Monday, May 30, 2011

Bir Halal Jadi Haram

Assalamu’alaikum wbt

Heboh diperkatakan mengenai bir halal yg kini statusnya dah diharamkan

Berikut adalah petikan berita dari Harian Metro Online

JOHOR BAHRU: Mengejutkan apabila ujian makmal yang dijalankan terhadap minuman yang popular sebagai `bir halal’ di kalangan pengguna Islam dikesan mengandungi alkohol pada kadar melebihi jumlah dibenarkan syariat.

Penemuan kandungan alkohol sebanyak 0.5 peratus itu terbongkar selepas pengguna yang meragui minuman itu membuat aduan kepada Jabatan Agama Johor (JAJ) dengan membawa sendiri ‘bir halal’ itu untuk dianalisis, seterusnya mendapatkan kepastian.

Menurut sumber, JAJ kemudian menghantar sampel minuman ke Jabatan Kimia untuk pengesahan dan hasil ujian makmal yang dijalankan mendapati bir halal diperbuat daripada pelbagai perisa buah-buahan itu mengandungi 0.5 peratus kandungan alkohol.

“Berikutan penemuan itu, JAJ memaklumkan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) serta Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) untuk tindakan selanjutnya.

“JAJ perlu memaklumkan penemuan itu kepada Jakim kerana difahamkan minuman itu menjadi kegemaran ramai dan selama ini dianggap halal. KDRM pula perlu mengambil tindakan lanjut kerana minuman itu diimport dari luar negara,” katanya.

Mufti Johor, Datuk Mohd Tahrir Samsudin (gambar) ketika mengulas perkembangan itu berkata, Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan kandungan alkohol dalam makanan serta minuman yang dibenarkan syariat Islam ialah tidak melebihi 0.01 peratus.

Tapi  dalam berita tidak dinyatakan jenama bir tu

Setelah google  search  jumpalah yg ini

  BavariaMalt

Keluaran negara Arab dan mmg popular di restoran makanan Arab dan juga di kedai yg menjual produk dr negara Arab

Macam mana boleh diimpot dan dipopularkan sbg bir halal di kalangan org Islam.  Setau ana bila disebut bir mestilah mengandungi alkohol wp sedikit dan ianya tetap haram wp tidak memabukkan.  TAK NAKKKKKKKKKKKK

 

416860msbhhg1zjm[2] ana ayesha

3 comments:

  1. itu la persoalannya...mcm mana boleh lepas...

    ramai juga penggemar makanan arab...suka kan bir ni...

    jom ke APA KATA HATI pulak ;
    JUARA MENTOR 5 - TAHNIAH SALMA!!

    ReplyDelete
  2. huhuh mama dh terminum barbican tu....sedap lak tu....huhuh

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...