Tuesday, September 27, 2011

Jom ……… Kongsi Resepi : KEK MENTEGA KLASIK

::~ ASSALAMU’ALAIKUM WBT ~::

blue-hair-girl-005

hAI! hALO! aLOHA! sELAMAT sIANG!

Apa khabar semua ?

Hari ni ana nak kongsi resepi kek mentega klasik.  Kek ni senang je nak buatnya, resepinya very basic. 

Jom layan gambar dulu …….

307540_262117530487716_100000684147272_857281_137244833_n

Nilah dia kek mentega tradisional yg ana buat mlm Ahad lepas utk menjamu GENG SURAU

Ni pula resepinya ……

KEK MENTEGA KLASIK

Sumber : Grandma


Bahan-bahan :

340g mentega
340g gula kastor ~ ana kurangkan 330 g sahaja
1 sudu teh esen vanilla
340g tepung gandum
2 sudu kecil serbuk penaik
6 biji telur grade A

Kaedah penyediaan :

- Ayak tepung dan baking powder. Ketepikan.
- Pukul mentega dan gula hingga kembang dan ringan.
- Masukkan telur satu persatu dan pukul hingga sebati.
- Tuangkan esen vanila, kacau sebati.
- Masukkan tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit dan kacau menggunakan senduk kayu hingga sebati.
- Masukkan adunan ke dalam loyang yang telah disapu dengan sedikit mentega dan ditabur dengan tepung gandum.  Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170 C selama 45 minit. (Jangkamasa pembakaran mungkin berbeza bergantung kepada ketuhar anda.)

 

blue-hair-girl-003  SELAMAT MENCUBA

 

416860msbhhg1zjm (1) ana ayesha

1 comment:

  1. rasanya macam dah lama Ana tak share resepi kan..? huhu... :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...