Thursday, June 9, 2011

MAKBUL

::~ Assalamu’alaikum wbt ~::

Sana sini sibuk pasal NORA ELENA yg disiarkan pukul 7 ptg di TV3 (petang semalam ana hny sempat tengok 10 min jer, bila balik dr solat Maghrib Buletin Utama sdg bersiaran)

Okay, JOM! kita beralih arah pulak ke drama bersiri MAKBUL.  Drama MAKBUL 15 episod ini adalah drama dakwah dlm bentuk genre komedi diterbitkan secara in-house oleh Unit Drama RTM.  Pengarahnya adalah saudara Mohd Asri Hj. Alias.  Lokasi pengambaran adalah di sekitar Yan, Kedah. 

Eh, korang tau tak drama ni ditayangkan malam ni di TV2 pukul 9 ?  (waktu siaran mmg cantik sbb tak kacau waktu solat)

Poster MAKBUL

Nilah poster drama MAKBUL.

Di antara pelakon yg membintangi drama ni, Datuk Jalaluddin Hassan sbg Anuar dan Yushazizi Yusof sbg Bol

Sinopsis

Anuar (Dato' Jalaludin Hassan) seorang usahawan yang percaya kejayaan yang dikecapinya selama ini adalah kerana usaha keras dan kebijaksanaannya semata. Baginya 'doa' hanya layak untuk orang yang malas berusaha dan berfikir.

Namun kerana tidak mahu dituduh sebagai orang yang mengabaikan agama, Anuar kerap menghantar setandan pisang ke masjid di kampungnya setiap kali solat jumaat. Satu hari perniagaannya menghadapi masalah dan dia telah sponsor 20 orang kampung untuk pergi mengerjakan umrah dengan harapan mereka semua akan mendoakan untuknya di depan Kaabah.

Anuar sendiri tidak pergi atas alasan belum sampai seru. Salah seorang yang ikut serta dalam rombongan itu adalah BOL, pemuda yang lurus bendul, tidak tahu membaca dan menulis. Sekembalinya rombongan umrah ke kampung dua minggu kemudian pelbagai peristiwa lucu berlaku. Semuanya berpunca dari Bol apabila Bol menghebohkan ke seluruh kampung doa Anuar paling makbul.

Nak tau kisah seterusnya jom tonton drama MAKBUL mlm nih

 

Tapi yg paling ana suka, lagu tema drama ni, tajuknya KU BERMOHON PADA MU yang dinyanyikan oleh BOY BH.  Rasa nak dengar lagu ni berulang2 kali setiap masa dan saat, AMIN, AMIN, AMIN ……… KU BERMOHON PADA MU YA ALLLAH TETAPKAN IMANKU ……….. layan ……..

 

Jangan lupa temujanji kita, jam 9 malam ni di TV2 ……..

 

416860msbhhg1zjm ana ayesha

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...