Friday, May 6, 2011

Zuhud

Assalamu’alaikum wbt

Presentation1

Alhamdulillah bertemu kembali di hari Jumaat, penghulu segala hari. 

Awal pagi tadi sambil memandu ke tempat kerja ana berkesempatan mendengar motivasi pagi di radio IKIM.  Penceramah berkongsi cerita mengenai sifat zuhud di kalangan orang beriman, Sheikh Imam Hassan al-Basri seorang ulamak terkenal di kota Mekah.

Zuhud mengikut pengertian bahasa ialah meninggalkan dunia. Tetapi mengikut istilah Islam, erti zuhud ialah hati tidak terpaut atau tidak terpengaruh dengan dunia dan nikmat-nikmatnya.

Ceritanya begini,

Dalam satu kuliah ilmu, Sheikh Imam Hassan al-Basri telah menyebut dalam Islam zuhud bermaksud tidak salah memiliki harta yang banyak di dunia asalkan harta tersebut tidak lekat di hati. 

shaykh_pupil

Anak-anak murid yg mendengar penjelasan beliau merasa hairan kerana waktu kuliah itu, Sheikh Imam Hassan al-Basri sedang memakai selendang yang diperbuat daripada sutera yang mahal, bernilai 40 riyal atau bersamaan RM40,000 (nilai semasa).

Habib Jindan bin Novel bin Salim  JIndan

Pada waktu itu, selendang tersebut tidak dipakai oleh sesiapa pun di kota Mekah.  Lalu anak muridnya bertanya mengenai selendang tersebut, lalu dijawab beliau, selendang ini memang tinggi nilainya, namun sesiapa pun boleh memintanya.

Datanglah seorang miskin yang telah tiba di kota dan tidak makan berhari-hari. 

images30

Simiskin telah meminta Sheikh Imam Hassan al-Basri makanan, lalu Hassan al-Basri telah memberikan simiskin selendang mahal yg dipakainya utk digadaikan bg membeli makanan.

Maka beredarlah simiskin ke kota utk menggadaikan selendang tersebut, namun tiada yg mampu membeli kerana harganya yg mahal.  Simiskin terus memegang selendang tersebut dan duduk di kaki lima.  Terlihatlah oleh seorang hartawan  dan beliau merasa hairan bagaimana selendang mahal yg dihadiahkannya kepada Sheikh Imam Hassan al-Basri berada di tangan simiskin.  Simiskin memberitahu Sheikh Imam Hassan al-Basri yg telah memberikan selendang tersebut utk digadaikan bagi membeli makanan, namun tiada yg mampu utk membayarnya.  Mendengar penjelasan simiskin, hartawan telah memberikan wang sebanyak RM40,000 kpd simiskin untuk ditukarkan dgn selendang tersebut.

Keesokan harinya, anak murid Hassan al-Basri amat terkejut kerana selendang yg diberikan kpd simiskin dipakai oleh Sheikh Imam Hassan al-Basri. 

 

416860msbhhg1zjm  ana ayesha

1 comment:

  1. maknanya hartawan tu berikan semula selendang pada Imam Hassan al-Basri ?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...