Sunday, July 3, 2011

Mesir Satu Memori

Sebut sahaja Universiti Al-Azhar dan piramid, pasti terbayang Mesir atau Egypt. 

Kami sekeluarga telah pun menjejakkan kaki ke Mesir pada musim sederhana sejuk (mild winter), November 2008. Siangnya sederhana panas suhu di sekitar 24 C tapi malamnya sejuk, 14 C. Perjalanan dengan Egypt Air mengambil masa 8 jam dan transit di Mumbai Airport selama 2 jam. Memang penat, tapi bila saja kami menjejakkan kaki di bumi Mesir semua penat tu hilang sebab rasa gembira bercampur rasa tak percaya akhirnya kami sampai juga di bumi Mesir. 

Sepanjang 6 hari di Mesir, kami menginap di Grand Hoel

  P1020541

Abg Hafiz di hadapan pintu masuk Grand Hotel

P1020514 

Ni pulak di hadapan reception counter

Selama 6 hari menginap di Grant Hotel, kami menikmati sarapan pagi dan makan malam sahaja.  Makan tengahari disediakan di restoran di destinasi lawatan.  Sarapan pagi ni wajiblah makan sebagai alas perut sebelum pergi lawatan tapi makan malam ni kadang2 jer makan sebab waktu malam Abg Hafiz asyik tidur jer, letih sangat seharian pergi lawatan. 

DSC00578 Ni gbr Abg Hafiz sedang menikmati  semangkuk conflakes dan susu yg memang menjadi kesukaannya, susu yg disediakan susu panas

Antara menu sarapan pagi yang disediakan,

DSC00631 DSC00632 DSC00635

Roti, mashed potato, sausage yg ditumis (mmg sedaplah), yang macam capati tu rasanya roti Arab dan yg akhir tu mcm masalodeh tu tak taulah namanya tapi mmg sedap tapi bila bawa balik M’sia pahitlah pulak rasanya.  Pendek kata menu sarapan pagi mmg ngamlah dgn selera kami, boleh mkn bertbh2

************************************************

Korang ingat tak gbr ni yg ana paparkan utk segmen Wordless Wednesday

P1020546

Gbr ni ana shoot sewaktu sarapan di restoran, Grand Hotel, ni gbr keseluruhannya …..

P1020545 Pasar yg terletak di jalanraya di antara bangunan, pelbagai barangan dijual termasuk makanan, buah2an, barang mainan juga kelengkapan rumah.  Pasar ni ala2 pasar pagi di Malaysia tapi pasar ni kekal dari pagi hingga ke malam.  Makin malam makin meriah

Ada juga yang teka benda tu sbg ayam tapi sebenarnya adalah ….

P1020547

Rotiiiiiiiiiiiiii yg menjadi makanan ruji mereka, mmg lakulah wp dijual pada persekitaran yg begitu ……

Memang ada keinginan utk berkunjungan semula ke Mesir, sbb dlm kunjungan yg lalu tak sempat nak menjenguk kedai2 yg mmg byk menjual pakaian dgn fashion terkini yg sesuai utk muslimah…………. bilalah agaknya kesempatan itu akan muncul?

 

416860msbhhg1zjm[2] ana ayesha

1 comment:

  1. lorrr roti rupernyaa...dijual mcm tu saje ek...
    aduiii...sedap je org makan..

    untung ana dpt jejakkan kaki ke sana..tengok tempat org..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...