Wednesday, April 4, 2012

Wordless Wednesday ~ 37 ~ Transition The Flying Car !

 

::~ ASSALAMU’ALAIKUM WBT ~::

hAI! hALO! aLOHA! sELAMAT sIANG!

 

Terrafugia Transition Roadable Aircraft

Terrafugia Transition

Kredit : Sini & Sini

 

Imaginasi yg menjadi kenyataan ……

car + an aircraft = a roadable aircraft

What a creative innovation ! Thumbs up

Tak mampu nak beli, harganya AS$279,000 (RM850,952) Thumbs down

 

416860msbhhg1zjm (1) ana ayesha

Tuesday, April 3, 2012

Oiiiiiiiiii ……… Nasi Goreng

 

::~ ASSALAMU’ALAIKUM WBT ~::

hAI! hALO! aLOHA! sELAMAT sIANG!

Dah sarapan?

Bagi yang belum tu eloklah bersarapan dulu….. sarapan baik untuk kekal sihat dan langsing …… hahaha itu pasallah ana slim tak gumuk2 sebab tak skip sarapan.  Kalau sahur pun waktunya sama seperti bersarapan sebelum azan Subuh.

Jadi korang kalau nak slim mcm ana jgn skip sarapan tau !

Orang yang bersarapan akan menikmati kehidupan yg berkualiti sebab lebih fokus, yelah kalau perut lapar kriuk2 mcm mana nak tumpukan perhatian pada kerja dan pelajaran.

Semalam  Abg. Hafiz requested nasi goreng utk sarapan pagi ni …. sudah semestinya nasi goreng tom yam yg enak dan mudah disediakan

Bahan utama mestilah prencah tom yam adabi kegemaran kami

Bahan2 yg lain macam biasa ….

Bawang merah, bawang putih, cili merah (kalau nak pedas guna cili padi) dan serai dimayang halus.

Telur dijadikan telur hancur, tapi jgnlah hancur sangat

Kicap ~ ana guna kicap manis Kipas Udang, our favourite

Sayur kobis  ~ ana guna kobis Beijing, lebih sedap, manis dan rangup

Ikan bilis ditumbuk halus, boleh juga gantikan dgn kiub ikan bilis

Garam ni optional ana tak letak sbb dah guna kicap dan ikan bilis dah cukup masin pada tekak ana

Nasi (kalau nasi sejuk lebihan semalam lagi sedap)

P1000444

Bahan yg dimayang, tumislah hingga terbit aroma yg harum ……

P1000446

Masukkan perencah tomyam, ikan bilis tumbuk dan kicap manis jika suka.  Tumis lagi …

P1000445

Dah cukup garing bahan tumisan, masukkanlah nasi bersama telur yg digoreng hancur dan juga sayur kobis.

Bolehlah rasa kalau tak cukup masin tambah garam.

Goreng lagi hingga masak.

P1000448

Dah siap ……….

Bila sebut adabi, teringat iklan produk adabi dolu2 yg pelakonnya sambil nyanyi sambil bukak tingkap …..

adabi melazatkan …. adabi meriangkan ….

Kredit

Bagi yg belum bersarapan, JOM SARAPAN !

 

416860msbhhg1zjm (1) ana ayesha

Monday, April 2, 2012

Puding Kastard Koktel

 

 

::~ ASSALAMU’ALAIKUM WBT ~::

hAI! hALO! aLOHA! sELAMAT sIANG!

 

~ Kejap bebenor rasanya …… dah Isnin balik … ~

Weekend baru ni try buat puding kastard koktel guna resepi yg super duper simple and easy

Meh tengok ruper puding kastard yg ana buat

 

P1000440

P1000439

Letak gbr senget2le pulak …… awas jgn sengetkan kepala anda

Resepi cnp dari reena's online, thanks reena

 

Resepi Puding Kastard Koktel

Bahan Puding:

1 cawan tepung kastard

4 cawan air

1/2 cawan gula pasir

Cara-cara membuat pudingnya:

1. Larutkan gula pasir bersama air dalam periuk dan kemudian masukkan tepung kastard.

2. Masak di atas api yang sederhana dan kacau sehingga menjadi pekat dan berkilat.

3. Tuang ke dalam bekas acuan atau pun loyang yang telah dibasahkan terlebih dahulu (supaya mudah untuk mengeluarkan puding itu nanti). Part ni, i gunakan bekas kaca je.

4. Letakkan bekas acuan / loyang / bekas kaca di bawah kipas angin untuk membiarkannya sejuk sedikit dan selepas itu masukkan terus ke dalam peti sejuk.

Bahan Untuk Kuah:

1 tin susu cair

1 tin besar mix fruits cocktail (i gunakan jenama Hosen) ~ ana guna 1 tin kecik jer jenama Ayam

1 1/2 tin air masak (ingat air masak ye, jangan gunakan air paip. Sukatan air masak gunakan tin susu cair tu aje)

4 sudu besar gula pasir

1 sudu teh esen vanila - optional (takde pun takpe sebab i tak letak pun) ~ ana pun tak letak

Cara-cara membuat kuahnya:

1. Campurkan kesemua bahan tadi ke dalam periuk. (~ ana tak masukkan mix fruit cocktail, hny campurkan dgn puding time nak mkn) Yang penting masukkan susu cair dahulu, kemudian diikuti dengan bahan-bahan yang lain.

2. Dengan api yang paling kecil kacau sebentar untuk melarutkan gula (PERINGATAN : jangan biarkan ianya mendidih, sekadar panas untuk larutkan gula sahaja).

3. Bila agak-agak gula dah larut, tutup api, tunggu sebentar sehingga sejuk sedikit dan masukkan ke dalam peti sejuk.

4. Sejam kemudian bolehlah keluarkan puding dan bahan berkuahnya untuk dihidangkan

 

Puding ni mmg best dimakan sejuk dan tak manis kiranya sesuailah dgn tekak ana, kuantiti yg terhasil pun just nice tak byk sgt ….. tapikan Abg. Hafiz mcm biasalah tak suka puding, dia kata puding tu rasa semacam jer …… katanya lagi, dia lebih sukakan sosnya dan siap pesan .…..

……. next time kalo buat puding ni buat sosnya lebih yer tapi hny utk diminum shj, huish budak ini ……….

 

416860msbhhg1zjm (1) ana ayesha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...