Thursday, May 12, 2011

Donut Mayo

Assalamu’alaikum wbt. 

Kembali semula bersiaran di ptg Rabu.  Baru lepas minum petang, apam balik dan kopi DCL yg pahit2 tapi sedap. Kopi ni sesuai utk yg sakit lutut dan migrain.  Amalkan minum kopi ni, Insya Allah penyakit akan berkurangan secara perlahan2.

Hari ni nak cerita mengenai donut mayo yg ana buat hari Sabtu baru ni.  Donut mayo ni pertama kali ana cuba dan hasilnya amat menggembirakan, lembut dan gebu.  Donut ni kekal lembut wp disimpan semalaman. 

Resepi asalnya dr Rosjintanmanis tapi ana cnp dr yatimemories.blogspot.com.  Thanks to both of you.

Donut Mayo

Bahan-Bahan

  • 330 gram tepung gandum
  • 1 1\ 2 sudu besar mayonis
  • 1 sudu besar susu tepung
  • 1 biji telur - dipukul sedikit mengunakan garpu
  • 140ml air suam
  • 1 1\ 2 sudu besar marjerin ~ ana guna butter
  • 3 sudu besar gula
  • 4 gram yis @ 1 1/2 sudu kecil yis
  • sedikit serbuk gula sebagai salutan pada donut mayo

.Cara membuatnya :

  1. Kaedah membuatnya sama seperti doh piza
  2. Bancuh yis dengan air dan 1 sudu teh gula.  Biarkan campuran yis seketika sehingga berbuih (berbuih bermakna yis tu hidup dan boleh digunakan)
  3. Campurkan semua bahan doh kecuali marjerin dan gaul rata.
  4. Curahkan campuran yis sedikit demi sedikit  ke dalam campuran bahan doh tadi dan uli
  5. Setelah terbentuk doh, masukkan mentega dan uli sehingga mentega rata dan mesra dgn doh.  Uli doh sehingga licin dan lembut.

clip_image001Bila doh boleh diregangkan mcm ni bermakna doh telah cukup diuli

  6.  Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan bag plastk dan biar doh naik dua kali ganda.

clip_image002Balut bekas adunan dgn bag plastik

clip_image003

Ana letak bekas adunan dlm oven spy doh cepat naik

    7.  Setelah doh naik 2x ganda, tumbuk doh bagi mengeluarkan angin dan uli doh seketika

clip_image004Inilah rupa adunan yg telah naik 2x ganda

  8.  Bahagi doh pada bebola kecil dan susun di atas tray yg telah ditabur dgn sedikit tepung.  Dpt 16 ketul dgn berat setiap satu lebih kurang  35 gm.

clip_image005Doh yg tlh disusun di atas tray.  Ana masukkan tray dlm beg plastik dan masukkan dlm oven (jgn on oven) utk bagi cepat naik

9.  Rehatkan doh supaya naik sekali ganda

clip_image006Ni lah rupa donut yg tlh naik sekali ganda dan sedia utk digoreng

9.  Sebelum digoreng, lubangkan di bhg tengah

clip_image007

10.  Goreng dgn api sederhana sehingga warna kuning keemasan

clip_image008

11.  Salut donut dgn gula/coklat yg dicairkan.

clip_image009Barisan donut yg telah digoreng dan siap sedia utk disalut.  Ana salut donut ni dgn gula castor dan coklat yg dicairkan tapi gbr donut yg bersalut terlupa pulak nak snap

Akhirnya berjaya jugak dapat resepi donut yg sangat lembut dan gebusssssssssssss,  Hari tu sambil goreng donut sambil makan mmg sedaplah walaupun dimakan begitu saje.  Cubalah buat kalau nak tau kesedapannya

 

clip_image010ana ayesha

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...