Tuesday, July 19, 2011

LAGI CERITA KUNJUNGAN KE FLORIA 2011

::~ ASSALAMU’ALAIKUM WBT ~::

Selesai sudah Festival Bunga & Taman Putrajaya a.k.a. FLORIA 2011. 

Malam Isnin baru ni sempat jugalah melihat percikan dari pertunjukan bunga api yg terakhir sebelum FLORIA 2011 melabuhkan tirainya, tapi dari jendela rumah jer bukannya di lokasi FLORIA.

fire 

Setiap mlm ada pertunjukkan bunga api dan setiap mlm jugalah boleh didengar dentuman bunga api yg kuat di rumah hingga dah naik lali.

Sebenarnya ana nak cerita mengenai kunjungan kami yg ke 2 ke FLORIA 2011 pada hari Ahad 10 Julai 2011, walaupun cerita ni dah basi tapi tetap nak tulis jugak sebagai satu catatan kenangan.

************************************************************************************

KUNJUNGAN KE FLORIA 2011 KALI KE 2

Memang dah dirancang dari awal, kunjungan kali ke 2 khas untuk melawat Pavilion dan taman yg tak sempat dikunjungi sewaktu kunjungan pertama pada hari Sabtu sebelumnya.

Pavilion adalah tempat yg berhawa dingin yg menempatkan bunga2 yg digubah/disusun/diatur mengikut tema/konsep dari negara/individu yg turut serta memeriahkan FLORIA 2011

Jom le tengok gbr2 ni …….. memang terpegunlah melihatkan kreativiti florist yg sungguh kreatif …….

P1090116

Gubahan bunga mawar kuning, putih, merah, pink yg terapung. Gubahan ni terletak bersebelahan pintu masuk pavilion

P1090123 

Uniknya gubahan ini bunga mawar diletak di dalam bekas yg berisi air dan digantung

P1090122

Ini adalah keseluruhan gubahan tersebut, macam butterfly …..

P1090125

Penyertaan dari negara jiran Thailand ~ menggunakan bunga orkid

pakistan

Ini adalah penyertaan negara Pakistan  ~ menggunakan perabut kayu jati, replika 2 ekor burung bangau (juga dari kayu jati), permaidani dan hiasan dinding adalah gabungan pelbagai jenis bunga yg disusun dgn begitu indah sekali

P1090142

New Zealand ~ menggunakan mawar putih dan ranting kayu yg putih2 tu apa ye ? lupe pulak nak belek mungkin kapas …..

 P1090128

Satu2nya negara Afrika yg turut serta ~ Kenya yg popular dgn safari, siap ada tv skrin yg besar dan replika zirafah.  Bunga mawar yg digunakan pelbagai warna, putih, kuning, merah dan oren sesuailah dgn tema MAWAR UNTUK SELAMANYA

 P1090129

Kenya lagi nampak tu peralatan memburu, kulit haiwan yg dikeringkan dan pakaian tradisi mrk juga dipamerkan

 P1090135

Canada ~ mawar merah dan putih

P1090137

Korea (South Korea?) ~ mewah dgn himpunan bunga mawar …. memang kena dgn tema

 P1090139

Hong Kong, hijau jer  ………. mcm tak kena dgn tema

 P1090141

Dari negara serumpun, Indonesia menggunakan teknik anyaman

Thats all for now ……. bersambung di n3 yg lain

416860msbhhg1zjm (1) ana ayesha

4 comments:

  1. wah..carpet dari bunga fresh...bestnya... :)

    ReplyDelete
  2. @nabilah_2908 yelah nabilah rasa nak guling2 atas carpet bunga tu

    ReplyDelete
  3. cantik sgt.sukanyaa...warna romantik

    ReplyDelete
  4. rugi rasanyaaa gee tak pergi tgk waktu malam....dgr je bunyi bunga api dr rumah....
    takpelah tahun depan pulak pergi..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...