Thursday, June 21, 2012

MyKad ...... Dah Dapat


::~ ASSALAMU’ALAIKUM WBT ~::

hAI! hALO! aLOHA! sELAMAT sIANG!

Hari ni dah Khamis, hari batik 1Malaysia, hahaha ni bagi yg kerja di perkhidmatan awamlah

Petang semalam (Rabu) pi JPN collect MyKad yg buat hari Sabtu lepas

Suasana di JPN amat tenang dan santai berbanding hari Sabtu lepas, so kalo nak renew MyKad elakkan hari Sabtu (ni kalo di Putrajaya)

Nak collect MyKad ni kejap jer, urusannya pun mudah, tapi tetap kena ambik no. di kaunter yg disediakan then hantar slip & nombor ke kaunter no 23, kena tunggu tapi sat jer tak sampai pun 1 jam.

Grandma pun renew MyKad, tapi dia lagi best sbb tak payah tunggu lama ..... maklumlah warga emas layanan mesti istimewa

Kad Pengenalan aka I.C. di Malaysia telah mengalami 4x perubahan  (sebelum kad pengenalan pintar, MyKad yg tebaru ni diperkenalkan) mcm rangkaian gbr di bwh ni




As for me my IC bermula dari yg no. 2 .....  kad pengenalan plastik yg boleh dilipat2 .... gbr hitam putih 


Apa beza MyKad lama dan yg baru?


Yg di atas MyKad lama, yg di bawah MyKad baru ..... kedua-duanya berwarna biru tapi yg perbezaan yg ketara MyKad baru ditbh dgn gbr kecil (ghost image), yg khabarnya utk elakkan  pemalsuan .....  

Budak kacak memang teruja betul dpt MyKad, tidur pun dgn MyKad ...... hehehe



416860msbhhg1zjm (1) ana ayesha


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...