Wednesday, April 13, 2011

Segalanya Mengenai Unta

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah masih berpeluang utk menulis di blog ini. 

Hari ni nak cerita pasal haiwan yang amat istimewa, unta.  Korang pernah lihat unta, pastinya pernah mungkin di zoo atau di kaca tv atau mungkin pernah tengok secara live face to face. 

Ana pernah tunggang (dibaca naik) unta sewaktu mengerjakan umrah sekitar tahun 2005.  Naik pulak tu dgn Abg Hafiz eeeeee gayat tau kaki unta tu kan panjang, bila unta tu berjln dia melenggang lenggok rasa mcm nak jatuh jer.  Tapi Abg Hafiz gelak2 happy, maklumlah waktu tu dia masih budak kecik benor.

untaduduk Unta akan duduk bersimpoh mcm ni utk memudahkan manusia naik ke tempat duduk yg disediakan.  Bila dah duduk di tempat yg disediakan, pegang kuat2 sbb unta ni akan berdiri masa ni rasa mcm nak jatuh jer

 

Unta Haiwan Istimewa

Terdapat 2 jenis unta iaitu pertama, unta yang memiliki satu bonggol dinamakan Dromedaries, yang terdapat di kawasan padang pasir negara Arab, padang pasir Afrika, dan juga di kawasan Asia. Kedua, unta yang memiliki dua bonggol dinamakan Bactrians.  Unta jenis ini terdapat di puncak gunung Himalaya, India.

camel-info0

Bila sebut unta mesti ingat padang pasir/gurun yang panas membakar, ribut pasir, sukar untuk ditemui air, tiada hidupan, tiada sempadan seluas mata memandang, namun unta adalah haiwan yang unik yang mampu bertahan selama berbulan-bulan di padang pasir.  Dalam sirah Rasulullah SAW juga dinyatakan unta sebagai haiwan yang mengangkut barang dagangan baginda.  Unta juga dijadikan haiwan tungangan manusia.  Begitu berjasa unta kepada manusia di padang pasir.

Allah telah menciptakan unta khusus untuk hidup di padang pasir dengan ciri2 yang istimewa.   Allah juga telah memerintahkan manusia supaya memerhatikan kejadian unta yg begitu istimewa. 

 

“Maka apakah mereka tidak memperhatikan kepada unta, bagaimana dia diciptakan?”

Surah Al-Ghasyiah ayat 17.

 

untalabel

Apa yang membuatkan unta mampu bertahan di padang pasir?

Kepala

camel_toe_40 

Di dlm keadaan yg berbahaya, penutup bulu mata secara automatik akan tertutup. Bulu mata yg menutupinya menghalang sebarang zarah habuk memasuki matanya. Hidung dan telinga ditumbuhi bebulu panjang bagi melindunginya drpd pasir dan habuk.  Rongga leher yg panjang membantu Ia mencapai dedaun setinggi 3 meter diatas tanah sebagai makanan

Bulu

Unta dapat bertahan dgn suhu mencecah 50 darjah C pada musim panas dan serendah -50 darjah C pada musim sejuk kerana mempunyai bulu yang tebal dan padat.  Bulu yg tebal melindung unta daripada panas terik dan dingin membeku serta menghalang kehilangan air. 

BONGGOL

Bonggol unta berperanan utk menyediakan nutrien di waktu tiada makanan/minuman dan unta mampu bertahan selama 3 minggu tanpa air tetapi akan mengalami penyusutan berat badan.

KAKI

Kaki unta terdiri daripada 2 jari kaki yg bersambung dgn pad elastik.  Struktur ini yg membantu pergerakan berdiri yg stabil di permukaan tanah mengandungi 4 bebola lemak dan amat sesuai utk semua jenis tanah.  Kuku jari melindungi kaki dari potensi bahaya akibat sebarang jenis perlanggaran.

7339camel_toe 

Permukaan lutut diliputi struktur berbalur yg terdiri drpd struktur kulit sekeras dan setebal tanduk.  Ketika duduk bertimpuh di permukaan padang pasir yg panas, struktur berbalur ini akan melindunginya drpd tercedera akibat kehangatan padang pasir  images2 Unta pun tau sujud ……….

 

YANG SEBANDING DENGAN UNTA …………..

 burung untaBurung unta ~ ciri2 yg menyerupai unta, kaki dan tengkuk yg panjang serta bentuk bdn yg melengkung seolah2 bonggol unta.  Burung terbesar didunia dan boleh ditunggang spt unta

sanggul unta

Isu yg hangat diperkatakan ~ Sanggul unta ………

62591160v16_480x480_Front

Jom ronda2 naik unta, jimat minyak 

416860msbhhg1zjm ana ayesha

1 comment:

  1. hmm..terend perempuan Malaysia sekarang kan..?

    tp..ramai juga yg dah sedar...dah tk bonggol2 lagi dah..cuma segelintir jer la...myb belum cukup kesedaran... :)

    jom ke APA KATA HATI pulak ;
    BLOGGING...SAMPAI BILA??

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...