Tuesday, June 14, 2011

Marah

::~ Assalamu’alaikum wbt ~::

Marah adalah umpama dapur di hati kita, jangan keterlaluan nanti terbakar, jangan tiada nanti dayus

4922518119_48a2a559d8

Alhamdulillah dengan izinNYA berkesempatan untuk menulis di sini.  Sebagai santapan rohani, hari ini berpeluang untuk mendengar segmen motivasi pagi di radio IKIM.  Tajuk yang dikupas  ……… marah.

Islam telah menyebut, kemarahan berasal daripada syaitan, dan syaitan berasal daripada api yang panas dan membakar. Bahangnya akan menyebabkan pertimbangan hati, akal dan perasaan kita tidak seimbang – sepertimana molekul cecair atau gas apabila dipanaskan akan berlanggar sesama sendiri. Malah, ada kesan biologi yang negatif apabila kita marah – degupan jantung, aliran darah, retina mata dan rembesan hormon berubah daripada biasa.

Benarlah seperti apa yang dikatakan oleh Imam Ghazali , apabila marah, lihatlah cermin, nescaya akan dilihat betapa hodoh wajahnya:

Muka menjadi merah, telinga menjadi panas, gigi serta bibir mengetap…

kritik

********************************************************      

Marah bertempat

Manusia akan marah bila dirinya dikritik dan dikeji tetapi tidak marah apabila agama Islam/saudara seIslam dihina/dikeji/ditindas

Mari kita teladani sifat Sayidina Ali r.a. yang masih mampu membezakan ’jenis’ marahnya di saat kritikal.

Ketika hendak memancung kepala musuhnya (seorang Yahudi), dia telah diludah oleh musuhnya.  Sayyidina Ali tiba-tiba berhenti (tidak jadi pancung) justeru merasakan marahnya bukan lagi atas semangat jihad fisabilillah tetapi oleh kebencian melulu yang lebih bersifat personal.

Hebat sungguh sifat Sayidina Ali, rasa tak mampu ……… cause i’m a bad tempered person

416860msbhhg1zjm ana ayesha

4 comments:

  1. pernah marah pd seseorang sampai rs panas naik ke muka..pastu tgn pun menggigil...huhuhuhhu...masa ni istighfar je byk2...utk meredakannyaaa

    ReplyDelete
  2. sy lak..jarang nak marah...bnyk simpan....simpan..

    tp bila tiba satu tahap..meletup juga...itu la keburukkannya...

    ReplyDelete
  3. @Mama Gee yelah mama bila dah marah sgt2 mmg tak blh control tapi bila dah reda marah mcm2 rasa timbul .....

    ReplyDelete
  4. @nabilah_2908 okay le tu nabilah smp masa luahkan kemarahan tapi bila kemarahan tu tak diluahkan langsung tu yg mkn hati

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...