Wednesday, May 25, 2011

Dalam Perjalanan Pulang Semalam

Assalamu’alaikum wbt

Hari2 ana akn melalui Persiaran Utara, lebuhraya 3 lorong ke tempat kerja.  Balik kerja pun ana akan ikut jalan yg sama.  Jadi maknanya dalam seminggu ana akan lalu 10x.  Tapi kalau ada lain-lain hal hal-hal lain, ana perlu ulang alik lebih dari 2x sehari melalui lebuhraya ni.

 persiaranutara

 Kredit : www.panoramio.com/photo/18698826

 Inilah Lebuhraya Persiaran Utara, jalan raya utama untuk masuk ke Putrajaya. Nampak lengang jer, agaknya gbr ni shoot pd hari cuti ataupun waktu semua staf perkhidmatan awam dah masuk office. Cuba perhatikan divider jln tu  …… lebar dan penuh dgn tumbuh2an.  Terlalu byk sehingga tak nmpk apa yg berlaku di sebelah sana jalan.  Yg terkini di kiri dan kanan divider tu tlh dipasang besi penghalang, mungkin utk mengelakkan apb berlaku kemalangan, kenderaan terlibat tidak akn terbabas ke jlnraya yg di sebelah sana

Had laju yg dibenarkan adalah 80 km/jam sahaja.  Percaya ker semua akn drive 80 km/jam di atas jalanraya 3 lorong yg mmg lancar dan selesa ni? Pastinya tidak apalagi pd waktu pagi memasing mengejar tumb-print/punch card, mestilah pecut lebih dari 80 km/jam. Kalau tengok cara pemanduan waktu ni mmg kecut perut, laju bebenor, ala-ala pemandu F1.  Byk jugaklah kemalangan berlaku di lebuhraya ni di waktu pagi.

Tapi jgn tak tau (ataupun semua dah tau) di bhg bwh flyover tu lah pot terbaik PDRM pasang kamera speed trap.

SPEED TRAP BUTTON

Awas speed trap ~ denda RM300

Tapi seingat ana, dah lama jugaklah tak nampak en. pol duduk dgn selesa dan santai di atas kerusi lipat di bwh flyover tu sambil memantau  kamera perangkap laju.  Jadinya kdn mmg bergerak laju di bwh flyover tu 

Tapi semalam dlm perjalanan balik dr tpt kerja, ana rasa amat hairan sbb kenderaan bergerak perlahan menghampiri flyover dan masih juga perlahan selepas flyover.  Entah mcm mana ana terpandang ……

PoliceSpeedTrap-1

Rupa2nya en. pol tlh memasang kamera perangkap laju di pot yg baru, di tgh2 divider jalan yg penuh dgn tumbuh2an.  Kalau sdg memecut mmglah tak perasan.

Sejak bilalah agaknya dia telah berada di pot baru tu?  Agaknya ana kena tak? huhuhu tunggu aje lahhhh surat cinta tu ….. harapnya tak kenalah.

Walau apa pun berhati-hatilah bila memandu, patuhilah had laju yg dibenarkan.  Saman had laju bertujuan utk mendidik pemandu (termasuk ana) di Malaysia spy berdisiplin dan mematuhi had laju yg dibenarkan supaya kemalangan boleh dielakkan. 

Pandu Cermat Jiwa Selamat, INSYA ALLAH

 

Minggu depan cuti sekolah akan bermula.  Yeayyyyyyyyyyyy utk Abg Hafiz dan yeayyyyyyyyyyyyy juga utk ana.   Korang macam mana pulak?

 

416860msbhhg1zjm ana ayesha

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...