Monday, August 1, 2011

Labu

::~ assalamu’alaikum w.b.t. ~::

Bestnyer kalau dapat makan pengat labu sebagai pemanis untuk berbuka puasa hari ni!  Haha maklumlah hari pertama posa, memang berselera nak makan mcm2 tapi serius pengat labu yg lemak dan manis memang sedap.

image

Buah labu ~ kulitnya keras tapi isinya lembut, boleh dimasak sbg pencuci mulut antaranya koci labu, donut labu dan lepat labu.  Labu juga sesuai dimasak utk dijadikan lauk utk dimkn dgn nasi spt masak lemak labu

***********************************************************

Khasiat Labu


Dalam buku 'Vegetables : For Health and Healing' nukilan Ong Hean Chooi, isi labu yang direbus dikatakan baik untuk merawat tekanan darah tinggi dan penyakit kuning. Labu yang dimasak juga baik untuk mengawal diabetes manakala labu yang dikukur halus boleh merawat luka kecil seperti terbakar atau luka pisau.

Daun labu merah pula bagus direbus untuk dijadikan penawar cirit-birit atau demam. Boleh juga ditumbuk kasar untuk diletakkan pada otot yang sakit.

Menariknya ramai yang menyangka menikmati kuaci labu sekadar bahan kudapan kosong. Kajian yang dilakukan oleh saintis AS pengambilan biji labu yang dimakan secara teratur dalam mencegah masalah batu ginjal. Kajian lanjut turut pernah dilakukan oleh saintis dari Thailand.  Mereka mendedahkan hanya lima hingga 10 biji labu diperlukan sehari untuk mencegah batu karang.

Satu lagi kebaikan yang jarang didedahkan tentang ialah khasiatnya untuk kanak-kanak yang menderita kecacingan. Biji labu dikeringkan dan ditumbuk halus sebelum dicampur dengan air suam. Tapiskan campuran itu dan airnya diminum sebelum tidur.
Untuk anak-anak yang kurang nafsu makan boleh diberikan isi buah labu. Sebaiknya ia dihidangkan secara menarik untuk menarik perhatian anak anda.

***********************************************

rasulullah menggemari labu

Anas bin Malik r.a. meriwayatkan :

“Rasulullah s.a.w. ialah seorang yang menyukai buah labu.  Maka setiap kali diberikan makanan atau diundang dalam jamuan makan, saya selalu mengikuti dan menghidangkan buah labu di hadapan Baginda kerana saya tahu bahawa Baginda menyukainya.”

(Riwayat Ahmad, al-Darimi, al-Nasa’i dan Abu Daud)

Dipetik daripada Syama’il Muhammad s.a.w. : Peribadi Muhammad, terbitan Telaga Biru S.B. via SOLUSI Isu No. 34

416860msbhhg1zjm (1) ana ayesha

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...