Friday, June 24, 2011

Menghargai



Pagi tadi keluar rumah ke tempat kerja pukul 7.30 am, ngam2 utk dengar slot motivasi pagi di radio IKIM
Sambil memandu dgn gaya santai (hari lain memandu gaya F1) 80 – 90 km/jam melalui Persiaran Utara,  tumpuan diberikan kepada tajuk yg dibicarakan oleh pakar motivasi mengenai MENGHARGAI
 
****************************************************
 

Kisah Ibu dan Anak

 
images
Pada satu hari si anak telah bertengkar dengan si ibu dgn begitu hebat sekali (tak taulah apa yang ditengkarkan)
Akibat pertengkaran tersebut, si anak telah keluar dari rumah sehelai sepinggang tanpa membawa wang dan pakaian
 
Si anak telah berjalan2 di bandar sehingga merasa penat dan lapar.  Apabila si anak ternampak sebuah gerai menjual nasi campur lalu berhentilah dia di hadapan gerai tersebut sambil berfikir macam mana nak makan sedangkan duit tak ada.
Agak lama jugalah si anak di hadapan gerai tu, lalu ternampaklah oleh pak cik si penjual nasi campur, lalu bertanya,
 
Pakcik : anak ni nak makan nasi ke?
Si anak : nak makan nasi tapi tak ada duit. 
Lantas si penjual berkata, marilah duduk di sini, nanti pakcik sendukkan nasi dan lauk untuk dimakan.
Si anak pun duduklah di meja dan makan sambil mengalirkan air mata.  Melihat si anak bersedih, lalu ditanya oleh si penjual nasi campur,
 
Pakcik : mengapa anak bersedih?
Si anak : pakcik yg pertama kali bertemu saya, telah menyediakan makanan utk saya wp sy tak ada duit tapi ibu saya telah menghalau sy dari rumah
 
Lalu dijawab oleh pakcik si penjual nasi campur,
 
Pakcik : Pakcik hanya sekali menyediakan makanan utk anak tetapi ibu telah memasak makanan utk anak dari kecil lagi, sepatutnya anak lebih menghargai jasa ibu
 
Terkejut si anak mendengar kata2 pakcik penjual nasi campur, selesai makan, si anak pulang ke rumah.  Sampai di rumah, ibunya telah memeluknya sambil berkata, ibu sedang menunggu anak pulang utk makan bersama
Apakah pengajaran dari kisah tersebut ?
Presentation1
 
416860msbhhg1zjm ana ayesha

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...