU’ALAIKUM WBT ~::

hAI! hALO! aLOHA! sELAMAT sIANG!





 416860msbhhg1zjm (1) ana ayesha
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...