Tuesday, May 31, 2011

Frozen Doughnut for Breakfast

Assalamu’alaikum wbt.  Selamat pagi semua,  Kembali bersiaran.  Sudah sarap?

Korang di aras 4 sarap apa agaknya hari ni? Mesti nasi lemak minyak/nasi goreng hambar/bihun goreng putih/ketiaw goreng kembang..  Minum pulak mesti teh tarik yg teramat manis (setahun lagi, ramailah yg akan dpt penyakit).  Itulah menu di kantin ……arghhhhhhhhhhh jemulah!

Okay pagi ni ana nak cerita sarap pagi semalam, frozen doughnut. 

P1070839

Donut yg tak secun dunkin donut/big apple.  Uli donut ni sblm gi majlis kawin anak big boss hari Sabtu lepas.  Petangnya goreng sedikit utk minum petang, selebihnya ana frozenkan sejuk bekukan.

Utk donut ni, ana guna resepi dari mommamia, myr via noreen.  Thanks to both of u

Resepi Glazed Doughnut

Bahan-bahan (18 biji bergantung pada saiz): ~ ana dapat 19 ketul, 40 gm setiap satu

5 cawan tepung roti / gandum ~ ana guna 2 cwn  tepung roti + 3 cwn tepung gdm
1 sudu kecil yis
1/4 cawan air panas - kalau guna breadmaker tidak perlu air panas ~ ana guna air suam
1 1/2 cawan susu segar suam ~ ana guna susu segar sejuk
1/4 cawan gula halus
1 sudu kecil garam
2 biji telur ~ ana guna saiz A
1/3 cawan shortening ~ ana guna marjerin
minyak untuk menggoreng


Bahan2 untuk glaze:  ~ ana tak buat

1/3 cawan mentega
2 cawan gula aising
1 1/2 sudu kecil esen vanila
4 sudu besar air panas - tambah jika perlu

Cara membuatnya, (kaedah sama mcm donut mayo):

  • taburkan yis ke dalam air suam yang ditelah dicampurkan dgn sedikit gula dan biarkan seketika sehingga bebuih
  • campurkan semua bahan kering kdan sebatikan
  • tuang campuran yis dan gaulkan dgn bahan kering.
  • tuang sedikit demi sedikit susu segar sejuk sehingga adunan menjadi doh (jangan tuang kesemua susu dikuatiri doh akan jadi lembik)
  • uli doh dengan marjerin sedikit demi sedikit sehingga doh menjadi licin . Cara nak uji sama spt donut mayo

  • bentukkan doh menjadi bulat dan perap doh dengan menutup bekas adunan dengan bag plastk dan biar doh naik dua kali
  • setelah doh naik 2x ganda, tumbuk doh bagi mengeluarkan angin dan uli doh seketika
  • bahagi doh pada bebola kecil dan susun di atas tray yg telah ditabur dgn sedikit tepung.
  • rehatkan doh supaya naik sekali ganda
  • sebelum digoreng, lubangkan di bhg tengah
  • panaskan minyak yang banyak (digoreng secara deep-fry) dan pastikan minyak betul2 panas barulah dimasukkan satu persatu donut
  • sentiasa balik2kan donut supaya ianya garing sekata
  • angkat dan bolehlah dicelupkan ke dalam glaze atau taburkan dengan gula aising, cokelat cair dan sebagainya ~ ana hanya salut dgn gula castor

*****************************

Nak ceriter cam mana nak sejuk bekukan donut ni

  • donut ni kalau nak disimpan secara sejuk beku, goreng donut sehinggga warnanya sedikit kuning utk mematikan tindakan yis,
  • bila dah sejuk bolehlah disimpan di dalam ice boxP1070835
  • bila nak makan, keluarkan dari ice box dan gorenglah sehingga kuning

P1070836

P1070841 Spt biasa model tak berbayar, Abg Hafiz sdg sarap dgn frozen doughnut.  Abg Hafiz u need a hair cut, rambut dah panjang, jabut jer rupe

Donut ni memang lembut dan gebu, tak rugi mencuba. 

CUBALAH JANGAN TAK CUBA

416860msbhhg1zjm[2] ana ayesha

Monday, May 30, 2011

Bir Halal Jadi Haram

Assalamu’alaikum wbt

Heboh diperkatakan mengenai bir halal yg kini statusnya dah diharamkan

Berikut adalah petikan berita dari Harian Metro Online

JOHOR BAHRU: Mengejutkan apabila ujian makmal yang dijalankan terhadap minuman yang popular sebagai `bir halal’ di kalangan pengguna Islam dikesan mengandungi alkohol pada kadar melebihi jumlah dibenarkan syariat.

Penemuan kandungan alkohol sebanyak 0.5 peratus itu terbongkar selepas pengguna yang meragui minuman itu membuat aduan kepada Jabatan Agama Johor (JAJ) dengan membawa sendiri ‘bir halal’ itu untuk dianalisis, seterusnya mendapatkan kepastian.

Menurut sumber, JAJ kemudian menghantar sampel minuman ke Jabatan Kimia untuk pengesahan dan hasil ujian makmal yang dijalankan mendapati bir halal diperbuat daripada pelbagai perisa buah-buahan itu mengandungi 0.5 peratus kandungan alkohol.

“Berikutan penemuan itu, JAJ memaklumkan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) serta Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) untuk tindakan selanjutnya.

“JAJ perlu memaklumkan penemuan itu kepada Jakim kerana difahamkan minuman itu menjadi kegemaran ramai dan selama ini dianggap halal. KDRM pula perlu mengambil tindakan lanjut kerana minuman itu diimport dari luar negara,” katanya.

Mufti Johor, Datuk Mohd Tahrir Samsudin (gambar) ketika mengulas perkembangan itu berkata, Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan kandungan alkohol dalam makanan serta minuman yang dibenarkan syariat Islam ialah tidak melebihi 0.01 peratus.

Tapi  dalam berita tidak dinyatakan jenama bir tu

Setelah google  search  jumpalah yg ini

  BavariaMalt

Keluaran negara Arab dan mmg popular di restoran makanan Arab dan juga di kedai yg menjual produk dr negara Arab

Macam mana boleh diimpot dan dipopularkan sbg bir halal di kalangan org Islam.  Setau ana bila disebut bir mestilah mengandungi alkohol wp sedikit dan ianya tetap haram wp tidak memabukkan.  TAK NAKKKKKKKKKKKK

 

416860msbhhg1zjm[2] ana ayesha

Saturday, May 28, 2011

Majlis Kawin di Tempat Kerja

Assalamu’alaikum wbt

Baru je balik dari kenduri kawin anak boss besar

Majlis di adakan di tempat kerja, Balai Semarak

28-05-11_1311

Dewan yang luas dan berhawa dingin,.  Kelihatan pelamin di atas pentas juga ada slide yg bercerita mengenai pengantin, Slide ni dah jadi mcm satu trend, pasti ada di kenduri kawin

28-05-11_1313

Jjadi tetamu yg hadir ramailah yg kenal, antaranya

28-05-11_1314 Sweet Aleesya dgn umminya

Jom tengok pengantin pulak

28-05-11_1318

Pasangan pengantin sedang melangkah masuk ke dalam dewan

 

28-05-11_1310

Warna tema majlis …… hijau.  Pengantin perempuan cantik bergaya, pengantin lelaki segak bergaya

Jom tengok door gift pulak

P1070828

Bila nmpk jer goddie bag ni, ana dah ecxited sbb english rose mmg ana berkenan sgt ~ dlmnya ada telur rebus dlm kotak kecil dan juga mug

Sampai jer rumah ……..

P1070829

Terus letak atas display cabinet, matchinglah dgn frame tu

P1070830

Sweet mmg my taste ……

 

Tahniah! Datin dapat menantu yang ke 2.  U look so sweet in the green baju kurung, lebih menyerlah dari pengantin hehehe

On the way ke kreta ai nampak ros hasrol a.k.a salleh upin ipin

images (11)

errrrr knp tak sama2 masuk dewan?

416860msbhhg1zjm[2] ana ayesha

Cuti Sekolah dan Kenduri Kawin

Assalamu’alaikum wbt

Hari ni Sabtu, dah pun mula cuti pertengahan penggal persekolahan. 

school-holidays

Cuti sekolah juga bermakna musim org kawin. 

sirapmerrah

Sebut   pasal kenduri kawin, teringat sirap merah nih  yg mmg sinonim dgn kenduri kawin

Hari ni juga anak boss besar kawin

imagesCA0TQSE0

~ SELAMAT PENGANTIN BARU FATEHAH & MUHD FAKHRUSY ~

SEMOGA KEKAL HINGGA KE SYURGA

416860msbhhg1zjm[2] ana ayesha

Thursday, May 26, 2011

ASTRO Perlu Ke ?

Assalamu’alaikum wbt

Semua pasti kenal All-Asian Satellite Television and Radio Operator (astro)

astro-logo Rangkaian TV berbayar yg telah mula beroperasi di Malaysia sejak 1996.  Rcgn popular AF, Raja Lawak disiarkan melalui astro.

Jujurnya ana tidak berlanggan astro. 

Setiap kali bila Abg Hafiz in the bad mood (mmg pun suka moody) suka sgt merengek2 minta dilanggan astro.  Kdg2 tu hal lain yg diragamkan, boleh pulak tiba2 minta dilanggan astro.  Hish budak ini.

Bila tak dpt apa yg diminta, Abg. Hafiz akn tanya,  knp mama tak melanggan astro?  Ini jwpan ana :

(i)  Siaran tv percuma dah byk, rcgan yg disiarkan best2 jugak.  Itu pun tak habis tengok

(ii) Abg Hafiz sukar mengawal diri bila menonton tv.  Waktu exam pun tv tetap jadi keutamaannya.  Kalau ada astro lagilah menjadi2

(iii) Harga langganan astro boleh thn jugak mahalnya, Kalau berlanggan kemudian tak tengok membazir jer.

Berlanggan astro seolah2 sesuatu yg mesti bagi rakyat Malaysia, hinggakan soalan survey banci penduduk baru2 ni pun ada ditanya

Kalau tengok sekeliling  rumah pun rasanya rumah yg ana tinggal ni yg tak ada piring astro di bumbung, baik di sini maupun di TI. 

piring Untuk mendapatkan siaran yang jelas, piring astro akan dihalakan ke arah Kiblat/Kaabah. Betul ke?

                         

Sehingga kini ana tidak berminat utk berlanggan astro sbb tak nmp kepentingannya.  Kalau Abg Hafiz nak juga astro, bayar guna duit sendiri yer!  dan jgn lupa byr sekali bil letrik.  Boleh?

Korang berlanggan astro tak?

 

416860msbhhg1zjm ana ayesha

Wednesday, May 25, 2011

Dalam Perjalanan Pulang Semalam

Assalamu’alaikum wbt

Hari2 ana akn melalui Persiaran Utara, lebuhraya 3 lorong ke tempat kerja.  Balik kerja pun ana akan ikut jalan yg sama.  Jadi maknanya dalam seminggu ana akan lalu 10x.  Tapi kalau ada lain-lain hal hal-hal lain, ana perlu ulang alik lebih dari 2x sehari melalui lebuhraya ni.

 persiaranutara

 Kredit : www.panoramio.com/photo/18698826

 Inilah Lebuhraya Persiaran Utara, jalan raya utama untuk masuk ke Putrajaya. Nampak lengang jer, agaknya gbr ni shoot pd hari cuti ataupun waktu semua staf perkhidmatan awam dah masuk office. Cuba perhatikan divider jln tu  …… lebar dan penuh dgn tumbuh2an.  Terlalu byk sehingga tak nmpk apa yg berlaku di sebelah sana jalan.  Yg terkini di kiri dan kanan divider tu tlh dipasang besi penghalang, mungkin utk mengelakkan apb berlaku kemalangan, kenderaan terlibat tidak akn terbabas ke jlnraya yg di sebelah sana

Had laju yg dibenarkan adalah 80 km/jam sahaja.  Percaya ker semua akn drive 80 km/jam di atas jalanraya 3 lorong yg mmg lancar dan selesa ni? Pastinya tidak apalagi pd waktu pagi memasing mengejar tumb-print/punch card, mestilah pecut lebih dari 80 km/jam. Kalau tengok cara pemanduan waktu ni mmg kecut perut, laju bebenor, ala-ala pemandu F1.  Byk jugaklah kemalangan berlaku di lebuhraya ni di waktu pagi.

Tapi jgn tak tau (ataupun semua dah tau) di bhg bwh flyover tu lah pot terbaik PDRM pasang kamera speed trap.

SPEED TRAP BUTTON

Awas speed trap ~ denda RM300

Tapi seingat ana, dah lama jugaklah tak nampak en. pol duduk dgn selesa dan santai di atas kerusi lipat di bwh flyover tu sambil memantau  kamera perangkap laju.  Jadinya kdn mmg bergerak laju di bwh flyover tu 

Tapi semalam dlm perjalanan balik dr tpt kerja, ana rasa amat hairan sbb kenderaan bergerak perlahan menghampiri flyover dan masih juga perlahan selepas flyover.  Entah mcm mana ana terpandang ……

PoliceSpeedTrap-1

Rupa2nya en. pol tlh memasang kamera perangkap laju di pot yg baru, di tgh2 divider jalan yg penuh dgn tumbuh2an.  Kalau sdg memecut mmglah tak perasan.

Sejak bilalah agaknya dia telah berada di pot baru tu?  Agaknya ana kena tak? huhuhu tunggu aje lahhhh surat cinta tu ….. harapnya tak kenalah.

Walau apa pun berhati-hatilah bila memandu, patuhilah had laju yg dibenarkan.  Saman had laju bertujuan utk mendidik pemandu (termasuk ana) di Malaysia spy berdisiplin dan mematuhi had laju yg dibenarkan supaya kemalangan boleh dielakkan. 

Pandu Cermat Jiwa Selamat, INSYA ALLAH

 

Minggu depan cuti sekolah akan bermula.  Yeayyyyyyyyyyyy utk Abg Hafiz dan yeayyyyyyyyyyyyy juga utk ana.   Korang macam mana pulak?

 

416860msbhhg1zjm ana ayesha

Tuesday, May 24, 2011

Yeay

Korang ingat tak lagi n3 mengenai laman web haram berkenaan laman web yg dihalang aksesnya di sini.  Tapi sejak hari tu ………. tak ingatlah bila.

BEFORE

escan7_thumb8 FB disekat

AFTER

fb

Nampak tu 19 like

 

this too …..

BEFORE

image

YoUtUbE di larang

AFTER

youtube

Bolehlah akses wp mcm kura2

and yang paling best

wlw i’m able to update my blog via wlw, sebelum ni haram

 

Tujuan dibenarkan akses ke laman web trsbt adalah utk memudahkan pencarian bahan/data/bukti utk penulisan kertas masing-masing, jadinya jgn salah gunakan ye kawan2 semua

 

 416860msbhhg1zjm ana ayesha

Monday, May 23, 2011

Derma Anak Yatim dan Kejadian Tanah Runtuh

Assalamu’alaikum wbt

Kejadian semalam ……..

Di tengahari yg tenang tiba2 kedengaran suara lemah memberi salam

Suara              :        Assalamu’alaikum

Grandma       :          Wa’alaikumsalam

Suara            :           Saya dari rumah anak yatim nak jual buku agama sebagai kutipan derma

Ana                :          Rumah anak yatim yang mana?

Suara             :          Batu 18, Sg. Congkak (sebut Sg. Congkak tiba2 teringatkan Rohana Abdul Rahman yg tinggal di sana)

Grandma       :          Eh! ni rumah anak yatim yang terlibat dgn runtuhan tanah tu ker?

Suara             :          Kelihatan terpinga2 dan tidak dapat menjawab (mungkin juga dia tak tau kejadian tanah runtuh tu)

Grandma hulur duit sbg derma mengikut harga yg dicetak pada buku

Amalan menjual buku agama sebagai salah satu cara utk mengutip derma telah menjadi satu trend masa kini dan hampir setiap minggu pintu rumah ini diketuk untuk tujuan tersebut.  Selalu juga jumpa mereka yang mengutip derma bagi tujuan tersebut di hadapan bank., di stesyen myk juga di R&R.  Kesian sungguh melihat mereka sebab ada di kalangan mereka yg terlalu kecil utk menjlnkan tugas mengutip derma.  Kelihatan juga mereka tidak gembira dan takut2 tapi hulur juga derma sebab rasa kasihan yg sungguh menebal. 

***************************

Kejadian Tanah Runtuh di Hulu Langat

Semua sedia maklum akan kejadian tanah runtuh pada 22 Mei 2011 pukul 2.30 ptg di Kg. Sg. Gahal,  Batu 14, Hulu Langat melibatkan penghuni asrama anak yatim yg sedang berada di sebuah khemah, membuat persediaan bagi satu majlis yang akan diadakan di sebelah petang pada hari kejadian.

25 orang anak yatim termasuk 2 orang dewasa telah tertimbus dalam kejadian tanah runtuh tersebut.  Semuanya lelaki.  16 orang telah meninggal dunia. 7 darinya disemadikan di dalam 1 liang lahad

TANAH RUNTUH / HULU LANGAT

TANAH RUNTUH / LEMBAH AZWIN

110521185151

110521185331

TANAH RUNTUH / HULU LANGAT

PEMANDANGAN bahagian dalam bangunan lokasi tragedi tanah runtuh di Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah At-Taqwa, Kampung Sungai Gahal, Hulu Langat yang rosak teruk dengan dipenuhi tanah dan batu daripada sisa runtuhan

ne_01.1

TANAH RUNTUH

SEKUMPULAN murid tahfiz melihat jenazah tujuh mangsa tanah runtuh untuk disembahyangkan di Masjid Sultan Hisamuddin Alam Shah, Pekan Batu 14, Hulu Langat, tengah hari tadi. Mangsa yang terkorban dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah At-Taqwa di Jalan Sungai Semungkis, Kampung Sungai Gahal itu dikebumikan dalam satu liang lahad selepas solat Zohor

Gambar : Utusan Online & Berita Harian Online

Takziah kepada keluarga yang terlibat dan marilah sedekahkan al-Fatihah kpd mangsa yg terkorban

250px-FirstSurahKoran

Setiap kali bila berlakunya kematian, kesedihan pasti melanda.  Itulah fitrah alam setiap yang hidup pasti mati. Bagaimana penerimaan kita akan kejadian ini? Insaf, atau sekadar berkata ajal mereka telah sampai?

Mati itu pasti, bersediakah kita?

416860msbhhg1zjm[2] ana ayesha

Friday, May 20, 2011

ROTI PAUN

Assalamualaikum wbt

Entri kali ni ana nak cerita mengenai roti yang ana buat hari Sabtu lepas iaitu roti paun.  Korang tau tak macam mana rupa roti paun?

roti paun  Ha inilah dia roti paun, rupa dan bentuknya seperti roti lain yg ada di pasaran

Meh, nak cerita sikit pasal roti paun ni. 

Dengarnya roti ni begitu popular di Terengganu dan dikenali sebagai roti paung.  Roti paun ini ada yang dibuat dari ibu tapai (ubi kayu peram dijadikan ibu roti) dan biasanya dibakar dlm dulang berbentuk bulat seperti talam bulat di zaman dahulu yang amat berguna untuk mengangkat hidangan sewaktu kenduri kendara.  Roti paun ni juga berintikan marjerin. 

P1030280 Talam ni semakin pupus, kalau ada pun kebanyakannya dijadikan perhiasan sahaja

Hari Sabtu minggu lepas, ana belek2 buku Resepiku, Warisanku oleh Planta, ternampaklah Roti Pa’un Abang Syam, mungkin jugak roti paun ni di antara yg popular di Terengganu.  Terasa teringin nak menguli roti.  Lagipun lama betul ana tak menguli roti. 

Jadi inilah hasilnya roti paun yg ana uli dan bakar hari Sabtu minggu lepas.     

 
P1070747

P1070749

NIlah dia roti paun yg ana buat tapi tak da inti, kosong jer

Jom tengok resepi Roti Paun

Sumber: Koleksi Resepi Pilihan Diana via Dari Dapur Suzi


Bahan-bahannya :

  • 6 cawan tepung gandum
  • 1 ¾ cawan susu cair/ susu segar  ~ ana guna susu segar
  • ¾ cawan gula halus
  • 1 paket (11 gm) yis
  • 3 biji telur
  • ¼ cawan mentega, dicairkan 
  • sedikit pewarna kuning – ana abaikan


Cara-caranya :

1. Campurkan susu cair/ susu segar, telur, gula dan yis. Kacau sehingga sebati dan biar yisnya berbuih sedikit.
2. Kemudian campurkan mentega yang telah dicairkan dan sedikit pewarna kuning.
3. Masukkan tepung kedalam bread machine dan uli sehingga ia menjadi doh yang lembut dan sebati. - sy pakai mixer ~ ana uli dgn tangan
4. Perapkan adunan sehingga ia naik dua kali ganda. Bila adunan telah naik dua kali ganda tumbuk doh dan uli lagi.
5. Kemudian ambil setiap doh adunan seberat 80 gram dan bentukkan bulat.(sy buat doh dlm 60 gm je) ~ ana timbang 65 gm, dpt 20 ketul
6. Sapukan loyang bulat dengan mentega dan susun doh yang telah dibulatkan ke dalam loyang. ~ ana guna loyang empat segi
7. Perap lagi doh sehingga ia naik dua kali ganda. Setelah doh naik letakkan sedikit mentega diatas doh roti. Bakar dalam ketuhar pada suhu  170’C selama 20 minit sehingga ia kekuningan.
8. Keluarkan roti dari ketuhar sewaktu ia panas sapukan lagi dengan mentega. Sedia untuk dihidang.

Sewaktu ana menyediakan doh roti ni, didapati campuran susu dan mentega masih banyak lagi sedangkan tepung yg diuli melekit.  Jadinya ana tambahkan tepung (byk juga kuantitinya).  Setelah di tambah tepung, campuran susu dan mentega masih berbaki sedikit tetapi doh yg terhasil agak liat utk diuli.  Utk memudahkan proses menguli, ana tambah lagi mentega.  Lain kali kalau nak buat lagi, mungkin akan guna cara buat piza dan donut

Hasil roti paun menggunakan resepi ni memang best dan kekal lembut setelah 3 hari (ana saja simpan utk uji kelembutan roti ni).  Rasa roti ni adalah tawar dan amat sesuai jika dimakan dgn sekaya atau dicicah dgn kopi. 

Seperti biasa Abg Hafiz yg mmg hantu roti amat menggemari roti paun ni.  Sekali makan 5 ketul ………..

P1070752 Abg Hafiz makan roti paun cicah dgn kuah lemak kuning

 

416860msbhhg1zjm[2] ana ayesha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...