Thursday, November 3, 2011

Cite je : Biskut Cornflakes

::~ ASSALAMU’ALAIKUM WBT ~::

hAI! hALO! aLOHA! sELAMAT sIANG!

blue-hair-girl-003

Hari ni Khamis 7 Zulhijjah 1433 H

Hanya tinggal 2 hari jer lagi umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidil Adha

Sempena Aidil Adha yg menjelang tiba, ana nak kongsi resepi biskut cornflakes yg memang digemari ramai ….. kebetulan pula baru ni balik kampung terjumpa member lama yg request utk dptkan resepi ni ….. so this is for u Keeyah

 

310495_248950305137772_100000684147272_809093_6994877_n

Ni rupa biskut cornflakes yg dah siap bakar

Resepinya seperti berikut yer

BISKUT CORNFLAKES

Sumber : Majalah Keluarga (edisi dolu2 tak ingat thn brp)

Bahan2nya:
100 gm mentega
75 gm gula ~ ana guna gula castor dikisar halus
125 gm tepung kotak + 2 camca teh baking powder ~ ana guna tepung gandum + 2 camca teh baking powder
1 biji telur ~ ana guna telur gred A
1 kotak cornflakes ~ ana beli yg jual di kedai bakeri, 2 kg utk 6 adunan
1 biji limau oren ~ ana tak letak tapi kalau nak biskut rasa oren bolehlah guna, parut kulit limau dan masukkan dlm adunan

Untuk hiasan :
Ceri merah/hijau ~ potong kecil ~ ana tak letak tak ada stok dan tak rajin tapi kalau letak biskut lagi cun

Cara membuatnya :
1. Pukul mentega dan gula hingga sebati (jangan pukul terlalu lama)
2. Masukkan telur, pukul sebati
3. Masukkan tepung gandum.  Gaul rata, adunan ni memang melekit jgn pulak tambah tepung nanti biskut rasa tepung jer.  Masukkan kulit limau (jika guna)
4. Ramas2kan cornflakes dgn tangan seperti gambar di bawah

297460_248951775137625_100000684147272_809098_581112_n 

5. Letak adunan biskut ke atas cornflakes yg telah diramas dan kepalkan dengan tangan hingga bersatu adunan dan cornflakes.  Saiz biskut ikut sukalah tapi biasanya ana suka buat saiz sederhana
5. Susun di atas dulang pembakar, jarakkan sebab biskut ini mengembang bila masak. Hias dengan ceri, jika suka

313632_248952085137594_100000684147272_809099_8037495_n
6. Bakar pada suhu 170 C selama 15 minit (suhu mengikut oven masing2)

320048_248953095137493_100000684147272_809103_1635225_nClose-up , mcm nilah rupa biskut bila dah masak

 

Selamat menerai ye, khasnya cik Keeyah

 

416860msbhhg1zjm ana ayesha

2 comments:

  1. rajinnya buat biskut..huhu...sure sedap ni..smpai kawan minta resepi.. :)

    ReplyDelete
  2. heee..cornflakes!suka gak..:D

    tp sll wat y madu tu je..;p

    my mom pon tgh wat muruku smpena raya aidiladha ni..:D

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...