Thursday, July 5, 2012

Laksa Sarawak ...... Sendiri Bikin ...... First Try




::~ ASSALAMU’ALAIKUM WBT ~::

hAI! hALO! aLOHA! sELAMAT sIANG!


Ai memang hantu laksa ..... tapi laksa Penanglah

Kalo dpt mkn laksa seharian tak mkn nasik pun okeh 

Hari tu ....... sewaktu merayau di Bintang Mall, Miri terjumpalah perencah laksa Sarawak Hj. Manan lalu ai pun terbelilah 2 kampit, hg murah jer RM4 sekampit (kalo tak silap ....)




Inilah dia perencah laksa Sarawak ......  pic. dr google, lupa nak snap sendiri punya ....



So nilah ruper laksa Sarawak yg ai masak .... ikut resepi DJ dari DapurKu SaYang, terima kasih yer ! (dlm bungkusan perencah laksa Hj. Manan pun ada jugak disediakan resepinyer)

Here goes the recipe .......


Laksa Sarawak

bahan-bahan : anggaran 6 orang makan
  • 200 g pes atau perencah laksa (DJ guna pes laksa HJ Manan)
  • isi ayam secukupnya (direbus dan dicarik halus)
  • 1/2 kilo udang basah ~ i used 15 ekor udang jer
  • 1 bungkus mihun (direndam dan dicelur) ~ rendam sikit jer mihun tak dak stok
  • 4 biji telur (didadarkan dan dihiris halus) ~ aisehhhman sudah silap telur tu pi rebus plak .... ni kes tak baca resepi dgn betul
  • 2 batang serai (diketuk)
  • 200-250 ml santan pekat
  • garam dan gula secukup rasa
  • taugeh (dicelur)
  • sedikit daun ketumbar (diracik) ~ guna daun pudina ..... ketumbar rasanya tak boleh nak telan
  • limau kasturi secukupnya (dibelah dua)
Cara-cara :
  1. Sediakan 2 liter air dalam periuk. Jerangkan. Kemudian masukkan udang yang sudah dibersihkan bersama serai. Rebus hingga udang masak. Kemudian toskan udang. Air rebusan tadi jangan dibuang. Sebaliknya masukkan pes laksa dan kacau menggunakan api perlahan. (Boleh tambah air jika perlu).
  2. Masukkan santan dan perasakan dengan garam dan sedikit gula. 
  3. Masukkan mihun ke dalam mangkuk, letakkan bahan-bahan seperti taugeh, telur, daun ketumbar, isi ayam dan telur. Tuangkan kuahnya dan perahkan dengan limau kasturi. Hidangkan panas-panas. Untuk menyedapkan lagi rasanya, masukkan sedikit sambal udang kering.
Resepi Sambal Udang Kering 
bahan-bahan :
  • 6 biji bawang merah (dikisar)
  • 2 ulas bawang putih (dikisar)
  • sedikit belacan bakar (dikisar)
  • segenggam udang kering (dikisar/ditumbuk halus)
  • 4-5 sudu makan cili kisar/cili giling secukupnya 
  • sedikit air asam jawa
  • garam dan gula
Cara-cara :

Tumiskan bahan-bahan kisar dan cili kisar tadi hingga pecah minyak. Perasakan dengan garam dan gula dan masukkan air asam jawa. Kacau hingga pekat.


Laksa Sarawak ni sedap ada rasa rempah, ada udang dan ayam juga ada telur ....... kalo tak nak pedas tak perlu letak sambal tu ......

But ai prefer Laksa Penanglah ......


416860msbhhg1zjm (1) ana ayesha

1 comment:

  1. Salam kenal.. Laksa pon my peberet gaks.. Especially Laksa Penang, Laksa Kedah, Laksa Terengganu, Laksa Kelantan. Laksa Sarawak pon best, tapi x tahan gatai byk sgt udang.,, :) Tapi your laksa tu nampak sgt menggudaaa...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...