Friday, February 3, 2012

Adakah Hingus Itu Najis ?

 

::~ ASSALAMU’ALAIKUM WBT ~::

blue-hair-girl-005
 
hAI! hALO! aLOHA! sELAMAT sIANG!

Bertemu lagi ……. di hari Jumaat, penghulu segala hari
 
 

Korang sihat tak?

Atau ada yang kena selsema

 

Kredit

 

Yang kena selsema tu pastinya rimaskan setiap kali bila nak solat

Asyik meleleh jer hingus tu …..

 

Kredit

 

Persoalan : Adakah sah solat dalam keadaan hingus meleleh ?  Adakah sah solat yang dikerjakan atau kena berwuduk sekali lagi?

Ni jawapannya :

Boleh mengerjakan solat walaupun hingus meleleh keluar.  Bahkan wajib mengerjakan solat seperti biasa.  Tidak boleh dijadikan hingus sebagai alasan tidak solat atau melewatkannya, kerana ia bukan penghalang atau membatalkan solat.

Hingus dan ludahan tidak termasuk perkara yang membatalkan solat atau wuduk.  Seseorang boleh menyapu hingusnya ketika solat.

Nabi s.a.w. telah memberi keringanan, bahawa seseorang yang sedang solat boleh meludah pada pakaian atau di bawah kakinya ketika solat

Sumber : Fatwa PANDUAN SOLAT, Dari Takbiratulihram Sehingga Salam,  KARYA BESTARI SDN. BHD. m.s. 283

Sekadar berkongsi pembacaan pagi ini ……Smile

 

416860msbhhg1zjm ana ayesha

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...