Thursday, July 28, 2011

Spontaneous Thursday ~ 5

::~ Assalamu’alaikum wbt ::~

Ini adalah entri yg kelima utk Spontaneous Thursday a.k.a Spontan Khamis

Cili bila muda berwarna hijau, bila tua berwarna merah, kemanakah hilangnya warna hijau ?

416860msbhhg1zjm (1) ana ayesha

Wednesday, July 27, 2011

Wordless Wednesday ~ 7

::~ Assalamu’alaikum wbt ~::

My 7th n3 for Wordless Wednesday

P1030100

416860msbhhg1zjm ana ayesha

Thursday, July 21, 2011

SPONTANEOUS THURSDAY

::~ Assalamu’alaikum wbt ::~

Ini adalah entri yg ke-4 utk Spontaneous Thursday a.k.a Spontan Khamis

 

Dalam banyak2 air, air apa yang paling mahal ?

 

416860msbhhg1zjm[2] ana ayesha

Wednesday, July 20, 2011

FLORIA 2011 : LAGI CERITA DI DALAM PAVILION

::~ ASSALAMU’ALAIKUM W.B.T. ~::

Entri ini adalah sambungan dari kisah lawatan di dalam pavilion sempena FLORIA 2011. 

Beberapa hotel di Malaysia turut memeriahkan FLORIA 2011 dengan menyertai FINE DINING ~ gaya susunatur meja makan

Jom layan gambar ………

********************************************

Hotel Renaissance KL

 P1090152

Overall view ~ suasana yg ceria

P1090153

Close-up ~ kena dgn tema FLORIA ~ on the dining table ada bunga ros merah, kuning & putih juga lilin

P1090154

mawar dalam gelas yg diikat dgn reben merah

*************************

Putrajaya Shangri-La Resort

P1090164

Overall view

P1090161

Close-up ~ mewah dgn mawar merah dan putih, lilin pun ada

************************************

Sunway Resort Hotel & SPA

P1090163

Yang ni lain dari yg lain …………….

Ada lagi nak cerita pasal pavilion ni …… next entry le pulak ……

 

416860msbhhg1zjm (1) ana ayesha

Wordless Wednesday

::~ Assalamu’alaikum wbt ~::

My 6th n3 for Wordless Wednesday

P1030287

416860msbhhg1zjm (1) ana ayesha

Tuesday, July 19, 2011

LAGI CERITA KUNJUNGAN KE FLORIA 2011

::~ ASSALAMU’ALAIKUM WBT ~::

Selesai sudah Festival Bunga & Taman Putrajaya a.k.a. FLORIA 2011. 

Malam Isnin baru ni sempat jugalah melihat percikan dari pertunjukan bunga api yg terakhir sebelum FLORIA 2011 melabuhkan tirainya, tapi dari jendela rumah jer bukannya di lokasi FLORIA.

fire 

Setiap mlm ada pertunjukkan bunga api dan setiap mlm jugalah boleh didengar dentuman bunga api yg kuat di rumah hingga dah naik lali.

Sebenarnya ana nak cerita mengenai kunjungan kami yg ke 2 ke FLORIA 2011 pada hari Ahad 10 Julai 2011, walaupun cerita ni dah basi tapi tetap nak tulis jugak sebagai satu catatan kenangan.

************************************************************************************

KUNJUNGAN KE FLORIA 2011 KALI KE 2

Memang dah dirancang dari awal, kunjungan kali ke 2 khas untuk melawat Pavilion dan taman yg tak sempat dikunjungi sewaktu kunjungan pertama pada hari Sabtu sebelumnya.

Pavilion adalah tempat yg berhawa dingin yg menempatkan bunga2 yg digubah/disusun/diatur mengikut tema/konsep dari negara/individu yg turut serta memeriahkan FLORIA 2011

Jom le tengok gbr2 ni …….. memang terpegunlah melihatkan kreativiti florist yg sungguh kreatif …….

P1090116

Gubahan bunga mawar kuning, putih, merah, pink yg terapung. Gubahan ni terletak bersebelahan pintu masuk pavilion

P1090123 

Uniknya gubahan ini bunga mawar diletak di dalam bekas yg berisi air dan digantung

P1090122

Ini adalah keseluruhan gubahan tersebut, macam butterfly …..

P1090125

Penyertaan dari negara jiran Thailand ~ menggunakan bunga orkid

pakistan

Ini adalah penyertaan negara Pakistan  ~ menggunakan perabut kayu jati, replika 2 ekor burung bangau (juga dari kayu jati), permaidani dan hiasan dinding adalah gabungan pelbagai jenis bunga yg disusun dgn begitu indah sekali

P1090142

New Zealand ~ menggunakan mawar putih dan ranting kayu yg putih2 tu apa ye ? lupe pulak nak belek mungkin kapas …..

 P1090128

Satu2nya negara Afrika yg turut serta ~ Kenya yg popular dgn safari, siap ada tv skrin yg besar dan replika zirafah.  Bunga mawar yg digunakan pelbagai warna, putih, kuning, merah dan oren sesuailah dgn tema MAWAR UNTUK SELAMANYA

 P1090129

Kenya lagi nampak tu peralatan memburu, kulit haiwan yg dikeringkan dan pakaian tradisi mrk juga dipamerkan

 P1090135

Canada ~ mawar merah dan putih

P1090137

Korea (South Korea?) ~ mewah dgn himpunan bunga mawar …. memang kena dgn tema

 P1090139

Hong Kong, hijau jer  ………. mcm tak kena dgn tema

 P1090141

Dari negara serumpun, Indonesia menggunakan teknik anyaman

Thats all for now ……. bersambung di n3 yg lain

416860msbhhg1zjm (1) ana ayesha

Wednesday, July 13, 2011

Wordless Wednesday

::~ Assalamu’alaikum w.b.t. ~::

My 5th n3 for Wordless Wednesday

P1090083

416860msbhhg1zjm[2] ana ayesha

Tuesday, July 12, 2011

Sambungan Catatan Sempena Lawatan ke FLORIA 2011

::~  Assalamu’alaikum w.b.t ~::

Ini adalah sambungan dari catatan sempena lawatan ke FLORIA 2011 hari Sabtu lepas

*******************************

Seterusnya kami melawat show garden SUK Johor.  Pada ana, show gdn ini paling unik, kreatif dan praktikal, kenapa? Jom layan gbr sambil tu ana terangkan

P1090056

Kolam bertingkat berwarna merah yg ceria dgn gabungan bunga mawar, pokok paku, pokok keladi dan pokok kaktus

P1090073

ni kolam dr sudut yg lain

P1090058

Ni pulak macam air terjun ~ juga terdapat gabungan pokok mawar, pokok keladi dan pokok ati2

P1090057

air pancut yg diletakkan di atas lantai ~ yg berwarna purple tu sebenarnya adala air yg seolah2 keluar dr lantai/tanah

P1090055

balang yg dipenuhi dgn air yg berwarna-warni sebagai pembahagi ruang  di dalam taman

*************************************************

Show garden Jab Lanskap Negara (kalau tak silaplah …… )

P1090069

Ini pun unik juga …….. dr celah susunan bunga ros di dinding keluar air pancut

****************************************************************

Berbagai acara sebenarnya diadakan sempena FLORIA 2011.  Satu daripadanya adalah pertandingan melukis dan mewarna. Lukisan yg menang dipamerkan di tembok di kawasan FLORIA diadakan

P1090065

 

Abg Hafiz bergbr di hadapan tembok yg dimaksudkan ~ tembok tu pun dihias dgn kreatif sekali

Jom tengok dgn lebih dekat lukisan yg telah dipertandingkan

P1090066

Tema lukisan ~ Mawar untuk selamanya

P1090067

Ini antara lukisan yg menang …. mawar merah

P1090068

 

Ini lagi lukisan yg menang

Dengan itu tamatlah sudah catatan sempena lawatan ke FLORIA 2011 pada hari Sabtu ~ nantikan catatan lawatan pada hari yg seterusnya

416860msbhhg1zjm (1) ana ayesha

Monday, July 11, 2011

FLORIA 2011 ~ SATU CATATAN

 

::~  Assalamu’alaikum w.b.t ~::

Syukur, syukur, syukur Ya ALLLAH syukur ALHAMDULILLAH ………

Kenapa mesti beryukur ? Sebab dengan izin NYA jua, Malaysia kembali tenang, tiada huru hara, tidak berlaku pertumpahan darah, hubungan harmoni di antara kaum masih dapat dikekalkan ……… rakyat Malaysia dapat kembali bekerja seperti biasa, para peniaga dapat meneruskan perniagaan seperti hari-hari yang lalu, anak-anak dapat kembali bersekolah menimba ilmu, para petani, pekebun, penternak dan nelayan dapat terus mencari rezeki

:: ALHAMDULILLAH ::

********** && **********

catatan sempena lawatan ke floria 2011

FLORIA 2011 sedang berlangsung di Putrajaya dan hari ni adalah hari yg ke 3.   

Pagi Sabtu yg lalu cuaca mendung, hujan turun renyai2 dan rancangan nak berada di tapak FLORIA seawal pukul 9 pagi, tak kesampaian. Hanya sampai di lokasi sekitar jam 10 pagi. Akibatnya kenalah parking jauh, lenguh jugalah berjln nak smp ke tapak FLORIA.  Tapi sebaik nampak pintu gerbang di laluan utama, hati jadi girang.  Apa lagi mestilah nak bergb.  Jom kita mulakan lawatan sambil layan gbr yg sempat diabadikan sbg kenangan ….…

P1090026

Pintu gerbang wajib ada ~ Abg Hafiz n grandma di laluan masuk utama ke kawasan FLORIA.  Keadaan ni di hari pertama shj, di hari kedua laluan ni ditutup dan hny boleh masuk melalui laluan yg disediakan ala2 laluan masuk  ke perpustakaan tapikan laluan tu spt ada jer yg tak siap.  Knp jadi mcm tu ?

Sblm masuk wajib ambil ni di booth yg disediakan …… layout tapak FLORIA. 

image

Layout ini menunjukkan kedudukan aktiviti dan agensi yg mengambil bahagian   Sewaktu FLORIA 2010 ada diedarkan akhbar percuma, mestilah Utusan Malaysia thn ni  tak ada pulak atau mungkin dah habis diedarkan

Tpt pertama yg kami lawati adalah kaw di sekitar bhg luar pavilion.  Pavilion ni tak blh masuk sehingggalah menteri yg merasmikan menjejakkan kakinya dan pd waktu kami smp acara perasmian belum bermula.  Jadi pavilion ni dimasukkan ke agenda lawatan yg ke 2.  Jom layan gbr di sekitar pavilion

P1090034

kombinasi warna yg ceria …… tapi kaw di luar pavilion ni tak byk bunga mawar.  selain pokok bunga, replika juga digunakan. nmp tu replika warna hijau ?

P1090030

replika bees … jaga2 nanti kena sengat

P1090035

ni pulak replika ladybird aka kumbang di tengah2 rimbunan pokok bunga yg sungguh2 cantik. mmg ngamlah kumbang dgn bunga ……

image

nii abg hafiz bergbr kenangan ~ di belakang abg hafiz tu adalah pokok bunga mawar yg saiz bunganya adalah mini

image

1Malaysia, logo ni wajib ada dr thn 2009 lagi

*************************************************************************

Seterusnya kami lawati show garden Perbadanan Putrajaya ……..

P1090041

bhg  hadapan show garden ~ elemen kayu diserikan dgn pokok mawar mini

P1090039

kedudukan di sebelah laluan masuk utama, tunggul kayu dan pokok mawar mini

P1090043

kombinasi lengkap lanskap ~ bunga, kerusi taman, air dan batu

P1090047

yg istimewanya di show garden ni adalah org ramai diberi peluang utk menanam pokok di dlm pasu yg disediakan dgn tunjuk ajar dr gardener. pasu serta tanaman tersebut kemudiannya diberi secara percuma tapi alahai beratnya nak angkat pasu tu tambahan pulak parking jauh ….. tapi  ada juga yg mencuba …….

********************************************************************

Seterusnya kami melawat show garden DBKL.  Show garden ni ala2 english garden, jom tengok ….

P1090059

nampak tu bunga2 hidup disusun membentuk perkataan DBKL ….. dr jauh ingatkan bunga plastik, memang cantik

P1090082

ini laluan masuk utama, cantiklah pergola tu …. bestnyer kalau dapat

P1090076

ni di bhg dalam ….. mcm2 bunga ada ….

P1090081

Roses mcm2 warna ….. kuning, putih, merah …..

P1090078

ku lihat hijau ………..

Show garden DBKL antara yg menjadi tumpuan, mungkin sbb praktikal dan boleh diaplikasikan di taman sendiri.  Tapi yg pastinya gabungan bunga2 dan pergola mmg serasi …. ala english gdn ………… i like

ok tu jerlah dulu …. sbg di lain n3 yer …. hope u enjoy the pics.

416860msbhhg1zjm (1) ana ayesha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...