Thursday, June 30, 2011

Spontaneous Thursday

::~ Assalamu’alaikum wbt ::~

Ini adalah entri yg kedua utk Spontaneous Thursday

Wahai raja rimba, singa jangan pandang rendah pada sang tikus

416860msbhhg1zjm (1) ana ayesha

Wednesday, June 29, 2011

Wordless Wednesday

::~ Assalamu’alaikum wbt ~::

My 3rd n3 for Wordless Wednesday

P1020546

416860msbhhg1zjm[2] ana ayesha

Monday, June 27, 2011

Monday

::~ Assalamu’alaikum wbt ::~

mondaygarfield

Today is MONDAY

bila hujan

Pagi tadi hujan turun dgn sangat lebat di Putrajaya …….

DARK CLOUD WITH RAIN  rain-hh-wide

Hari kembali gelap & air bertakung di jalanraya (petanda sistem perparitan yg bermasalah)

weekday-monday-glitter-graphic

My boring Monday

nothing wrong with the day but i fell bored today …….

416860msbhhg1zjm ana ayesha

Friday, June 24, 2011

Menghargai



Pagi tadi keluar rumah ke tempat kerja pukul 7.30 am, ngam2 utk dengar slot motivasi pagi di radio IKIM
Sambil memandu dgn gaya santai (hari lain memandu gaya F1) 80 – 90 km/jam melalui Persiaran Utara,  tumpuan diberikan kepada tajuk yg dibicarakan oleh pakar motivasi mengenai MENGHARGAI
 
****************************************************
 

Kisah Ibu dan Anak

 
images
Pada satu hari si anak telah bertengkar dengan si ibu dgn begitu hebat sekali (tak taulah apa yang ditengkarkan)
Akibat pertengkaran tersebut, si anak telah keluar dari rumah sehelai sepinggang tanpa membawa wang dan pakaian
 
Si anak telah berjalan2 di bandar sehingga merasa penat dan lapar.  Apabila si anak ternampak sebuah gerai menjual nasi campur lalu berhentilah dia di hadapan gerai tersebut sambil berfikir macam mana nak makan sedangkan duit tak ada.
Agak lama jugalah si anak di hadapan gerai tu, lalu ternampaklah oleh pak cik si penjual nasi campur, lalu bertanya,
 
Pakcik : anak ni nak makan nasi ke?
Si anak : nak makan nasi tapi tak ada duit. 
Lantas si penjual berkata, marilah duduk di sini, nanti pakcik sendukkan nasi dan lauk untuk dimakan.
Si anak pun duduklah di meja dan makan sambil mengalirkan air mata.  Melihat si anak bersedih, lalu ditanya oleh si penjual nasi campur,
 
Pakcik : mengapa anak bersedih?
Si anak : pakcik yg pertama kali bertemu saya, telah menyediakan makanan utk saya wp sy tak ada duit tapi ibu saya telah menghalau sy dari rumah
 
Lalu dijawab oleh pakcik si penjual nasi campur,
 
Pakcik : Pakcik hanya sekali menyediakan makanan utk anak tetapi ibu telah memasak makanan utk anak dari kecil lagi, sepatutnya anak lebih menghargai jasa ibu
 
Terkejut si anak mendengar kata2 pakcik penjual nasi campur, selesai makan, si anak pulang ke rumah.  Sampai di rumah, ibunya telah memeluknya sambil berkata, ibu sedang menunggu anak pulang utk makan bersama
Apakah pengajaran dari kisah tersebut ?
Presentation1
 
416860msbhhg1zjm ana ayesha

Thursday, June 23, 2011

Spontaneous Thursday

::~ Assalamu’alaikum wbt ::~

Baru tau ada Spontaneous Thursday

Ini adalah entri yg pertama utk Spontaneous Thursday

Sana sini pasal hantu, di TV dihidangkan dgn cerita hantu, di tempat kerja pun heboh cerita jumpa hantu secara live, waktu siang pulak tu ………………. sampai ada yang demam bila bergambar sorang, hantu tambah jadi berdua

416860msbhhg1zjm (1) ana ayesha

Biar Rindu Berlalu

::~ Assalamu’alaikum wbt ~::

NORA ELENA telah pun berakhir, BIAR RINDU BERLALU

Malam tadi sambil iron baju Abg Hafiz, tertengok drama BIAR RINDU BERLALU di slot Selekta Prima On 2, TV2 pukul 9 mlm

Best jugaklah ceritanya, nak tau siapa pemegang watak BIAR RINDU BERLALU , sila tengok poster di bawah ni

image

Sehabis slot BIAR RINDU BERLALU pukul 10 pm, saja2 google kot2 ada yg dah tulis pasal BIAR RINDU BERLALU dan ini yg ana jumpa

image

Drama BRB diadaptasi dari novel BIAR RINDU BERLALU oleh Sharifah Abu Salem, terbitan Alaf 21 SB

Sinopsis : Budiey via Donnyien

Dua Wanita, Dua Dugaan Berbeza Dalam BIAR RINDU BERLALU , 26 Episod Di TV2

Perjuangan seorang wanita dalam dunia perniagaan dan juga membina keluarga selepas kematian suami melatari drama terbaharu 26 episod disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) mengisi slot Selekta Prima On 2 pada setiap Rabu, jam 9.00 malam.

Bertajuk BIAR RINDU BERLALU, drama yang telah pun menemui penonton TV2 sejak awal penghujung Mei lalu ini mengangkat Nanu Baharudin sebagai watak utama memegang watak wanita pertengahan usia yang berdepan cabaran perniagaan dan pergolakan keluarga. Watak wanita muda lakonan Nabila Huda pula kisah si anak yang diracuni fikirannya supaya tidak merestui perkahwinan ibunya dengan lelaki lain setelah kematian ayahnya. Pada masa sama dirinya sentiasa bermusuh dengan pemuda yang bakal menjadi abang tirinya.

Dengan dibantu oleh Mahmud Ali Basha, Wan Elyas Wan Abdullah, Jasmin Hamid, Erin Malek, Maimon Talib dan Linda Hashim ini turut diselitkan dengan babak-babak percintaan yang terhalang dek campur tangan keluarga dan orang ketiga selain konspirasi mahu menjatuhkan antara satu sama lain.

Plot kisahnya bermula dengan watak Samirah mengambil alih perniagaan selepas kematian suaminya Taufik, dalam kemalangan udara sejak lima belas tahun yang lalu. Samirah berjaya mengembangkan perniagaan sehingga menjadi salah sebuah syarikat pembinaan yang disegani. Samirah terpaksa berdepan dengan ujian apabila pekerja lama di syarikatnya, Helmi mengkhianatinya. Helmi kecewa dan marah kerana Samirah tidak membalas cintanya. Kemarahan Helmi memuncak apabila Samirah bercinta dengan Khalil, kawan lama arwah Taufik suaminya. Samirah dengan Khalil merancang untuk berkahwin.

Rancangan itu ditentang anak Samirah, Nasrul yang menganggap Khalil hanya mahu merampas harta keluarganya. Samirah pula dalam meniti usia senja masih perlukan cinta dan kasih sayang seorang lelaki yang dapat memberi perlindungan untuknya. Helmi turut mengapi-apikan penentangan Nasrul.

Melalui Fatiha, Nasrul memberi amaran kepada Khalil supaya tidak menghampiri ibunya. Fatiha, yang pada mulanya menerima Samirah, tiba-tiba sahaja membenci dan tidak menyetujui perkahwinan bapanya dengan Samirah. Fatiha dengan Nasrul selalu berjumpa dan bergaduh kerana percintaan kedua ibubapa mereka. Hinaan Nasrul terhadap Khalil, membuatkan Fatiha membenci dan memusuhi Nasrul dan Samirah sekali. Sebolehnya, Nasrul mahu perkahwinan itu dihalang.

Bagaimanapun Fatiha mahu menyakitkan hati Nasrul dengan memujuk Samirah dan Khalil berkahwin. Perkahwinan kedua-duanya merupakan kekalahan bagi Nasrul

Bekas mentua Khalil, Tok Wan pula membawa dua anak Khalil Iwan dengan Dina ke kampung, sebagai protes terhadap rancangan Khalil. Khalil berusaha mengambil semula anak-anaknya tetapi Tok Wan sentiasa melarikan anak-anak Khalil ke tempat-tempat lain.

Samirah berasa kecewa dengan apa yang berlaku dan pernah mencadangkan supaya perkahwinan dibatalkan. Khalil bertegas dengan keputusan mereka. Samirah dengan Nasrul selalu berselisih pendapat. Nasrul akhirnya meninggalkan rumah ibunya Samirah.

Nasrul tidak suka Samirah memberi kontrak membekal kepada Khalil. Khalil menolak tawaran Samirah walaupun mereka sudah lama bekerjasama. Nasrul juga tidak mahu Khalil terlibat dalam perniagaan mereka.

Samirah sedih kerana keluarganya seakan berpecah dan anak Khalil dengan anaknya pula bermusuhan. Khalil dengan Samirah nekad untuk menyatukan keluarga dan anak-anak mereka. Dalam masa yang sama Samirah berdepan masalah perniagaan gara-gara perbuatan Helmi. Pendapatan syarikat mulai merosot kerana banyak projek tertangguh kerana masalah kerja dan pembinaan. Dana yang dipohon Samirah, tiba-tiba sahaja dibatalkan kerana Helmi bertindak menulis surat membatalkan penerimaan dana berkenaan tanpa pengetahuan Samirah. Samirah menyiasat dan membuat laporan polis sehingga Helmi diberkas.

p/s ~ dengarnya drama Stanza Cinta pun best jugak!  Heronya Aaron Aziz lagik

416860msbhhg1zjm (1) ana ayesha

Wednesday, June 22, 2011

Wordless Wednesday

 

::~ Assalamu’alaikum wbt ~::

My 2nd entry for Wordless Wednesday

P1050184

 

416860msbhhg1zjm[2] ana ayesha

Tuesday, June 21, 2011

Van Milo

::~ Assalamu’alaikum wbt ~::

Sudah sarapan ? Minum apa agaknya ? Milo ke ?

Bagi peminat Milo pasti tau PROGRAM PENEBUSAN VAN MILO® MINI

Melalui program yang dianjurkan dari 01/06/2011 hingga 31/08/2011, korang kena beli produk Milo yg turut serta untuk mendapatkan mata yg boleh ditebus dengan koleksi van mini yang disenaraikan di bawah

Ana memang berkenan benar dgn koleksi van milo ni, esp van thn 1980s nampak begitu klasik sekali

image

image

image

image

image

image

Terkenang2 suatu waktu dahulu, van Milo dtg ke sekolah utk mengagihkan minuman Milo secara percuma ……. korang merasa tak pengalaman tu ? Nostalgia sungguh ………. terasa diri ini semakin MIDI

416860msbhhg1zjm (1) ana ayesha

Monday, June 20, 2011

Denda Kutip Sampah

::~ Assalamu’alaikum wbt. ~::

Alhamdulillah akhirnya diizinkanNYA utk menulis lagi di sini setelah berhibinasi selama 5 hari gara2 modem buat hal.  N3 yg terakhir sebelum berhibinasi adalah Wordless Wednesday nampaknya betul2 wordless sehinggalah n3 ini disiarkan 

*****************************************

Hari ni nak cerita pulak pasal denda kutip sampah.  Kejadian ni berlaku bulan lepas, Mac sewaktu perhimpunan pagi Isnin.  Jom lihat siapa yang kena denda kutip sampah …………………

clip_image001

clip_image001

clip_image001

clip_image001

clip_image001

clip_image001

clip_image001

clip_image001

clip_image001

clip_image001

clip_image001

clip_image001

04-08-09_1835 My prince charming,  Abg Hafiz hehehe kesian dia, kesian dia ……… Katanya lagi ramai juga yang kena denda kutip sampah.  Khabarnya guru disiplin yang keluarkan arahan untuk kutip sampah tu cikgu baru bertukar dari sekolah lain.

Sebab apa kena denda? sebab ni ………………..

P1070318 Kedudukan  logo sekolah berada di bawah tanda nama pada pakaian seragam sekolah

Logo sekolah & tanda nama ni dibeli pada tahun 2007 sewaktu Abg. Hafiz di tahun 1. Jika pakaian seragam sekolah ditukar baru, logo dan tanda nama tetap maintain guna yang lama.  Begini jugalah kedudukan logo sekolah dan tanda nama ni pada setiap pakaian seragam sekolah Abg. Hafiz selama 4 tahun, sejak 2007 – 2010.

Perkara kecil saja, jangan kecoh-kecoh, zasssssss sekelip mata dipindahkan logo sekolah ke bahagian atas tanda nama pada setiap pakaian seragam sekolah (maklumlah  mamanya mempunyai kepakaran untuk mengendalikan mesin jahit, tapi memang malas nak menjahit baju sendiri)

P1070285 Sempat lagi ambil gambar ……..

Tadaaaaaaaaaa dah pun siap

P1070286

  Tidak ada niat untuk menyalahkan sesiapa hatta diri sendiri, sekadar bercerita lalalala

416860msbhhg1zjm ana ayesha

Wednesday, June 15, 2011

WORDLESS WEDNESDAY

::~ Assalamu’alaikum wbt ~::

I’m joining Wordless Wednesday

P1070960

~ Subhanallah (سبحان الله) ~

416860msbhhg1zjm (1) ana ayesha

Tuesday, June 14, 2011

Marah

::~ Assalamu’alaikum wbt ~::

Marah adalah umpama dapur di hati kita, jangan keterlaluan nanti terbakar, jangan tiada nanti dayus

4922518119_48a2a559d8

Alhamdulillah dengan izinNYA berkesempatan untuk menulis di sini.  Sebagai santapan rohani, hari ini berpeluang untuk mendengar segmen motivasi pagi di radio IKIM.  Tajuk yang dikupas  ……… marah.

Islam telah menyebut, kemarahan berasal daripada syaitan, dan syaitan berasal daripada api yang panas dan membakar. Bahangnya akan menyebabkan pertimbangan hati, akal dan perasaan kita tidak seimbang – sepertimana molekul cecair atau gas apabila dipanaskan akan berlanggar sesama sendiri. Malah, ada kesan biologi yang negatif apabila kita marah – degupan jantung, aliran darah, retina mata dan rembesan hormon berubah daripada biasa.

Benarlah seperti apa yang dikatakan oleh Imam Ghazali , apabila marah, lihatlah cermin, nescaya akan dilihat betapa hodoh wajahnya:

Muka menjadi merah, telinga menjadi panas, gigi serta bibir mengetap…

kritik

********************************************************      

Marah bertempat

Manusia akan marah bila dirinya dikritik dan dikeji tetapi tidak marah apabila agama Islam/saudara seIslam dihina/dikeji/ditindas

Mari kita teladani sifat Sayidina Ali r.a. yang masih mampu membezakan ’jenis’ marahnya di saat kritikal.

Ketika hendak memancung kepala musuhnya (seorang Yahudi), dia telah diludah oleh musuhnya.  Sayyidina Ali tiba-tiba berhenti (tidak jadi pancung) justeru merasakan marahnya bukan lagi atas semangat jihad fisabilillah tetapi oleh kebencian melulu yang lebih bersifat personal.

Hebat sungguh sifat Sayidina Ali, rasa tak mampu ……… cause i’m a bad tempered person

416860msbhhg1zjm ana ayesha

Saturday, June 11, 2011

Smurf

::~ Assalamu’alaikum wbt ~::

Hi! second n3 of the day

Korang ingat tak watak kartun TV yg comel dan kecil, smurfs?

Smurfs merupakan cerita kartun mengenai makhluk kerdil berwarna biru yang disiarkan buat kali pertama di televisyen pada 1981. Ia disiarkan 30 tahun selepas pelukis kartun dari Belgium, Pierre Culliford menghasilkan komik smurfs

 smurfspartygames

Inilah dia kartun smurfs berwarna biru, kartun ni masih ditayangkan di tv, Abg Hafiz pun minat.  Yg pakai topi merah tu papa smurfs

The Smurfs dalam bentuk 3D akan dilancarkan oleh Sy. Sony.  Sempena pelancaran itu, Sony telah memilih Bandar Juzcar di selatan Sepanyol sebagai lokasi tayangan perdana pada 16 Jun ni. 

Disebabkan smurfs ni warna biru, maka keseluruhan bgn di Juzcar pun dicatkan kpd warna biru

SEBELUM ~ Bandar Juzcar bgn berwarna putih

04 Vista de Júzcar

Credit : http://thebluecolourofthesky.blogspot.com

SELEPAS ~ Juzcar the village of the  smurfs, bgn dicat warna biru

 smurftown-490

 

 

SPAIN/

Sebanyak 4,200 liter cat dan tenaga 12 penduduk tempatan digunakan untuk mengecat rumah dan bangunan di bandar tersebut

Credit : Reuters & Kosmo Online

Lepas ni pasti bandar Juzcar akn menjadi tumpuan pelancong.  The Smurfs 3D mcm Upin n Ipin ke ?

416860msbhhg1zjm[2] ana ayesha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...