Thursday, June 2, 2011

Yang Tinggal Hanya Kenangan ……….

Assaalamu’alaikum wbt

Cuaca hari ni cerah di sini.

Hujan yg turun awal pagi semalam  walaupun tak lebat tapi cukup utk menyejukkan alam ini hingga ke hari ini, Alhamdulillah

Tempat korang mcm mana? sejuk/mendung/panas/cerah/hujan/bersalji/banjir/kemarau ? haha itu semua fenomena alam yg dijadikan oleh YANG MAHA KUASA

******************************************************************

Korang pernah sampai ke Teluk Intan (TI)? 

Mesti ramai yg kata tak pernah. Maklumlah TI terletak di luar laluan utara ke selatan atau sebaliknya.  Kecualilah kalau nak ke Pulau Pangkor/Lumut ikut Lebuhraya Utara Selatan, turun susur keluar Bidor  pasti  akn lalu TI, tapi taklah perlu smp ke bandar TI.

image

**********************************************************************************

Hari ni ana nak cerita mengenai Istana Lama Raja Muda Perak.

Setiap negeri di Malaysia mpyi raja/sultan kecuali negeri …………. (sbg rakyat Malaysia pastinya tau negeri mana yg takda raja/sultan)

Setiap negeri juga pasti ada pengganti raja/sultan dan gelaran adalah berbeza2 mengikut negeri.  Bagi negeri Perak, gelarannya adalah Raja Muda.  Tempat bersemayam Raja Muda Perak pada asalnya adalah di Istana Raja Muda yang terletak di Jalan Syed Abu Bakar.  Istana ini dibina pada tahun 1920an oleh Almarhum Sultan Iskandar Shah. Almarhum Raja Muda Abdul Aziz ibni Almarhum Sultan Abdul Aziz adalah Raja Muda yang pertama bersemayam di istana ini.

istana-raja-mudav1

Istana Raja Muda pd tahun 1920an

Setiap kali kalau nak ke bandar dari rumah, ana pasti lalu di hadapan kawasan istana.  Kalau lalu depan istana ni tak boleh laju2.

20010049577g1

Ini  gbr pada tahun 1980an, kawasan istana cantik terpelihara.  Kawasan istana ni lengkap dengan kuarters pekerja istana,  tempat letak kereta, tempat simpan kuda dan pondok pengawal

Kelihatan dalam gambar, Almarhum  Sultan Idris Shah II sedang melawat Istana Raja Muda pada thn 1980an. Sewaktu gbr ini diambil, Raja Muda adalah Raja Musa ibni Almarhum Sultan Abdul Aziz. (Sumber: Arkib Negara Malaysia via http://sembangkuala.wordpress.com)

Anakanda Almarhum Raja Muda Musa ibni Almarhum Sultan Abdul Aziz, Raja Kobat adalah popular sbg penyanyi dan komposer satu ketika dahulu

Pada tahun 1970an (waktu ana budak2) dulu pernah nampak anakanda Anakanda Almarhum Raja Muda Musa ibni Almarhum Sultan Abdul Aziz berkuda di sepanjang jln berhampiran istana dgn diiringi oleh pengawal.  Mungkinkah itu Raja Kobat?

Setelah Raja Muda, Raja Musa mangkat, Raja Ahmed Siffuddin ibni   Almarhum Sultan Iskandar telah dilantik sbg Raja Muda Perak.  Tapi baginda tidak lama menjadi Raja Muda dan telah mangkat pada tahun 1987. Tetapi istana ni tidak pernah diduduki sejak tahun 1987 sehingga sekarang. Istana Raja Muda ini pernah dibaikpulih sewaktu DYTM Raja Nazrin dimasyurkan sbg Raja Muda Perak, mungkin sbg persediaan utk baginda bersemayam di istana ini.

Apa jadi pada istana tu, jom tengok gbr

|

|

|

|

|

|

|

|

P1070895

Pandangan dr sisi ~ bgn utama istana semakin usang tidak berjaga

P1070900

Pandangan hadapan ~ masih kelihatan beranda bgn istana

P1070894

Deretan bgn yg ditumbuhi pokok tu satu ketika dahulu adalah kuarters pekerja istana

P1070898

Bgn yg kelihatan diselubungi pokok tu adalah pondok pengawal yg terletak berhampiran Jalan Syed Abu Bakar

P1070899

Yg tetap teguh danutuh adalah tiang pagar laluan masuk ke kawasan istana

02-06-11_1405

Tapi pagar di sekeliling kawasan istana telah tiada, mungkin telah dicuri ….

Sungguhpun istana ni usang dan kelihatan menakutkan tapi ada jugak pengantin yg mengabadikan kenangan indah di sini dgn berpakaian pengantin

 

416860msbhhg1zjm[2] ana ayesha

3 comments:

  1. sayangnya...peninggalan sejarah tak di jaga... :(

    ReplyDelete
  2. sayang lak nengok istana ni tak dibaik pulih. berpuaka ke tempat ni sampai takde yang uruskan? hurmm...

    ReplyDelete
  3. harap pihak kerajaan negeri cadangkan proposal utk membaik pulih kepada jabatan yg bertanggungjawab sekarang, Jabatan Warisan Negara..mintak la budget kalau kerajaan negeri kekurangan budget membaikpulih..sayang sangat2 kalau dibiarkan boleh runtuh..maka hilanglah warisan yg berharga ini..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...