Thursday, February 23, 2012

Fauja Singh

 

::~ ASSALAMU’ALAIKUM WBT ~::

hAI! hALO! aLOHA! sELAMAT sIANG!

blue-hair-girl-003

Pagi tadi sampai awal jadi macam biasa lepak dulu sambil dengar kisah motivasi pagi di radio IKIM

Motivatornya tak lain tak bukan, Ustaz Badli Shah Alauddin

Ustaz ni suka sampaikan kisah2 haiwan dan manusia yang boleh dijadikan tauladan

Pagi tadi Ustaz bercerita mengenai Fauja Singh dari Ilford, timur London. 

Mr. Singh ni berasal dari India tetapi telah berhijrah ke London pada thn 1960an

Fauja Singh ni seorang Punjab yang berusia 100 tahun dan telah dinobatkan sebagai world's oldest marathon runner setelah beliau menamatkan acara larian di Toronto Waterfront Marathon, Canada dalam masa 8 jam, 25 minit dan 16 saat. 

100-year-old-Fauja-Singh-Completes-Toronto-Marathon

Source

Beliau berada di tempat yang ke 3,850 mengatasi 5 orang peserta (maknanya dia bukanlah di tempat yang tercorot)

Source

Nampak tu aksi Fauja Singh yang memakai turban sedang berlari …… no. pada track bottom pun 100. Yang di depan no. 52 tu ialah coach Faujan Singh namanya Harmandar Singh

Source

Kekal sihat pada usia 100 tahun memang menakjubkan.  Nak tau apa rahsia Mr Singh ni ….

Mr Singh said: "The secret to a long and healthy life is to be STREE-FREE. Be grateful for everything you have, stay away from people who are negative, stay smiling and keep running."

kalau diterjemahkan …..

rahsia hidup sihat dan panjang umur adalah:

amalkan gaya hidup yang sihat Rainbow

bersyukur dgn apa yang ada Thumbs up

jauhi mereka yang berfikiran/bersikap negatif Wilted rose

selalulah senyum (senyum tu kan sedekah) Smile

sentiasa berlari haha mungkin maksudnya sentiasa aktif jangan malas2Sleepy smile

Fauja Singh telah mula berlari pada umur 81 tahun, itu pun setelah beliau kematian isteri dan anaknya. 

Moral of the story ~ it is never too late to do/start/learn anything apa yang penting adalah semangat dan fokus

Do the best, let ALLAH do the rest (Berusaha dan bertawakal)

416860msbhhg1zjm (1) ana ayesha

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...