Friday, July 8, 2011

Murid Taska Jadi Tebusan Lelaki Bersenjata Parang

::~ ASSALAMU’ALAIKUM WBT ~::

Kejadian yg menggemparkan semalam ~ murid taska dijadikan tebusan lelaki bersenjata parang

Jom baca urutan berita kejadian tersebut

 

30 murid taska jadi tebusan lelaki bersenjata parang

07/07/2011 1:06pm

Muar 7 Julai - Seorang lelaki bersenjatakan parang menjadikan kira-kira 30 orang kanak-kanak dan tiga guru sebagai tebusan dalam kejadian di pusat penjagaan kanak-kanak Serikids di Taman Sungai Abong, Jalan sakeh di sini hari ini.

Lelaki berkenaan dipercayai menceroboh pusat jagaan tersebut pada pukul 9.30 pagi dan difahamkan seorang kanak-kanak telah dicederakan.

Buat ketika ini, pihak polis telah mengepung premis berkenaan dan rundingan sedang dilakukan untuk tebusan dibebaskan - Utusan

  KES TAWANAN BUDAK TADIKA / MUAR

Lokasi kejadian. Kredit : Metro Online 

UTK kepung taska kanak-kanak dijadikan tebusan

07/07/2011 3:23pm

MUAR 7 Julai — Seorang lelaki yang dipercayai bersenjatakan tukul dan parang menceroboh sebuah taska di sini dan menjadikan kira-kira 30 kanak-kanak dan empat guru sebagai tebusan dalam kejadian yang bermula pukul 9.30 pagi tadi.

Bernama difahamkan sepasukan polis dari Unit Tindakan Khas (UTK) Bukit Aman sedang mengepung pusat asuhan kanak-kanak Serikids, di Taman Sungai Abong, Jalan Sakeh itu.

Seorang pakar psikologi dikenali Dr. Lau Keen Lee difahamkan telah berusaha menenangkan lelaki yang dipercayai pesakit mental itu dari luar banglo dua tingkat tersebut.

Timbalan Ketua Polis Johor Datuk Jalaluddin Abdul Rahman turut kelihatan di perkarangan pusat asuhan tersebut. – Bernama

 

Ahli keluarga pujuk suspek supaya bebas tebusan

07/07/2011 3:36pm

MUAR 7 Julai - Selepas polis memujuk lelaki yang menjadi kanak-kanak taska di sini sebagai tebusan, ahli keluarga suspek pula tampil petang ini merayu suspek yang bersenjatakan parang itu.

Ahli keluarga suspek berada di Taska Serikids pada pukul 3 petang ini memujuk suspek melepaskan tebusan namun usaha masih gagal.

Pihak polis telah menempatkan anggota Unit Tindakan Khas bagi mengepung premis berkenaan sejak pukul 1.18 petang.

Dipercayai juga lelaki berusia 30-an itu antara lain menuntut supaya diberikan sepucuk pistol automatik. – Utusan

 

Lelaki masih belum bebaskan 30 kanak-kanak tadika

07/07/2011 3:47pm

MUAR 7 Julai - Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman masih berunding untuk membebaskan empat orang guru dan kira-kira 30 kanak-kanak yang dijadikan tebusan oleh seorang lelaki bersenjatakan parang di Tadika Serikids di Taman Sungai Abong Cemerlang, di sini hari ini.

Sehingga pukul 3 petang, suspek masih berdegil dan enggan melepaskan tebusan. – Utusan

Penyelesaiannya, anggota Unit Tindakan Khas telah menyerbu tadika tersebut dan suspek telah ditembak …..

KES TAWANAN BUDAK TADIKA / MUAR KAWAL...anggota polis mengusung suspek untuk hantar ke hospital.  Kredit : Metro Online

dan murid-murid tadika berjaya diselamatkan

110707174134 ANGGOTA polis membawa keluar murid-murid tadika selepas berakhir drama tebusan di Taman Sungai Abong Cemerlang, Muar semalam.

Namun ……..

Lelaki berusia 30-an yang dipercayai kurang siuman itu bagaimanapun cedera parah ditembak polis dan meninggal dunia pada pukul 9.15 malam tadi ketika dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah

Laporan lengkap rujuk, BH Online

Alhamdulillah segalanya telah berakhir, tahniah kpd pihak berwajib yg telah berjaya menyelesaikan kes ini dan takziah kpd keluarga suspek yg berkenaan 

416860msbhhg1zjm ana ayesha

1 comment:

  1. apa yg sy dgr kt berita semalam...lelaki ni penagih dadah..pernh juga masuk ke tadika2 yg lain...saya tersilap dgr agaknya...yer la tk tgk..dgr je.. ;)

    tapi yg meninggal tu betul...dgr kt radio pagi tadi... :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...