Saturday, June 4, 2011

Makaroni Keju Berempah

~ :: Assalamualaikum wbt :: ~

Hari ni hari ke 7 cuti sekolah, keriangan berganda buat Abg Hafiz, no scholl,no homework dan boleh meneruskan aktiviti yang disukai melepak depan tv dan berinternet

P1060583

 

******************************************************

MAKARONI BAKAR KEJU BEREMPAH

Inilah dia makaroni keju berempah yg ana buat di satu pagi nan indah minggu lepas. 

P1070800 

 

P1070802

Makaroni ni kalau digoreng mcm goreng mee Abg Hafiz tak suka tapi kalau di campur dgn keju dan dibakar mcm ni mmg dia berkenan sgt2

Resepi diubahsuai dari pelbagai sumber resepi makaroni  bakar di alam maya dan inilah hasilnya :

 

Resepi Makaroni Keju Berempah

Bahan A :

Makaroni ~ anggaran 100 gm ~ rebus hingga lembut

2 ulas bawang putih  ~ dicincang

1 labu bawang besar ~ dihiris

2 keping daging ayam burger Ramly

2 sudu besar serbuk rempah kari daging

1/2 kiub pati ayam (optional) ~ ana tak letak garam sbb pati ayam ni dah masin

Cendawan butang dlm tin ~ anggaran 10 biji ~hiris

Capcicum hijau ~ ana cuma guna 1/2 biji shj ~ hiris

Bahan B :

3 biji telur

Susu segar

2 sudu besar tepung gandum

Bahan C:

6 keping keju slice cheese

Sedikit parutan cheddar cheese

 

Cara membuatnya:

  • Panaskan sedikit minyak di dalam kuali
  • Tumis bawang putih dan bawang besar hingga layu
  • Masukkan rempah kari daging, kacau sehingga rempah masak
  • Masukkan daging burger, hancurkan sedikit dan masak hingga daging kecut
  • Setelah daging masak, masukkan makaroni yg telah direbus, gaul sehingga mesra
  • Masukkan kiub ayam dan gaul rata
  • Masukkan cendawan butang dan capcicum
  • Setelah campuran makaroni masak, angkat dan ketepikan
  • Sediakan mangkuk bulat tahan panas dan sapu dgn sedikit mentega pada mangkuk
  • Masukkan separuh adunan makaroni yg telah masak ke dalam mangkuk
  • Carik2kan 3 keping slice cheese dan taburkan di atas makaroni
  • Ratakan lebihan makaroni yg selebihnya di atas slice cheese
  • Tabur slice cheese yg selebihnya
  • Parutkan sedikit cheddar cheese jika suka
  • Campurkan bahan C dan tuang ke dalam mangkuk yg berisi makaroni
  • Bakar pada suhu 170 C selama 25 minit

 

P1070803

Siap utk dimakan

 

Sedap dimakan panas-panas dengan sos cili

~ SELAMAT MENCUBA ~

 

416860msbhhg1zjm[2] ana ayesha

8 comments:

  1. eh,,,mana sesat budak ni...dah pandai tinggal komen rupanya....

    --- sorry lari dari topik ---

    mmm...nampak sdap...lagi2 ada cheese... :)

    ReplyDelete
  2. @ZAMRAATUL

    hi zamraatul ..... adik nabilah yer ada blog juga ni mesti berguru dgn kakak nabilah

    haha minta kakak buatkan makorani bakar keju nih mmg best

    ReplyDelete
  3. @nabilah_2908

    ni mesti berguru dgn nabilah

    blog zamraatul mmg cute warna pink ana suka

    ni boleh jadi blogger tegar nih cam kakaknya jugak

    ReplyDelete
  4. susu dia berapa byk?1 kotak kah?1 cawan kah?

    ReplyDelete
  5. @taylor swift.. XD hi dar! susunya tu hari ai guna anggaran 500ml tapi make sure susu+telur+sdkt tepung bila tuang, makaroni tu hapus dan meresap yer

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...