Friday, September 2, 2011

Ramadhan pun berakhir ………

::~ ASSALAMU’ALAIKUM WBT ~::

Kembali bersiaran setelah seminggu berhibernasi ……

Hari ini 4 Syawal 1432H bersamaan 2 Sept. 2011 bermakna hari ni adalah hari ke 4 umat Islam di Malaysia menyambut Eidul Fitri

Macam mana dgn sambutan raya kali ni?  Pastinya meriah, maklumlah merayakan hari kemenangan setelah hampir sebulan berpuasa.  Meriahnya pasti umpama memenangai peperangan tapi peperangan memerangai nafsu makan dan minum di waktu siang.

Tapi ketahuilah sahabatku bila ramadhan berakhir,  seluruh makhluk di langit dan di bumi termasuk malaikat menangis ……..

Dari Jabir r.a. bahwa Rasulullah saw. bersabda,

“Jika malam Ramadhan berakhir, seluruh makhluk-makhluk besar, di segenap langit, dan bumi, beserta malaikat ikut menangis. Mereka bersedih kerana bencana yang menimpa umat Muhammad saw.

Para sahabat bertanya, bencana apakah ya Rasul?

Jawab Nabi.

Kepergian bulan Ramadhan. Sebab di dalam bulan Ramadhan segala doa terkabulkan. Semua sedekah diterima. Dan amalan-amalan baik dilipatgandakan pahalanya, penyiksaan sementara di hapus.”

salam-aidilfitri

 

Tetiba terasa rindu utk melihat kembali kenderaan yg bersesak2 di surau berhampiran rumah kerana tuannya merebut2 utk bersolat terawih ……. Akan adakah lagi peluang  itu ? Hanya ALLAH yang mengetahui …….

416860msbhhg1zjm[2] ana ayesha

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...