Monday, May 16, 2011

Selamat Pagi Cikgu

Jam di dinding menunjukkan pukul 1 tgh, ops bukan selamat pagi tapi selamat tengahari cikgu!

Hari ni 16 Mei 2011 adalah Hari Guru di Malaysia.  Negara-negara lain di dunia menyambut hari guru pada tarikh yang berbeza, contohnya di USA disambut pada hari Selasa pertama setiap bulan Mei, di Taiwan, Hari Guru diraikan pada 28 September, di Korea Selatan, Hari Guru disambut pada 15 Mei dan di India, Hari Guru disambut pada 5 September.

Ana bersekolah rendah di Sekolah Rendah Kebangsaan Convent, sekolah ni dekat je dgn rumah, pi sekolah pun jln kaki je.  Bila tiba hari guru, ana terkenang guru2 yg telah mendidik ana di  antaranya Cikgu Raja Amiriah (cikgu kelas darjah satu), Cikgu Khalijah (cikgu kelas darjah 6 yg kini berjiran dgn ana di T.I.), Ustazah Puteh Rokiah , Miss Chong (ajar english & sejarah darjah 6), tak lupa guru besar, Mrs Ambrose dan Mrs Basan Singh. 

Sekolah menengah pulak, ana sekolah di Sekolah Menengah Convent, sekolah ni jauh dari rumah.  Antara cikgu yg masih ana ingat adalah Mrs Ho, Mrs Wan, Mrs Shirley Ng (garang ni) dan ada sorang cikgu tu ana tak ingat namanya tapi she walks like a model.  Oh sebelum terlupa, ana dulu satu sekolah menengah dgn adik Jamal Abdillah, penyanyi tu dan juga Datin Sri Tiara Jacquelina.

Terkenang juga sambutan hari guru di sekolah menengah dulu, kami gigih betul kumpul duit sorang sekupang sbb nak beli hadiah utk cikgu.  Tapi waktu di sekolah rendah lagi best, bila tiba hari guru, cikgu2 belanja makan ais krim perasa oren yg waktu tu harganya 5 sen jer.  Nostalgia ……… kalaulah boleh waktu diputar ingin sekali berada di alam persekolahan bersama guru2 dan kawan2

12-12-09_0746

Nilah sekolah rendah ana.  Ada beranda, di bawah beranda nilah guru besar parking kereta …….. nostalgia

smkfrontgate

Ni pulak pintu masuk sekolah menengah convent, tak banyak beza masih seperti dulu.  Sekolah ni pun ada beranda dan kereta guru besar parking di bawah beranda tu …….. ni lagi byk kenangan maklumlah waktu ni dah remaja.

Kepada semua cikgu2 ~ Selamat Hari Guru

Tema Hari Guru 2011 ~ Guru penjana transformasi pendidikan negara

 

 416860msbhhg1zjm ana ayesha

1 comment:

  1. hmm...sy berpeluang jadi guru sandaran di sekolah rendah sy dulu...

    tak sangka lak dapat kt situ...masa mula2 masuk nak daftar diri...tersenyum sendri bila tengok bangunan kat sekolah tu...masih ada...

    cikgu2 yg pernah ajar sy pun...ada yg masih mengajar kt situ..ada yg ingt..ada yg tak... :)

    Selamat Hari Guru untuk semua warga pendidik.. :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...