Tuesday, April 5, 2011

Resepi Donut Jadi Resepi Piza

Assalamu’alaikum wbt.

Hari ni nak cerita pasal piza yg dibuat pd hari Ahad lepas.

Doh piza ana guna resepi donut suria yg mmg popular di dunia masakan maya.  Pada pandangan ana resepi ni mmg best sbb guna bhn yg mudah dan asas.  Walau pun hny menggunakan tepung gandum tapi piza base yg dihasilkan gebu dan kekal lembut keesokan harinya.

Jom tengok resepi doh piza yg ana gunakan

DOH PIZA
Bahan A

  • 3 cawan tepung gandum
  • 3 sudu besar susu tepung

Bahan B

  • 200ml air suam
  • 2 sudu teh instant yeast
  • 1 sudu teh gula castor

Bahan C

  • 3 sudu besar mentega

Kaedah penyediaan

1.  Satukan semua Bahan B ~ utk pastikan yis masih boleh digunakan, ana lebih suka guna kaedah ini

P1070350 Campurkan bhn B dan biarkan seketika sehingga campuran tersebut berbuih ~ ni tanda yis tu hidup dan boleh digunakan

2.  Satukan semua Bahan A.

P1070349

3.  Masukkan bancuhan Bahan B ke Bahan A. Masukkan air tambahan jika perlu.  Uli sehingga terbentuk doh

P10703514.  Setelah terbentuk doh, masukkan mentega sesudu dan uli sehingga mentega rata dan mesra dgn doh.  Ulangi sehingga habis mentega. Uli doh sehingga licin dan lembut

P10703535.  Utk pastikan doh telah diuli dgn sempurna, ana akn uji dgn cara  meregangkan doh.  Sekiranya doh dpt diregangkan dan tidak putus, bermakna doh telah diuli secukupnya ~ ni mcm tebar roti canai

P1070360 6.  Setelah doh siap, rehatkan doh seketika

P10703627.  Canai doh dan letakkan di atas tray ~ ana guna tudung periuk yg besar jer

P1070363  8.  Rehatkan doh seketika.  Cucuk doh dgn garpu supaya bila masak piza base tak mengelembung

P1070366 9.  Utk sos piza, ana guna sos lada hitam beli dari sini ~ first time guna sos ni, rasa tak pedas sgt dan ada rasa manis, Abg Hafiz suke

P1070368 10.  Dah ratakan sos, letaklah inti piza ikut suka.  Ana guna Ramly’s chic sausage yg direbus dan dipotong menyerong, tomato yg dihiris, bawang besar yg juga dihiris dan nenas kiub dlm tin ~ tu je yg ada.  Utk cheese ana biasa guna slice cheese nak senang kerja susun jer cheese tu mcm gbr di bwh.

P1070369 11.  Bakar  ~ 190 darjah C selama 25 minit

P1070370 Tadaaaaaa ….. dah siap sedia utk dingap

P1070378yum ….. yummmmm…… piza mmg menjadi pujaan Abg Hafiz

 416860msbhhg1zjm ana ayesha

5 comments:

  1. mudahnya...tak payah nk lambung2 doh pizza tu kan...huhu.. :)

    jom ke APA KATA HATI pulak ;
    KEPALA AYAM

    ReplyDelete
  2. thank kak ana utk perkongsian ni. dah lama saya plan nak buat base pizza sendri sebab base kat sini yg halal x best sangat. skarang free ckit so insyaAllah saya bleh try.

    ikut adunan kat atas ni, brapa banyak pizza boleh buat ye?

    ReplyDelete
  3. @nabilah_2908
    lambung2 tu sbb chef nak tunjuk skill dia jer

    ReplyDelete
  4. @RaJa NuRuL FaTiN
    cubalah dah jadi nanti bagi tau yer

    1 adunan ni dpt satu piza yg besar kalau nak buat yg saiz kecl mungkin boleh dpt 4

    ReplyDelete
  5. hehe.sape ckp buat pizza kene lambung2?
    sy pembuat doh pizza di pizza hut.xperlulah lambung2.
    tp rasepi yg you buat ni mmg terbaik.disamping topingnye yg sdp doh jugak sedap..mkn doh tanpa toping pn sdp.
    nice2

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...