Friday, June 10, 2011

Kopi Kluang, Mentega Golden Churn, Puratos

:: ~ Assalamu’alaikum wbt ~ ::

Sejak akhir2 ni byk benar isu mengenai makanan/bhn mentah yang tidak halal bagi seorang Islam.

Yang terkini adalah minuman yang dikatakan sbg bir halal yg diimport dr negara timur tengah

******************************

KOPI KLUANG & MENTEGA GOLDEN CHURN

Sebelum ni dah heboh mengenai Kopi Kluang yg tidak halal ekoran daripada penemuan gelatin babi dalam kopi ni.  Kemudiaannya heboh pulak mengenai mentega Golden Churn tidak halal kerana wujudnya DNA babi.  Kehadiran DNA babi pada mentega Golden Churn telah dikesan oleh Jabatan Agama Islam Johor ekoran drpd pemeriksaan terhadap kopi Kluang.  Kopi Kluang digoreng dgn menggunakan mentega Golden Churn.  Begitulah perkaitan di antara keduanya.

Kluang 1

Credit : Unaizah via Mamafami

Ini adalah kopi Kluang yg dikatakan begitu popular (ana tak pernah minum)

 

butter Credit : Mamafami

Mentega Golden Churn, ada yg dlm tin dan ada yg dibungkus dgn kertas.  Ada tanda halal pd kedua2 packing tapi bukan halal JAKIM.   Mentega ni mmg popular wp harganya mahal sbb rasa kek/biskut bertbh sedap kononnya dibuat drpd mentega tulin juga dgn DNA babi. (pernah guna butter ni, Ya ALLAH ampunilah daku)

 

dna

  Ini adalah memo yg berkaitan

Credit : CMG

 

Berikut adalah petikan dari Portal JAIJ

Syarikat Kluang Rail Coffee bukan pemilik Sijil Pengesahan halal Johor.

-  Syarikat ini mempunyai beberapa cawangan di seluruh Negara (kopi Kluang ni mmg popular sehingga outletnya terdapat di sekitar Lembah Kelang, Melaka dan Kuching), termasuklah 4 cawangan di negeri Johor, iaitu:

     a)    Stesen keretapi Kluang, 86000 Kluang, Johor.

     b)    No.33, Jalan Manggis, 86000 Kluang, Johor

     c)    No.21 & 22, Jalan Tasik 1, Pusat Perniagaan Tasik, 86000 Kluang, Johor.

     d)    L2-35, aras Lereng Bukit, Plaza Kotaraya, 80000 Johor Bahru.

 

Kafe yang seumpama Kluang Rail Coffee mmg tumbuh bagai cendawan di Malaysia dgn pelbagai nama.  Keadaan kafe yg santai, tenang, hiasan dalaman yg cantik dan menu yg unik umpama kedai kopi di zaman dahulu seolah2 memanggil2 utk singgah. Apalagi kalau lokasinya di pusat membeli-belah lepas penat shopping boleh menjamu selera.

Bahkan mereka juga menggaji pekerja Melayu/Indon utk bekerja di bhg hadapan kedai sbg daya penarik tapi adakah kafe ni benar2 halal wp tertera logo halal di dinding kafe.  Sehingga kini ana belum lagi teringin utk menjamu selera di kafe yg seumpamanya ………..WALLAHU'ALAM

***********************************************

SYARIKAT PURATOS MALAYSIA S.B.

Syarikat Puratos Malaysia S.B adalah syarikat yg membekalkan 2 jenis produk bahan ramuan kek dan roti iaitu Whole Egg Powder dan Whole Milk Powder.Kedua-dua produk trsbt telah ditemui DNA babi. Setahu ana whole egg powder ni mmg digunakan dgn meluas utk menghasilkan icing kek yg putih dan mulus (i might be wrong)

puratos-malaysia Ini logo Puratos

Credit : eiz1004.upprofits.com

Pada pendapat ana, bagi pengusaha kek dan roti Muslim wajib berhati2 bila menggunakan kedua2 produk ni utk pastikan kek dan roti yg dihasilkan adalah halal bagi pengguna Muslim.   Begitu juga pembekal bahan kek dan roti, pastikanlah bahan yg dijual adalah halal mengikut kehendak agama Islam

Pastinya ramai yang dah tau mengenai  makanan/bahan mentah yg tidak halal ni, kiranya n3 ni dah basi sbb isu lama.  Tapi ana tetap nak publish di blog ni utk rujukan di kemudian hari. 

416860msbhhg1zjm ana ayesha

2 comments:

  1. tak basi pun Ana...tak semua yg sedar hal ni...tak salah kita sebar2kan...

    umat islam dalam bahaya....kena hati-hati selalu.. :)

    ReplyDelete
  2. http://www.johordt.gov.my/jaj/images/stories/halal2011/senarai_syarikat_halal.pdf

    kopi kluang dh dpt sijil halal pd 2 jun 2011

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...