Friday, June 3, 2011

Jumaat 1 Rejab 1432H

Assalamu’alaikum wbt

Alhamdulillah diizin oleh ALLAH utk bertemu dgn hari Jumaat, 1 Rejab 1432H

Bagi yang biasa berpuasa 3 bulan : Rejab, Syaban dan Ramadan, pastinya hari ni dah mula berpuasa. 

Tapi ada yg menyebut amalan mereka yang berpuasa secara berterusan daripada bulan Rejab, Syaban, Ramadhan dan enam hari bulan Syawal. kecuali pada 1 Syawal, BUKAN sunnah.  Kerana tidak bersandarkan kepada hadith yg sahih.

 

bulan rejab

 

Walau apa pun ana kagum pd mereka yg berjaya berpuasa 3 bulan berturut2 setiap tahun. Ana sendiri tidak mampu berbuat demikian.  Lagipun amalan berpuasa dibulan Rejab dan Syaaban adalah amalan sunat makin byk dibuat byk jugalah dpt pahala, bak kata Ustazah Siti Nor Bahyah :

ANDA BUAT ……….. ANDA DAPAT 

*********************************************************************************

MEMBACA SURAH AL-FATIHAH

Al-Fatihah adalah surah yg wajib dibaca setiap kali solat.  Sabda Rasulullah S.A.W. yg bermaksud :

      • “Tidak sah solat bagi mereka yang tidak membaca Al-Fatihah.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
      • “Tidak sah solat yang tidak dibaca padanya Al-Fatihah.” (Riwayat Ibn Khuzaimah)
      • “Sesiapa yang bersolat, lalu tidak dibaca padanya Al-Fatihah, maka solatnya adalah cacat (tipu), solatnya adalah cacat, solatnya adalah cacat.” (Riwayat Muslim danAshab al-Sunan)

Majoriti mazhab mengatakan bahawa membaca Al-Fatihah ialah rukun solat.  Sesiapa yang meninggalkannya secara sengaja,maka batal solatnya.

Sesiapa yang terlupa membacanya dan teringat sebelum sampai kepada rakaat selepas itu, wajib untuknya mengulang qiyam (berdiri) dan membaca Al-Fatihah.  Sekiranya sudah memasuki rakaat lain, maka terhapus rakaat tadi dan perlulah menambah rakaat yg lain. (Atiyyah Saqaar, al-Fatawa, hlm. 1, Jld. 569)

Sumber : Ustaz Zaharuddin  Abd. Rahman, Formula Solat Sempurna via Solusi, Isu No. 32

Sekadar Berkongsi Pembacaan Hari Ini

416860msbhhg1zjm[2] ana ayesha

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...