Tuesday, May 31, 2011

Frozen Doughnut for Breakfast

Assalamu’alaikum wbt.  Selamat pagi semua,  Kembali bersiaran.  Sudah sarap?

Korang di aras 4 sarap apa agaknya hari ni? Mesti nasi lemak minyak/nasi goreng hambar/bihun goreng putih/ketiaw goreng kembang..  Minum pulak mesti teh tarik yg teramat manis (setahun lagi, ramailah yg akan dpt penyakit).  Itulah menu di kantin ……arghhhhhhhhhhh jemulah!

Okay pagi ni ana nak cerita sarap pagi semalam, frozen doughnut. 

P1070839

Donut yg tak secun dunkin donut/big apple.  Uli donut ni sblm gi majlis kawin anak big boss hari Sabtu lepas.  Petangnya goreng sedikit utk minum petang, selebihnya ana frozenkan sejuk bekukan.

Utk donut ni, ana guna resepi dari mommamia, myr via noreen.  Thanks to both of u

Resepi Glazed Doughnut

Bahan-bahan (18 biji bergantung pada saiz): ~ ana dapat 19 ketul, 40 gm setiap satu

5 cawan tepung roti / gandum ~ ana guna 2 cwn  tepung roti + 3 cwn tepung gdm
1 sudu kecil yis
1/4 cawan air panas - kalau guna breadmaker tidak perlu air panas ~ ana guna air suam
1 1/2 cawan susu segar suam ~ ana guna susu segar sejuk
1/4 cawan gula halus
1 sudu kecil garam
2 biji telur ~ ana guna saiz A
1/3 cawan shortening ~ ana guna marjerin
minyak untuk menggoreng


Bahan2 untuk glaze:  ~ ana tak buat

1/3 cawan mentega
2 cawan gula aising
1 1/2 sudu kecil esen vanila
4 sudu besar air panas - tambah jika perlu

Cara membuatnya, (kaedah sama mcm donut mayo):

  • taburkan yis ke dalam air suam yang ditelah dicampurkan dgn sedikit gula dan biarkan seketika sehingga bebuih
  • campurkan semua bahan kering kdan sebatikan
  • tuang campuran yis dan gaulkan dgn bahan kering.
  • tuang sedikit demi sedikit susu segar sejuk sehingga adunan menjadi doh (jangan tuang kesemua susu dikuatiri doh akan jadi lembik)
  • uli doh dengan marjerin sedikit demi sedikit sehingga doh menjadi licin . Cara nak uji sama spt donut mayo

  • bentukkan doh menjadi bulat dan perap doh dengan menutup bekas adunan dengan bag plastk dan biar doh naik dua kali
  • setelah doh naik 2x ganda, tumbuk doh bagi mengeluarkan angin dan uli doh seketika
  • bahagi doh pada bebola kecil dan susun di atas tray yg telah ditabur dgn sedikit tepung.
  • rehatkan doh supaya naik sekali ganda
  • sebelum digoreng, lubangkan di bhg tengah
  • panaskan minyak yang banyak (digoreng secara deep-fry) dan pastikan minyak betul2 panas barulah dimasukkan satu persatu donut
  • sentiasa balik2kan donut supaya ianya garing sekata
  • angkat dan bolehlah dicelupkan ke dalam glaze atau taburkan dengan gula aising, cokelat cair dan sebagainya ~ ana hanya salut dgn gula castor

*****************************

Nak ceriter cam mana nak sejuk bekukan donut ni

  • donut ni kalau nak disimpan secara sejuk beku, goreng donut sehinggga warnanya sedikit kuning utk mematikan tindakan yis,
  • bila dah sejuk bolehlah disimpan di dalam ice boxP1070835
  • bila nak makan, keluarkan dari ice box dan gorenglah sehingga kuning

P1070836

P1070841 Spt biasa model tak berbayar, Abg Hafiz sdg sarap dgn frozen doughnut.  Abg Hafiz u need a hair cut, rambut dah panjang, jabut jer rupe

Donut ni memang lembut dan gebu, tak rugi mencuba. 

CUBALAH JANGAN TAK CUBA

416860msbhhg1zjm[2] ana ayesha

4 comments:

  1. hari tu...sy try juga buat donut..ikut resepi Pizza yg Ana share hari tu..

    tp keras...tak lembut...huhu..

    nk try cara ni pulak la... :)

    erm...sy try juga campurkn yis dalam air...tp tk berbuih pun...tp..doh ttp kembang juga...

    kalau tk berbuih...tk boleh pakai eh yis tu..?

    jom ke APA KATA HATI pulak ;
    1H 4W

    ReplyDelete
  2. donut mcm ni kadang2 lebih sedap dr big apple semua tu....muak lee..

    ReplyDelete
  3. @nabilah_2908 hi nabilah
    jujurnya ana pernah cuba sekali guna resepi piza tu utk buat donut tapi tak jadi spt yg org lain buat lembut dan gebu

    tapi resepi tu mmg sesuai utk buat piza base

    yis kalau nak bagi kembang, guna air suam (jgn guna air panas nanti yis tu mati) dan campur dgn sedikit gula (sedikit gula dari sukatan resepi0. bila dah campur biarkan seketika pasti yis akn membuak2.

    tapi kalau tak juga membuak yg ana tau yis tu dah mati so tak blh guna

    nabilah u r lucky sbb wp yis tu tak membuak tapi still blh guna kalau tak rugi jer kalau doh tak kembang

    ReplyDelete
  4. @Mama Gee
    hi mama g!

    betul tu kalau mkn byk donut yg fofular tu rasa muaklah

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...