Monday, April 2, 2012

Puding Kastard Koktel

 

 

::~ ASSALAMU’ALAIKUM WBT ~::

hAI! hALO! aLOHA! sELAMAT sIANG!

 

~ Kejap bebenor rasanya …… dah Isnin balik … ~

Weekend baru ni try buat puding kastard koktel guna resepi yg super duper simple and easy

Meh tengok ruper puding kastard yg ana buat

 

P1000440

P1000439

Letak gbr senget2le pulak …… awas jgn sengetkan kepala anda

Resepi cnp dari reena's online, thanks reena

 

Resepi Puding Kastard Koktel

Bahan Puding:

1 cawan tepung kastard

4 cawan air

1/2 cawan gula pasir

Cara-cara membuat pudingnya:

1. Larutkan gula pasir bersama air dalam periuk dan kemudian masukkan tepung kastard.

2. Masak di atas api yang sederhana dan kacau sehingga menjadi pekat dan berkilat.

3. Tuang ke dalam bekas acuan atau pun loyang yang telah dibasahkan terlebih dahulu (supaya mudah untuk mengeluarkan puding itu nanti). Part ni, i gunakan bekas kaca je.

4. Letakkan bekas acuan / loyang / bekas kaca di bawah kipas angin untuk membiarkannya sejuk sedikit dan selepas itu masukkan terus ke dalam peti sejuk.

Bahan Untuk Kuah:

1 tin susu cair

1 tin besar mix fruits cocktail (i gunakan jenama Hosen) ~ ana guna 1 tin kecik jer jenama Ayam

1 1/2 tin air masak (ingat air masak ye, jangan gunakan air paip. Sukatan air masak gunakan tin susu cair tu aje)

4 sudu besar gula pasir

1 sudu teh esen vanila - optional (takde pun takpe sebab i tak letak pun) ~ ana pun tak letak

Cara-cara membuat kuahnya:

1. Campurkan kesemua bahan tadi ke dalam periuk. (~ ana tak masukkan mix fruit cocktail, hny campurkan dgn puding time nak mkn) Yang penting masukkan susu cair dahulu, kemudian diikuti dengan bahan-bahan yang lain.

2. Dengan api yang paling kecil kacau sebentar untuk melarutkan gula (PERINGATAN : jangan biarkan ianya mendidih, sekadar panas untuk larutkan gula sahaja).

3. Bila agak-agak gula dah larut, tutup api, tunggu sebentar sehingga sejuk sedikit dan masukkan ke dalam peti sejuk.

4. Sejam kemudian bolehlah keluarkan puding dan bahan berkuahnya untuk dihidangkan

 

Puding ni mmg best dimakan sejuk dan tak manis kiranya sesuailah dgn tekak ana, kuantiti yg terhasil pun just nice tak byk sgt ….. tapikan Abg. Hafiz mcm biasalah tak suka puding, dia kata puding tu rasa semacam jer …… katanya lagi, dia lebih sukakan sosnya dan siap pesan .…..

……. next time kalo buat puding ni buat sosnya lebih yer tapi hny utk diminum shj, huish budak ini ……….

 

416860msbhhg1zjm (1) ana ayesha

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...