Friday, May 20, 2011

ROTI PAUN

Assalamualaikum wbt

Entri kali ni ana nak cerita mengenai roti yang ana buat hari Sabtu lepas iaitu roti paun.  Korang tau tak macam mana rupa roti paun?

roti paun  Ha inilah dia roti paun, rupa dan bentuknya seperti roti lain yg ada di pasaran

Meh, nak cerita sikit pasal roti paun ni. 

Dengarnya roti ni begitu popular di Terengganu dan dikenali sebagai roti paung.  Roti paun ini ada yang dibuat dari ibu tapai (ubi kayu peram dijadikan ibu roti) dan biasanya dibakar dlm dulang berbentuk bulat seperti talam bulat di zaman dahulu yang amat berguna untuk mengangkat hidangan sewaktu kenduri kendara.  Roti paun ni juga berintikan marjerin. 

P1030280 Talam ni semakin pupus, kalau ada pun kebanyakannya dijadikan perhiasan sahaja

Hari Sabtu minggu lepas, ana belek2 buku Resepiku, Warisanku oleh Planta, ternampaklah Roti Pa’un Abang Syam, mungkin jugak roti paun ni di antara yg popular di Terengganu.  Terasa teringin nak menguli roti.  Lagipun lama betul ana tak menguli roti. 

Jadi inilah hasilnya roti paun yg ana uli dan bakar hari Sabtu minggu lepas.     

 
P1070747

P1070749

NIlah dia roti paun yg ana buat tapi tak da inti, kosong jer

Jom tengok resepi Roti Paun

Sumber: Koleksi Resepi Pilihan Diana via Dari Dapur Suzi


Bahan-bahannya :

  • 6 cawan tepung gandum
  • 1 ¾ cawan susu cair/ susu segar  ~ ana guna susu segar
  • ¾ cawan gula halus
  • 1 paket (11 gm) yis
  • 3 biji telur
  • ¼ cawan mentega, dicairkan 
  • sedikit pewarna kuning – ana abaikan


Cara-caranya :

1. Campurkan susu cair/ susu segar, telur, gula dan yis. Kacau sehingga sebati dan biar yisnya berbuih sedikit.
2. Kemudian campurkan mentega yang telah dicairkan dan sedikit pewarna kuning.
3. Masukkan tepung kedalam bread machine dan uli sehingga ia menjadi doh yang lembut dan sebati. - sy pakai mixer ~ ana uli dgn tangan
4. Perapkan adunan sehingga ia naik dua kali ganda. Bila adunan telah naik dua kali ganda tumbuk doh dan uli lagi.
5. Kemudian ambil setiap doh adunan seberat 80 gram dan bentukkan bulat.(sy buat doh dlm 60 gm je) ~ ana timbang 65 gm, dpt 20 ketul
6. Sapukan loyang bulat dengan mentega dan susun doh yang telah dibulatkan ke dalam loyang. ~ ana guna loyang empat segi
7. Perap lagi doh sehingga ia naik dua kali ganda. Setelah doh naik letakkan sedikit mentega diatas doh roti. Bakar dalam ketuhar pada suhu  170’C selama 20 minit sehingga ia kekuningan.
8. Keluarkan roti dari ketuhar sewaktu ia panas sapukan lagi dengan mentega. Sedia untuk dihidang.

Sewaktu ana menyediakan doh roti ni, didapati campuran susu dan mentega masih banyak lagi sedangkan tepung yg diuli melekit.  Jadinya ana tambahkan tepung (byk juga kuantitinya).  Setelah di tambah tepung, campuran susu dan mentega masih berbaki sedikit tetapi doh yg terhasil agak liat utk diuli.  Utk memudahkan proses menguli, ana tambah lagi mentega.  Lain kali kalau nak buat lagi, mungkin akan guna cara buat piza dan donut

Hasil roti paun menggunakan resepi ni memang best dan kekal lembut setelah 3 hari (ana saja simpan utk uji kelembutan roti ni).  Rasa roti ni adalah tawar dan amat sesuai jika dimakan dgn sekaya atau dicicah dgn kopi. 

Seperti biasa Abg Hafiz yg mmg hantu roti amat menggemari roti paun ni.  Sekali makan 5 ketul ………..

P1070752 Abg Hafiz makan roti paun cicah dgn kuah lemak kuning

 

416860msbhhg1zjm[2] ana ayesha

3 comments:

  1. owoh sedap nye!... saya nih suka masak2 masakan ganu. boleh le sya try resepi akak tuh...

    ReplyDelete
  2. erm....roti pound dgn roti naik..sama ke...?

    ReplyDelete
  3. saya dah mencuba resepi ni menjadi la juga Alhamdulillah tapi surface dia agak keras macamana nak overcome this?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...