Wednesday, August 24, 2011

WORDLESS WEDNESDAY ~ 11

::~ ASSALAMU’ALAIKUM WBT ~::

 

Wordless Wednesday

 

unnamed1

 

unnamed2

 

DSC05025

DATO’ ABU BAKAR BIN BAGINDA
(1959 - 1964)

Dilahirkan pada 3 November 1899. Menerima pendidikan di Sekolah Victoria Institution, Kuala Lumpur. Mula berkhidmat dengan kerajaan sejak tahun 1917 sebagai Kerani Audit di Selangor. Pada tahun 1919, beliau berkhidmat sebagai Inspektor Polis Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Kemudian dinaikkan pangkat sebagai A.S.P. Bersara semasa menjawat pangkat A.C.P. Selepas bersara pada tahun 1953, Dato’ Abu Bakar aktif dalam politik. Menyertai UMNO pada tahun 1948.

Pada tahun 1953, beliau terpilih menjadi Ketua UMNO Bahagian Hulu Langat. Menyertai Pilihan raya Persekutuan 1955 bagi kawasan Hulu Langat. Seterusnya merupakan Speaker pertama bagi Dewan Negeri Selangor dalam bulan September 1958. Dalam tahun 1959, beliau sekali lagi bertanding dalam pilihan raya Umum bagi kawasan Sepang dan berjaya dalam pemilihan tersebut.

Mulai 30 Mei 1959 hingga 24 April 1964, beliau merupakan Menteri Besar Selangor yang pertama dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya selepas Merdeka.

 

416860msbhhg1zjm ana ayesha

Friday, August 19, 2011

Lawatan Semula ke Kampus 2

::~ Assalamu’alaikum wbt ~::

Alhamdulillah dgn izin ALLAH pencipta langit dan bumi serta segala isi alamnya, dapat juga menulis entri ni, setelah tertangguh sekian lama dan bertukar tajuk berkali-kali. 

Ingat tak lagi mengenai entri sebelum ni, tentang lawatan ke Kampus 2, pejabat baru yang sepatutnya kami pindah pada Jun yg lepas.  Tapi itulah manusia hanya merancang tapi ALLAH yg menentukan segalanya.  Apa yg dirancang tidak menjadi kenyataan.  Dan setelah berteka-teki, akhirnya pada 5 Ogos yg lalu kami pun berpindahlah ……. berpindah di bulan puasa yer, sungguh tak dijangka ……

Sebelum berpindah, kami telah beberapa kali melakukan lawatan semula ke Kampus 2 dan lawatan semula tu lebih menyeluruh termasuklah ke aras 5 yg akan menjadi pejabat baru kami

Jom tengok gbr hasil dari lawatan tersebut

 DSC05022

Parking lot adalah di antara kemudahan yg wajib ada dan ini adalah di antara parking lot yg paling hampir dgn tangga utama ke Pusat Pentadbiran (tangga Batu Caves, kata izan) …… tak byk, rasanya tak smp pun 30 lot, tapi memang jadi rebutan di waktu pagi, siapa cepat dia dapat ……. pada awalnya, ana pun parking di sini, tapi skrg dah tak kuasa  nak mendaki tangga Batu Caves tu …… mengah jugak wp ai ni slim melim jer …..

 269782_222483581117778_100000684147272_717685_700031_n

Nilah dia tangga Batu Caves tu, tangga ni jadi laluan utama utk smp ke lobi, seterusnya ke lif dan akhirnya ke destinasi masing2.  Adalah lebih kurang 30 anak tangga.  AWAS sila pastikan anda adalah cergas utk mendakinya ……. pastikan juga kasut anda cukup selesa utk berlari jika dah terlambat ……

DSC04996

Ini rupa tangga dari lobi, ada 3 landing so kalau terjatuh taklah teruk sgt cederanya sbb ada landing tu ……

Bila dah pindah, memasing pandailah mencari jln utk tidak mendaki tangga ni, tapi tetap kena mendaki tangga juga tapi taklah sebanyak tangga Batu Caves ni.

*************************

Setelah penat mendaki anak tangga, sampailah di lobi nan indah ni ….. 

DSC05007

Receptionist counter yg telah siap sepenuhnya, berlatarkan warna diraja, kuning. Di bhg atas tu yg mcm burung tu sebenarnya ada lampu yg memancarkan pelbagai warna purple, oren, pink mmg terpesonalah apa lagi di waktu mlm mesti lagi cantik

Bergambar tu mesti sbg kenangan …….. diperkenalkan di antara  ahli rombongan cik kiah yg turut serta dlm lawatan

DSC05009

Gbr ni tak nmp kaki daaaaaaaa  ……. nway thanks to Yang Arif, eh tinggi jugak ai kan!

******************************************************

Next kami naik ke aras 5 pusat pentadbiran

DSC05004

Bgn ni menempatkan unit akademik, r&d, pentadbiran, kewangan, IT, korporat n pejabat boss besar

****************************************************

Dah pun smp aras 5

DSC_0241

Ini adalah laluan masuk utama di aras 5 …….. Misi seterusnya, meninjau2  work station …….. bilik tu tentulah utk pegawai jer ……

DSC_0242 DSC_0243

 DSC04958 DSC04965

Sebelum beredar ke lokasi yg lain, wajib bergbr sbg kenangan

060720111031 

*************************************************************************************

Seterusnya meninjau-ninjau ke lokasi utk seminar yg akan diadakan tahun depan

 DSC05014

Dewan Jubli, kapasiti 1,000 org utk acara perasmian seminar

DSC05020 DSC05017 

DSC05018

DSC05019

**************************************************************

Sebelum beredar singgah di break up room.  Bilik ni khas utk seminar yg melibatkan bilangan peserta di antara 100 – 250 org

DSC_0299

Memasing tersenyum manis, tapi yg sorang tu tersenyum jambu ……..

 

416860msbhhg1zjm (1) ana ayesha

Mandi Di Bulan Puasa

::~ ASSALAMU’ALAIKUM WBT ::~

Bulan puasa ni kalau dapat mandi pada waktu petang yg panas mmg best, badan rasa segar dan bertenaga apalagi setelah seharian bekerja.  Tapi ada pulak yg berpendapat mandi utk menyegarkan badan adalah makruh

Tapi sebenarnya ia termasuk dlm perkara sunnah sebagaimana kata Abu Bakar r.a. :

“Aku melihat Rasulullah s.a.w. di al-Arj (sebuah tempat), Baginda menyiram air ke kepalanya dalam keadaan Baginda berpuasa, kerana dahaga atau kepanasan.”

(Riwayat Abu Daud)

Sumber : SOLUSI, Isu No. 34

 

Gambar : Hasil pencarian Google

Walaupun dibolehkan utk mandi tapi biarkan sekadar yg perlu shj, jgnlah sambil mandi sambil menelan air ……..

416860msbhhg1zjm[2] ana ayesha

Thursday, August 18, 2011

SPONTANEOUS THURSDAY ~ 7

::~ Assalamu’alaikum wbt ::~

Spontaneous Thursday a.k.a Spontan Khamis

Setelah 17 hari berpuasa, berapa kilo agaknya dah hilang ?

416860msbhhg1zjm (1) ana ayesha

Wednesday, August 17, 2011

WORDLESS WEDNESDAY ~ 10

::~ ASSALAMU’ALAIKUM WBT ~::

Lewat  pulak kali ni utk Wordless Wednesday, tapi belum terlambaat ………

17-08-11_1432

 

Yang pertama utk  raya ni ……… dapat 2 balang tinggi & 2 balang rendah

 

416860msbhhg1zjm[2] ana ayesha

Monday, August 15, 2011

JAKIM sahkan mentega 'Pure Creamery Butter-Golden Churn' tidak halal

::~ ASSALAMU’ALAIKUM WBT ~::

 

image

Sebelum ni heboh mengenai status tidak halal mentega ni yg dikaitkan dgn Kopi Kluang dan yang terkini mengenai perisytiharan oleh Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) terhadap kek lapis yang dihasilkan oleh segelintir pengusaha kek lapis di Sarawak sebagai tidak halal kerana dikesan mengandungi DNA (asid deoksiribonukleik) babi, menyebabkan industri makanan itu terjejas

Yang terkini, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM hari ini telah mengesahkan mentega jenama 'Pure Creamery Butter-Golden Churn' yang dipasarkan di Malaysia adalah tidak halal. "Perkara ini disahkan sendiri oleh wakil syarikat Ballantyne Food dari New Zealand yang mengeluarkan produk itu.

Berita lengkap rujuk sini

 

416860msbhhg1zjm ana ayesha

Isnin, Senin, Monday

::~ ASSALAMU’ALAIKUM WBT ~::

Hai ….. hai ….. hai,  hari ini hari Isnin, 15 Ramadhan, hari ke 15 umat Islam di Malaysia berpuasa.

Seriously sejak akhir2 ni, teramat malas untuk menulis wp byk yg ingin dikongsi. Knp? Jawapan mudah …… malas, otak beku kaku, keinginan utk menulis hilang entah kemana ……..

Pagi ni bila on pc, keluar desktop background ni …….

image

Ini gara2 kerja2 maintanence oleh Unit IT hujung minggu lepas.  Seriously mmg tak berkenan langsung, ai prefer yg lama ni …..

masjid nabawi

Pemandangan di Masjid Nabawi, Madinah sejuk jer mata memandang dan background ni adalah yg paling lama kekal adalah dlm 3 thn

Sejak berpindah ke sini banyak benar pantang larangnya yg terlalu membezakan gred dan jawatan ahhhhhhhhhhhhh merimaskan ……. lepas ni apa pulak ?

11394

416860msbhhg1zjm (1) ana ayesha

Friday, August 12, 2011

MORE

::~ ASSALAMU’ALAIKUM W.B.T. ~::

Bila tibanya RAMADHAN, MORE pasti ada

Korang tau tak apa dia MORE ? Bukan perkataan bahasa inggeris yg bermaksud LAGI tu yer, tapi MORE adalah Majlis Berbuka Puasa yang biasanya diadakan di masjid atau di surau.  Telah menjadi amalan sebelum tibanya bulan Ramadhan, pihak masjid atau surau akan berusaha untuk mendapatkan tajaan MORE dari ahli qariah yang berminat

Apa kelebihannya menganjurkan MORE ?

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :

“Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti yang diperolehi orang yang berpuasa itu tanpa mengurangi sedikit pun pahala orang yang berpuasa tersebut.”

(Riwayat al-Tirmizi dan Ahmad)

SOLUSI, Isu No. 34

Pada hari Sabtu hingga Selasa, Surau Al-Furqan akan mengadakan MORE, Majlis Qiyamulail pula akan diadakan pada hari Sabtu, malam Ahad. 

168926_144447155611407_144446972278092_285577_2536565_n (1)

Inilah Surau Al-Furqan yg terletak berhampiran rumah (gbr dari facebook surau)

Berbuka di rumah jer lah, malas nak berebut-rebut …….

416860msbhhg1zjm (1) ana ayesha

Thursday, August 11, 2011

SPONTANEOUS THURSDAY ~ 6

::~ Assalamu’alaikum wbt ::~

Spontaneous Thursday a.k.a Spontan Khamis

Bilik ini hanya pinjaman, bersedialah untuk berhijrah ke work station di luar sana

 416860msbhhg1zjm (1) ana ayesha

Wednesday, August 10, 2011

Wordless Wednesday ~ 9

::~ Assalamu’alaikum wbt ~::

Wordless Wednesday kembali  lagi

P1090480

Subhanallah (سبحان الله) : Sungguh Indah Ciptaan ALLAH

 

416860msbhhg1zjm ana ayesha

Wednesday, August 3, 2011

Penggunaan Web Browsers Melambangkan IQ ?

::~ ASSALAMU’ALAIKUM W.B.T. ~::

Korang guna web browser yg mana ye, IE, Chrome, Firefox, Opera,

Safari atau Camino ?

image  image

image

image

image

image

Berita di Kosmo Online telah mendedahkan tahap IQ pengguna internet boleh ditentukan melalui web browser yg digunakan.  Boleh percaya tak? 

Pendedahan ini dibuat berdasarkan kepada satu kajian yg telah dilakukan oleh firma perunding Kanada, AptiQuant.  Sebanyak 101,326 orang responden berusia 16 tahun dan ke atas dari pelbagai negara termasuk AS, Kanada, Britain, Australia serta New Zealand telah diuji dan hasilnya adalah :

Pengguna IE rata-ratanya hanya memiliki IQ cuma sekadar 80

Pengguna Firefox atau Google Chrome memiliki IQ melepasi tahap normal iaitu sekitar 110

Pengguna sistem operasi Opera atau Camino dikategorikan sebagai paling bijak dengan tahap IQ sekitar 120

p/s : skala IQ, kepintaran manusia normal ialah 100, kalau 80 dan ke bawah menunjukkan seseorang itu mengalami terencat akal.

Kajian tersebut juga merumuskan, IE masih popular dalam kalangan jutaan pengguna kerana ia mudah dan seseorang itu tidak memerlukan IQ yang tinggi untuk menggunakannya.

Mula2 kenal internet, ana hny guna IE jer sebab itulah satu2nya web browser yg ada.  Tapi skrg ni ada byk pilihan, IE dilupakan sbb tersgtlah lembab berbanding yg lain2.  Peliknya kalau nak akses HRMIS kalau guna IE mmg ok berbanding web browser yg lain. 

416860msbhhg1zjm (1) ana ayesha

Wordless Wednesday ~ 8

::~ ASSALAMU’ALAIKUM WBT ~::

shhhhhhhhhhhhh …………. Wordless Wednesday kembali  lagi

Sebelum  Ramadhan 1432H

28-07-11_1427

 

416860msbhhg1zjm[2] ana ayesha

Monday, August 1, 2011

Labu

::~ assalamu’alaikum w.b.t. ~::

Bestnyer kalau dapat makan pengat labu sebagai pemanis untuk berbuka puasa hari ni!  Haha maklumlah hari pertama posa, memang berselera nak makan mcm2 tapi serius pengat labu yg lemak dan manis memang sedap.

image

Buah labu ~ kulitnya keras tapi isinya lembut, boleh dimasak sbg pencuci mulut antaranya koci labu, donut labu dan lepat labu.  Labu juga sesuai dimasak utk dijadikan lauk utk dimkn dgn nasi spt masak lemak labu

***********************************************************

Khasiat Labu


Dalam buku 'Vegetables : For Health and Healing' nukilan Ong Hean Chooi, isi labu yang direbus dikatakan baik untuk merawat tekanan darah tinggi dan penyakit kuning. Labu yang dimasak juga baik untuk mengawal diabetes manakala labu yang dikukur halus boleh merawat luka kecil seperti terbakar atau luka pisau.

Daun labu merah pula bagus direbus untuk dijadikan penawar cirit-birit atau demam. Boleh juga ditumbuk kasar untuk diletakkan pada otot yang sakit.

Menariknya ramai yang menyangka menikmati kuaci labu sekadar bahan kudapan kosong. Kajian yang dilakukan oleh saintis AS pengambilan biji labu yang dimakan secara teratur dalam mencegah masalah batu ginjal. Kajian lanjut turut pernah dilakukan oleh saintis dari Thailand.  Mereka mendedahkan hanya lima hingga 10 biji labu diperlukan sehari untuk mencegah batu karang.

Satu lagi kebaikan yang jarang didedahkan tentang ialah khasiatnya untuk kanak-kanak yang menderita kecacingan. Biji labu dikeringkan dan ditumbuk halus sebelum dicampur dengan air suam. Tapiskan campuran itu dan airnya diminum sebelum tidur.
Untuk anak-anak yang kurang nafsu makan boleh diberikan isi buah labu. Sebaiknya ia dihidangkan secara menarik untuk menarik perhatian anak anda.

***********************************************

rasulullah menggemari labu

Anas bin Malik r.a. meriwayatkan :

“Rasulullah s.a.w. ialah seorang yang menyukai buah labu.  Maka setiap kali diberikan makanan atau diundang dalam jamuan makan, saya selalu mengikuti dan menghidangkan buah labu di hadapan Baginda kerana saya tahu bahawa Baginda menyukainya.”

(Riwayat Ahmad, al-Darimi, al-Nasa’i dan Abu Daud)

Dipetik daripada Syama’il Muhammad s.a.w. : Peribadi Muhammad, terbitan Telaga Biru S.B. via SOLUSI Isu No. 34

416860msbhhg1zjm (1) ana ayesha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...