Monday, May 23, 2011

Derma Anak Yatim dan Kejadian Tanah Runtuh

Assalamu’alaikum wbt

Kejadian semalam ……..

Di tengahari yg tenang tiba2 kedengaran suara lemah memberi salam

Suara              :        Assalamu’alaikum

Grandma       :          Wa’alaikumsalam

Suara            :           Saya dari rumah anak yatim nak jual buku agama sebagai kutipan derma

Ana                :          Rumah anak yatim yang mana?

Suara             :          Batu 18, Sg. Congkak (sebut Sg. Congkak tiba2 teringatkan Rohana Abdul Rahman yg tinggal di sana)

Grandma       :          Eh! ni rumah anak yatim yang terlibat dgn runtuhan tanah tu ker?

Suara             :          Kelihatan terpinga2 dan tidak dapat menjawab (mungkin juga dia tak tau kejadian tanah runtuh tu)

Grandma hulur duit sbg derma mengikut harga yg dicetak pada buku

Amalan menjual buku agama sebagai salah satu cara utk mengutip derma telah menjadi satu trend masa kini dan hampir setiap minggu pintu rumah ini diketuk untuk tujuan tersebut.  Selalu juga jumpa mereka yang mengutip derma bagi tujuan tersebut di hadapan bank., di stesyen myk juga di R&R.  Kesian sungguh melihat mereka sebab ada di kalangan mereka yg terlalu kecil utk menjlnkan tugas mengutip derma.  Kelihatan juga mereka tidak gembira dan takut2 tapi hulur juga derma sebab rasa kasihan yg sungguh menebal. 

***************************

Kejadian Tanah Runtuh di Hulu Langat

Semua sedia maklum akan kejadian tanah runtuh pada 22 Mei 2011 pukul 2.30 ptg di Kg. Sg. Gahal,  Batu 14, Hulu Langat melibatkan penghuni asrama anak yatim yg sedang berada di sebuah khemah, membuat persediaan bagi satu majlis yang akan diadakan di sebelah petang pada hari kejadian.

25 orang anak yatim termasuk 2 orang dewasa telah tertimbus dalam kejadian tanah runtuh tersebut.  Semuanya lelaki.  16 orang telah meninggal dunia. 7 darinya disemadikan di dalam 1 liang lahad

TANAH RUNTUH / HULU LANGAT

TANAH RUNTUH / LEMBAH AZWIN

110521185151

110521185331

TANAH RUNTUH / HULU LANGAT

PEMANDANGAN bahagian dalam bangunan lokasi tragedi tanah runtuh di Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah At-Taqwa, Kampung Sungai Gahal, Hulu Langat yang rosak teruk dengan dipenuhi tanah dan batu daripada sisa runtuhan

ne_01.1

TANAH RUNTUH

SEKUMPULAN murid tahfiz melihat jenazah tujuh mangsa tanah runtuh untuk disembahyangkan di Masjid Sultan Hisamuddin Alam Shah, Pekan Batu 14, Hulu Langat, tengah hari tadi. Mangsa yang terkorban dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah At-Taqwa di Jalan Sungai Semungkis, Kampung Sungai Gahal itu dikebumikan dalam satu liang lahad selepas solat Zohor

Gambar : Utusan Online & Berita Harian Online

Takziah kepada keluarga yang terlibat dan marilah sedekahkan al-Fatihah kpd mangsa yg terkorban

250px-FirstSurahKoran

Setiap kali bila berlakunya kematian, kesedihan pasti melanda.  Itulah fitrah alam setiap yang hidup pasti mati. Bagaimana penerimaan kita akan kejadian ini? Insaf, atau sekadar berkata ajal mereka telah sampai?

Mati itu pasti, bersediakah kita?

416860msbhhg1zjm[2] ana ayesha

1 comment:

  1. Al-fatihah..... :(

    Allah lebih sygkan mereka...

    jom ke APA KATA HATI pulak ;
    NORA ELENA

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...