Tuesday, September 27, 2011

Jom ……… Kongsi Resepi : KEK MENTEGA KLASIK

::~ ASSALAMU’ALAIKUM WBT ~::

blue-hair-girl-005

hAI! hALO! aLOHA! sELAMAT sIANG!

Apa khabar semua ?

Hari ni ana nak kongsi resepi kek mentega klasik.  Kek ni senang je nak buatnya, resepinya very basic. 

Jom layan gambar dulu …….

307540_262117530487716_100000684147272_857281_137244833_n

Nilah dia kek mentega tradisional yg ana buat mlm Ahad lepas utk menjamu GENG SURAU

Ni pula resepinya ……

KEK MENTEGA KLASIK

Sumber : Grandma


Bahan-bahan :

340g mentega
340g gula kastor ~ ana kurangkan 330 g sahaja
1 sudu teh esen vanilla
340g tepung gandum
2 sudu kecil serbuk penaik
6 biji telur grade A

Kaedah penyediaan :

- Ayak tepung dan baking powder. Ketepikan.
- Pukul mentega dan gula hingga kembang dan ringan.
- Masukkan telur satu persatu dan pukul hingga sebati.
- Tuangkan esen vanila, kacau sebati.
- Masukkan tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit dan kacau menggunakan senduk kayu hingga sebati.
- Masukkan adunan ke dalam loyang yang telah disapu dengan sedikit mentega dan ditabur dengan tepung gandum.  Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170 C selama 45 minit. (Jangkamasa pembakaran mungkin berbeza bergantung kepada ketuhar anda.)

 

blue-hair-girl-003  SELAMAT MENCUBA

 

416860msbhhg1zjm (1) ana ayesha

Friday, September 23, 2011

Jamuan Raya

::~ ASSALAMU’ALAIKUM WBT ~::

ummmmmmmmmmm

image

cakkkkkkkkkkkkkk

image

Hiiiiiiiiiiiiiii, hari Jumaat muncul lagi

Hari ni, 25 Syawal 1432H.  Mood utk beraya masih ada lagi, rumah terbuka di sana sini. ……… berat badan pun pastinya naik hehe

Korang ingat tak gbr ini yg ana post dlm entri Wordless Wednesday?

image

Ni sebenarnya adalah latar belakang utk open office di salah satu unit di Kampus 2, hari ni, menunya macam2  ……… ada lemang, rendang, laksa, lontong ……. dan yg istimewanya air negeri Selangor, mcm manalah rupanya?

Office korang dah buat ke jamuan raya ?

416860msbhhg1zjm ana ayesha

Thursday, September 22, 2011

Terperangkap Di Dalam Lif

::~ ASSALAMU’ALAIKUM WBT ~::

ummmmmmmmmmm

image

cakkkkkkkkkkkkkk

image

hiiiiiiiiiiiiiiiiiii!

Hari ni hari Khamis, hari yang disunatkan berpuasa.  Tahniah! pada yg berjaya berpuasa sunat hingga ke saat ini

Tempat kerja korang ada tak ni …….. lif

elevator

Yang kerja di bgn bertingkat2 pastinya ado ……….

pagi tadi on the way ke opis dari ground floor, ana dah terperangkap dlm lif, sorang2 pulak tu ……… eeeeeeeeeee takutnya

Dahlah lif jam, pintu lif tak boleh bukak pulak, bila tekan butang kecemasan lif tu boleh enjut 2x turun ke bawah, risaunya kalau terhempas …….. nauzubillah

Tapi setelah beberapa saat, lif bergerak menuju ke destinasinya dan ana selamat sampai, alhamdulillah ……..

Korang ada tak pengalaman terperangkap di dalam lif ?

 416860msbhhg1zjm (1) ana ayesha

Wednesday, September 21, 2011

WORDLESS WEDNESDAY ~ 17

::~ ASSALAMU’ALAIKUM WBT ~::

Masa untuk WW/WORDLESS WEDNESDAY

317679_260102107355925_100000684147272_849101_1524364346_n

Korang suka yg mana ?

Pen Putih atau Pen Merah Jambu ?

416860msbhhg1zjm ana ayesha

Monday, September 19, 2011

PIHAK POLIS TERKEJUT : 66 kanak-kanak ditemui berasak-asak di dalam van 8 tempat duduk

::~ ASSALAMU’ALAIKUM WBT ~::

Hi3x hari Isnin datang lagi.

Korang dah baca suratkhabar ke hari ni?  Pastinya ramai yg sudah, maklumlah semua berita boleh diperolehi secara on9

Ana nak kongsi satu berita yang menarik perhatian di utara China

***********************************************

Pihak polis terkejut : 66 kanak-kanak ditemui berasak-asak di dalam van 8 tempat duduk

Comelkan budak2 ni …. ceria aje

image

Tapi sebenarnya ……

Seramai 66 orang kanak2 tadika 4 – 5 thn, di bandar Qianan city, wilayah Hebei, utara China telah disumbat ke dalam van yang hanya layak utk 8 penumpang sahaja.

image

Inilah van tu

Kreatif sungguh driver tu, nak tau macam mana dia buat?

image

Begini caranya ….. kerusi di bahagian belakang van telah dialihkan dan digantikan dgn bangku kayu, maka bersesak2lah kanak2 tu …. ada yg berdiri dan ada yg. duduk

Pemandu van telah ditahan dan dikenakan saman dan pihak polis telah menggunakan 12 buah van polis untuk menghantar kanak2 ni pulang ke rumah masing2

image

Tapikan ….. budak2 ni nampak ceria jer ….. budak2 apalah yang dia tahu, orang dewasa yang sepatutnya membimbing ke jalan yang benar

Jom layan video pulak …….

Sumber

Jangan pulak ada yang nak meniru …..

 

416860msbhhg1zjm (1) ana ayesha

Saturday, September 17, 2011

Terjumpa Maria Elena ….. ahaks

::~ ASSALAMU’ALAIKUM WBT ::~

Maria Elena korang mesti kenal!  Ala blogger yg famous dgn tag, Assalamualaikum!!! kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang!

Tak sangka pulak boleh terjumpa, ter ….. tu maknanya tak dirancanglah.

Alkisahnya, hari Sabtu lepas 10 Sep 2011, we ouls pi makan kenduri kawin di Puspanitapuri, Putrajaya

Jom layan gbr dulu ……

P1090610

Suasana di dalam dewan …. luas, nyaman dihias indah

P1090616

Di bhg atas dewan ……. mungkin utk VVIP

P1090612

Hiasan mewah , chandalier

P1090606

Abg Hafiz n grandma, ready utk makan …… menunya nasi minyak, ayam goreng, daging masak entah tak tau, dalca, sayur (timun, tomato, salad) n sos cili, juga ada teh tarik, bubur kacang n cendol.  Kuih-muih waktu kami smp dah habis.

P1090618

Pelamin pengantin ……. tak jelas sgt sbb ambik gbr dr jauh.    Waktu ni  Maria Elena sedang memberi ucapan utk pengantin yg juga kawannya.  Waktu MC jemput Maria Elena  utk beri ucapan, barulah tau kewujudannya di majlis ni tapi ana taklah ambik gbr dr dekat sbb ddk pun di area belakang dewan, dekat dgn pintu masuk dan hidangan, nampak mcm ramai juga yg ambik gbr Maria Elena. 

Kalau korang nak tengok pengantin, baca cerita Maria Elina di majlis perkahwinan ni, di sini 

Sebelum berangkat pulang kami sempat jugalah bergbr sbg kenangan …….

P1090614

Di dalam dewan ……. di hadapan pelamin di bhg belakang dewan

P1090619

Abg hafiz di luar dewan

P1090620

Kami di luar dewan

Sewaktu sampai di luar dewan, Abg Hafiz kata mewahnya …… mmg mewah pun dan khabarnya kenduri  kawin ni melibatkan belanja puluhan ribu …….. mama  tak mampulah ……. kenduri kawin Abg Hafiz nanti sewa dewan MPTI (Majlis Perbandaran Teluk Intan) jerlah

 

416860msbhhg1zjm[2]  ana ayesha

Wednesday, September 14, 2011

WORDLESS WEDNESDAY ~ 16

::~ ASSALAMU’ALAIKUM WBT ~::

Terajin pulak nak buat satu lagi entri utk WW/WORDLESS WEDNESDAY

302536_256788051020664_100000684147272_837054_514182731_n

 

304951_256788024354000_100000684147272_837052_1299704760_n 

 

416860msbhhg1zjm ana ayesha

WORDLESS WEDNESDAY ~ 15

::~ ASSALAMU’ALAIKUM WBT ~::

 

Masa untuk WW/WORDLESS WEDNESDAY

image

 

image

 

416860msbhhg1zjm (1) ana ayesha

Monday, September 12, 2011

Setelah 14 Hari Syawal

::~ Assalamu’alaikum wbt ::~

Hari ni 14 Syawal 1432H, macam mana raya korang? Pastinya masih sibuk dgn rumah terbuka, puasa sebulan, raya pun sebulanlah, itu kata2 yg biasa didengar. Dan khabarnya hujung minggu baru ni jalanraya di KL jam gara2 ramai yg pergi beraya di rumah terbuka.  Pada yg berjaya berpuasa 6, tahniah diucapkan !

Hari ni 14 Syawal, barulah terjumpa Taylor Swift pagi tadi di our fav. parking area …… sebelah Dewan Jubli (Taylor Swift ~ Jerawat di muka tu tak surut2 lagilah dah berparut pun, cam mana tu hari bahagia menjelang tiba)

Pagi ni bila on jer pc di aras 5, keluarlah pulak background mcm ni …….

image

Setelah 14 hari di bulan Syawal barulah nmp tanda2 sambutan raya di di sini …….. Background yg gelap …… bolehlah …….

11394

 

416860msbhhg1zjm ana ayesha

Thursday, September 8, 2011

Just Sharing

::~ Assalamu’alaikum wbt ::~

Apa macam? Korang sibuk tak? Yg bekerja tu pastinya sibuk kena siapkan kerja yg tertangguh setelah bercuti sakan beraya

Skrg ni pun musim pendaftaran utk student baru di IPTA, sibuk jugaklah mak bapak mengantar anak2 yg berjaya ……

Ana buat2 sibuk menyiapkan pp presentation utk seminar 21 hb ni, lagi 12 hari jer, hai berdebar2 jugaklah ……

Nilah rupanya one of the slide, rasanya sesuailah dgn tajuk paper ……Air Rights

image

Pilih yg simple jer ……

*************************************************

Dlm dok mencari2 gbr yg sesuai utk slide presentation, terjumpalah gbr ni ……

image

3 tower bldg 55 storey hotel di Marina Bay, Spore, tapi sebenarnya yg unik adalah ……. tgk gbr seterusnya

image

Ada skypark keluasan 1 hektar, 340m panjang yg menghubungkan ketiga2 tower tu.  Kat atas tu ada restoran, garden, nightclub juga ada public ovservatory yg boleh tgk spore keseluruhannya (360 degree),  Skypark ni boleh menampung 3,900 orang dan terdapat 150m swimming pool tapikan skypark ni kelihatannya tergantung (no tower below) sepanjang 67m ……..  eeeeeeeeeeeeee gayatnyer 

416860msbhhg1zjm (1) ana ayesha

SPONTANEOUS THURSDAY ~ 8 ~ FAVOURITISM

::~ Assalamu’alaikum wbt ::~

Spontaneous Thursday a.k.a Spontan Khamis

favouritism, favouritism, …………… amalan memberi layanan istimewa kepada orang atau kumpulan…….. ah rimaslah …….. i’m not one of them ……….

 

416860msbhhg1zjm ana ayesha

Wednesday, September 7, 2011

WORDLESS WEDNESDAY ~ 14 ~ Mamak Robbery Section 15 Shah Alam 28/08/11~



:~ ASSALAMU’ALAIKUM WBT ~::

Satu lagi entri utk WORDLESS WEDNESDAY

Nak juga share video ini sbg peringatan utk kita bersama





416860msbhhg1zjm (1) ana ayesha

WORDLESS WEDNESDAY ~ 13 ~ Firefox Crash

:~ ASSALAMU’ALAIKUM WBT ~::

Satu lagi entri utk WORDLESS WEDNESDAY

image

|

|

|

image

|

|

|

image

Firefox di sini suker benor crash ……. sebab ……... rasanya korang di sini pun tau sebabnyer ….. hehehe

416860msbhhg1zjm (1) ana ayesha

WORDLESS WEDNESDAY ~ 12

::~ ASSALAMU’ALAIKUM WBT ~::

WORDLESS WEDNESDAY

06-09-11_1505

416860msbhhg1zjm[2] ana ayesha

Monday, September 5, 2011

Back to Normal

::~ ASSALAMU’ALAIKUM WBT ~::

Back to normal

Setelah sebulan Ramadhan, waktu kerja WP1 (7.30 am – 4.30 pm), kini waktu kerja kembali ke asalnya WP2 (8 am – 5 pm)

5171176-set-of-small-clocks-showing-8am-to-5pm-time-typical-hours-of-a-work-day

no rushing …… no hurry ……….

No updates utk Syawal 2011, akibat demam yg melanda …….

416860msbhhg1zjm ana ayesha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...