Wednesday, August 24, 2011

WORDLESS WEDNESDAY ~ 11

::~ ASSALAMU’ALAIKUM WBT ~::

 

Wordless Wednesday

 

unnamed1

 

unnamed2

 

DSC05025

DATO’ ABU BAKAR BIN BAGINDA
(1959 - 1964)

Dilahirkan pada 3 November 1899. Menerima pendidikan di Sekolah Victoria Institution, Kuala Lumpur. Mula berkhidmat dengan kerajaan sejak tahun 1917 sebagai Kerani Audit di Selangor. Pada tahun 1919, beliau berkhidmat sebagai Inspektor Polis Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Kemudian dinaikkan pangkat sebagai A.S.P. Bersara semasa menjawat pangkat A.C.P. Selepas bersara pada tahun 1953, Dato’ Abu Bakar aktif dalam politik. Menyertai UMNO pada tahun 1948.

Pada tahun 1953, beliau terpilih menjadi Ketua UMNO Bahagian Hulu Langat. Menyertai Pilihan raya Persekutuan 1955 bagi kawasan Hulu Langat. Seterusnya merupakan Speaker pertama bagi Dewan Negeri Selangor dalam bulan September 1958. Dalam tahun 1959, beliau sekali lagi bertanding dalam pilihan raya Umum bagi kawasan Sepang dan berjaya dalam pemilihan tersebut.

Mulai 30 Mei 1959 hingga 24 April 1964, beliau merupakan Menteri Besar Selangor yang pertama dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya selepas Merdeka.

 

416860msbhhg1zjm ana ayesha

1 comment:

  1. Selalu lepak makan kat satu restoran (tak ingat nama) kat kampung ni, masa duk uniten dulu. Hehe.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...